Hari Ini Dan Semalam


 Assalamualaikum wbt
KALAU ikutkan hujung minggu ini merupakan long weekend bagi warga Johor. Rabu lepas merupakan hari cuti sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor. Ramai yang mengambil kesempatan mengambil cuti pada hari Khamis, jadi boleh sambung dengan cuti rehat Jumaat dan Sabtu. Begitulah rancangan asal Sk, sejak dapat kalendar tahun 2022. Tapi, apabila jadual peperiksaan MUET berlangsung hari ini, tak dapatlah nak bercuti panjang. Apo nak dikato 😆.

Semangat si bapaknya ikut sekali hantar Iman ke SMK Sultan Ismail yang mejadi lokasi peperiksaan. Lepas tu, dia ajak cari capati. Adoi, dah kena mandrem capatikah Pak Incheku? Tak dapat capati, roti canai pun boleh, beli dari Restoran Melayu didepan pagar belakang Hospital Sultanah Aminah. Lepas tu singgah pulak Skudai Kiri, beli Nasi Lemak Legend. Dah pesan awal-awal, beli sebungkus aje, kalau tak, mahu dibelinya dua bungkus seorang. Roti canainya ada empat keping, jadi, Sk makan sekeping roti canai dan sebungkus nasi lemak


Kisah semalam, lepas sarapan di Coffee Bean & Tea Leaf, Iman mengajak ke Smiggle Typo Paradigm Mall. Ada voucher RM15, nak beli beg. Beg tu ada diskaun 50% tolak dengan voucher RM15, banyak dah kurangnya. Beg-beg lama semua dah rosak, maklumlah.. dah lama habis sekolah 😂. 
Iman tanya, agak-agak kalau dia masih sekolah rendah, Sk belikan tak beg smiggle. Entahlah ek, mungkin beli kot. 😜 Tak ingat ke beg roda dia yang kami belikan masa Tahun Satu? Masa tu yang popular jenama Swan. Tapi, belum seminggu dah tanggal tayar. Iman kata, apa taknya, turun tangga semua pakat-pakat heret beg. Tap tap tap tap tap sampai bawah. Tak ada sorang pun yang angkat, beg dahlah berat, dengan bukunya lagi. Mana tak jahanam tayar 😅
Eh, tercerita kisah 14 tahun lepas pulak. Tajuknya, Hari Ini dan Semalam, kan. Okey, sambung kisah semalam, macam dalam gambar tu la.. gigih cari Listerine perisa Sakura & Peach gara-gara baca entri Blogger Ashafizah. Mula cari di Guardian (sebab lalu Guardian dulu), tak ada. Jumpa di Watson, ada saiz 500ml. Cashier tu tanya, tak nak ke ambil Listerine yang besar (750ml), ada offer? Jadi, tanyalah, perisa Sakura ni ada besar tak? Tak ada.. tak naklah, nak yang ni jer. Kemudian, dia boleh tanya, sedap ke perisa ni? Hehehehe. Kami pun baru nak cuba. Perisa ni edisi terhad. Tak tahulah, nak simpan ke nak guna, hehehe. Lawo nau label dia tu


Nak ke Senai sebelum balik, mula ingat nak tapau Mee Tarik Warisan tapi macam tak best. Teringat Nasi Rawon Warung Boyan. Jadi, Sk buat pesanan dulu melalui whatsapp, senang tak perlu tunggu lama. Pesan Nasi Rawon, Ayam Penyet dan Bakso beberapa bungkus. Sekali dia balas, nanti ambil di tempat lama ya, Bakso Kubur Cina. Allah

Nasib baiklah siang. Rupa-rupanya, situasinya taklah begitu menyeramkan pun. Sk letak kereta dalam kawasan kubur cina tu, memang ada tapak bersimen untuk kita letak kenderaan. Lepas tu, kena berjalan kaki dalam 100 meter menuju ke Warung Boyan tu. Ada dua buah rumah di situ dan bersambung dengan dapur warung. Beberapa orang remaja dan budak lelaki kelihatan sedang bersiap-siap untuk pergi solat Jumaat, mungkin anak kepada pemilik Warung Boyan ni. 


Sebelum pulang, Angah suruh gayakan semula budak bertiga ni bergambar macam 14 - 15 tahun lepas. Kalau tengok gambar tu, rasanya Iman dalam 5 tahun kot. Rambutnya masih panjang masa ni. Tiga-tiga ni, nenek yang jaga termasuklah Indah. Tapi masa ni Indah belum lahir

Dulu bergaya depan tv, nampak tv. La ni, tv pun tak nampak, padahal bergambar depan tv jugak nak bagi sama, hahahaha. 











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/hari-ini-dan-semalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ww Lunch Semalam Vs Breakfast Hari Ni

Ww Lunch Semalam Vs Breakfast Hari Ni

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 152 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam SA kan dah masuk office SA x bawak bekal so terpaksa beli kat medan selera bawah office Lepas tu xde pilihan jugak SA beli nasi set ayam percik Ada la dapat telur dadar dan sup kosong sayangnya SA x habis m...
Drama 30 Hari Sebelum Raya Lakonan Kazar Saisi Fahrin Ahmad

Drama 30 Hari Sebelum Raya Lakonan Kazar Saisi Fahrin Ahmad

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 387 hits
Tonton Drama bersiri komedi 30 Hari Sebelum Raya Full Episod terbitan Tanah Beris Film Production diarahkan oleh Shuhaimi Lua bakal menemui penonton pada bulan ramadan nanti di TV9 JUDUL 30 Hari Sebelum Raya 30harisebelumrayaTonton Full Epi...
Surat Layang Kecam Ismail Gesa Pru Ditemui Di Hari Terakhir Pau

Surat Layang Kecam Ismail Gesa Pru Ditemui Di Hari Terakhir Pau

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 191 hits
malaysiakini comPAU 2021 Surat layang yang ditemui di hari terakhir perhimpunan agung Umno mendakwa Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob merupakan perdana menteri paling lemah kerana tidak mampu menyelesaikan pelbagai isu Surat tanpa nama itu ...
Bkm Fasa 1 Ini Jangkaan Jadual Bayaran Mengikut Hari Bekerja

Bkm Fasa 1 Ini Jangkaan Jadual Bayaran Mengikut Hari Bekerja

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 402 hits
Perdana Menteri mengumumkan hampir 9 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia menerima manfaat dengan implikasi kewangan berjumlah RM8 2 bilion pada hujung Bulan Mac ini BKM telah ditambah baik daripada bantuan tunai langsung sebelum ini Nil...
Makan Kenduri Di Hari Minggu

Makan Kenduri Di Hari Minggu

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum wbt TENGAHARI tadi Sk memenuhi jemputan kawan Pak Inche yang kami panggil King sempena Majlis Perkahwinan putera beliau Haziq dan pasangannya Atiqah Disebabkan hari ini merupakan hari bekerja jadi Pak Inche dan Iman datang j...
Pau2021 Umno Dijangka Lulus Usul Gesa Pru Dipercepat Hari Ini Sumber

Pau2021 Umno Dijangka Lulus Usul Gesa Pru Dipercepat Hari Ini Sumber

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 164 hits
by 3 19 2022 07 49 00 AmUmno dijangka akan meluluskan usul bagi menggesa supaya Pilihan Raya Umum ke 15 disegerakan Parti itu juga diyakini akan menyokong ususl pindaan perlembagaan bagi membolehkan pemilihan parti diadakan selepas sesebuah...
Kpk Perpanjang Penahanan Bupati Nonaktif Langkat Terbit Rencana Selama 30 Hari

Kpk Perpanjang Penahanan Bupati Nonaktif Langkat Terbit Rencana Selama 30 Hari

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 213 hits
Ali mengatakan perpanjangan masa penahanan Terbit terhitung mulai 21 Maret 2022 hingga 19 April 2022 Terbit masih akan mendekam di Rumah Tahanan KPK pada Pomdam Jaya Guntur
Hari Kedua Kuarantin Di Rumah

Hari Kedua Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 206 hits
Hari Kedua Kuarantin Di Rumah Siapalah tak bosan kan duduk terperap dalam bilik Kena kurung dengan tak kena kurung berbeza tau Selalunya memang lepas masak mengemas rumah dan sebagainya memang umi suka lepak dalam bilik je Tapi bila kena ku...
2 Hari Lepas Bersalin Hwang Jungeum Kongsi Foto Anak Kedua

2 Hari Lepas Bersalin Hwang Jungeum Kongsi Foto Anak Kedua

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 206 hits
Baru baru ini Hwang Jung eum berkongsi khabar gembira apabila anak keduanya selamat dilahirkan ARTIKEL BERKAITAN Baru dua hari melihat dunia pelakon wanita itu dilihat berkongsi gambar bayi berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya Cinta ...
Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Resepi Makmur Pandan


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara

Bateri 7000mah Untuk Siri Galaxy S26