Hari Ini Dalam Sejarah Dah 10 Tahun Berkhidmat
Haaishh
Mood nak menulis sekarang ni kena carilah, umpama dah ke angkasa lepas terbang bebas
. Setiap hari fikir nak update blog, masa pulak mencemburui aduhh!! So demi tak menghampakan korang, saya tulis okay?? hihi ada ke yang nak baca blog ni
.
Ok last 2 weeks punya kes, ha nampak tak cerita dah basi hahaha!!. Betapa malasnya Aju, isokey malas bab menulis blog. Tapi I tak malas kerja okay, tapi kekadang tu ada jugakla kakaka!!!
TQ our beloved Chairman, CEO and HOD.
Alhamdulillah tahun ni dapat jugalah naik pentas ambil anugerah perkhidmatan. Memang hari tu dalam sejarah hidup saya. Tak sangka saya setia dengan majikan ni
setelah berkerja untuk beberapa majikan.
Sedar tak sedar dah 10 tahun okey. Tapi yang sebenarnya dah 11 tahun sebab diorang kira tu dari tarikh i confirm jawatan. Ha nampak kontrak setahun lamanya. Kalau kerja kita bagus barulah bos puashati nak bagi confirmation.
Kita memang nak kene tunjuk kita ni bagus bekerja, bukan nak tunjuk bagus sesaja kan. Kalau acah-acah nak tunjuk bagus tu memang ramai, tapi tengoklah sampai mana je pencapaian mereka tu nanti.
Me and my ting tong friends.
Semuanya cantik manis ceria
Kalau dulu memang bos-bos tegas dan garang. Tapi masih dihormati sebab niat kita nak kerja dengan ikhlas. Dan bos pulak tegas dan garang bersebab. Bukan nak tunjuk bossy.
Memang saya bersyukur betul ada kerja ni. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang susah nak dapat kerja. Dan sebenarnya sebelum tu saya bekerja di company pinjaman wang berlesen atau AH LONG. Masa interview saya dijanjikan jawatan account executive kat Golf Company. Tapi masa lapor diri, dah ada orang lain pula yang dapat job tu.
Tapi saya tak pernah putus asa untuk apply kerja kat tempat lain. Setiap hari berdoa moga saya dapat kerja yang lebih baik dan halalan toiyiban. Dan setelah 2 bulan Allah makbulkan doa saya. Syukur Alhamdulillah.
Selepas tu saya memang kerja sehabis baik. Tekunlah bak kata orang tu hahaha. Mana tak tekun, sebab bos I pun garang hahaha. Tapi kami hormat giler dia. Sayang kat bos tu.
Sememangnya bila kita dapat tugasan dan kerja, laksanakan dengan jujur, amanah dan bersungguh. Kita bekerja dibayar ok. So memanglah kene ikut arahan dan janganlah nak melawan je kerjanya. Kalau tak boleh ikut arahan senang je jawab dia. Ko nampak pintu besar tu? So sila KELUAR,
.
Good times and Crazy friends make the best memories.
My best friend merangkap owner Nimblebee Kindergarten
Waktu bekerja memang kene hadkan waktu untuk bersosial media. Janganlah waktu kerja pun duk tengok handphone. Main game pulak tengah kerja. Memang tak patut dan tak seharusnya macam tu.
Kalau fikir kerja dah siap, carilah kerja apa lagi kita nak buat. Dan ikut pengalaman saya, kerja memang takkan pernah habis. So maksudnya kerja memang sentiasa ada, makanya gunakan kebijaksanaan untuk laksanakannya.
Jangan pulak fikir buat kerja nak dapatkan pujian bos dan orang sekeliling. Korang tau jela manusia ni banyak sangat fikir lepas tu suka judge orang. Buat kerja lebih kata nak kipas bos, lepas tu kata orang poyo.
Kejayaan anda, aspirasi kami.
Sudahlah, jangan fikir banyak. Fikir buat kerja kerana Allah Taala. Allah je yang tahu niat dan keikhlasan kita. Orang lain nak cakap apa, silakan. Janji kita happy dan balik rumah nak bawa rezeki yang halal untuk keluarga, nak balas jasa mak dan adik beradik. Lagi berkat rezeki ye dak!!
Rezeki tu akan jadi darah daging kita dan keluarga kan. Makanya memang kena jaga adab dan kerja sebab rezeki yang kita bagi pada anak-anak akan mencerminkan bagaimana keikhlasan kita dalam bekerja. Panjangnya syarahan hari ni hahaha. Semoga kita semua terus maju jaya dan bekerja seikhlasnya kerana Allah Taala.
(7)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2019/12/hari-ini-dalam-sejarah-dah-10-tahun-berkhidmat.html