Hari Hari Terakhir Abah



Hari-hari Terakhir Abah...😭 
Abah sakit sejak setahun lalu. Sakit buah pinggang kronik

Dapat detect Mei tahun lepas bila abah pergi check sebab selalu sakit pinggang lagi pun abah selalu ada temujanji dengan doktor untuk penyakit darah tinggi. Masa tu dah stage four. Doktor nasihatkan abah untuk cuci buah pinggang atau rawatan hemodialisis tapi abang enggan. Takut, katanya

Aku sebagai orang yang terlibat serba sedikit dalam bidang ini, mestilah nasihatkan dan beria suruh abah dialisis buah pinggang dia. Kalau tak nak buat di hospital, tanya doktor boleh buat CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis / Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan) tak? CAPD ni rawatan air yang kita buat sendiri di rumah empat jam sekali. Syaratnya rumah kena bersih. CAPD tidak memerlukan mesin. Jadi, sama ada kita berada di rumah, bekerja atau melancong, rawatan CAPD tetap boleh dibuat

Abah tetap tak nak dan dia pilih rawatan tradisional. Melalui pembacaan dan saranan orang dia suruh aku belikan buah kulim. Rasanya tiga kali aku beli di Shopee. Rebus sampai air jadi setengah dan minum bila dah suam. Aku takde masalah dengan rawatan tradisional tapi jangan tolak terus rawatan moden. Bila ditanya okay tak, abah kata ada kurang sikit. Aku yakin itu cuma placebo effect je

Nota:Kesan plasebo ialah fenomena dimana kesihatan fizikal atau mental pesakit bertambah baik selepas menerima rawatan palsu, didorong oleh kepercayaan pesakit terhadap keberkesanan rawatan dan bukannya rawatan itu sendiri

The placebo effect is a phenomenon where a patient's physical or mental health improves after receiving a sham treatment, driven by the patient's belief in the treatment's effectiveness rather than the treatment itself.
Ada pula seseorang yang mak aku jumpa tak bagi abah buat hemodialisis. “Mesin China, sebulan kena bayar RM1,000 !”
Allah. Kebanyakan pusat dialisis menggunakan mesin dari Jerman (jenama Fresenius), Belgium (Nipro), Jepun (Nikkiso) yang harganya bukan murah ya, lebih RM40 ribu sebuah. Andai dari China sekalipun bukan setaraf barangan kedai RM2. China dah buat roket dan kereta api laju Shanghai Maglev 431 kmj. Bukan kaleng kaleng

Dari segi bayaran pula bukanlah RM1,000 tapi RM3,960 sebulan. Itu bukan masalah sebab abah bekas anggota keselamatan yang semuanya ditanggung perbelanjaannya oleh kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM). Buat tapak untuk dialisis pun boleh claim. Bab bayaran bukan masalah

Nak jadi doktor belajar sampai tujuh tahun, nak jadi pakar nefrologi tambah lagi dua tahun. Belum campur pengalaman merawat pelbagai peringkat penyakit dan komplikasi lagi. Aku kesal bilamana sebahagian masyarakat Melayu lebih mempercayai bomoh or so called ‘ustaz’ berbanding doktor. Doktor juga boleh buat silap tapi nak jadi doktor kena belajar anatomi manusia, kena belajar fasal saraf, kena belajar fasal jenis dan warna darah, kena belajar ubat sekian sesuai untuk sakit sekian. Aku berpegang pada apa sahaja ubat atau rawatan yang tidak melanggar syariah adalah rawatan Islam. Tak perlu dijenamakan rawatan sekian sekian sebagai rawatan islam. Islam itu tidak jumud

Berbalik kepada abah

Abah pernah ditahan di wad sekali. Kali kedua sebalik kami balik dari Thailand Februari lepas. Pelan asalnya kami akan tidur dua malam di Baling tapi jam lima pagi 12/2/2025 adik-adik bagitau abah dihantar ke jabatan kecemasan jadinya tak sampai 24 jam pun kami di Baling. Antara simptom sesorang pesakit itu perlu menjalani rawatan kecemasan adalah kaki menjadi bengkak, kurang kencing, loya dan muntah. Kalau dah tak larat sangat tu memang kena bawa ke hospitallah

Sewaktu di wad abah terpaksa pakai topeng oksigen yang besar. Lemah sangat dah. Kepada yang tak tahu, sekiranya menghidapi penyakit buah pinggang kronik dan kita jalani sebarang rawatan atau tidak mengawal jumlah cecair yang yang diambil - hanya 500 ml untuk 24 jam - badan akan bengkak dan lama-kelamaan organ badan yang lain akan rosak. Darah jadi beracun

Setelah doktor pakar brief adik aku yang menjaga abah masa tu, doktor suruh bawa balik dan memberi anggaran abah akan bertahan antara dua minggu hingga sebulan sahaja lagi. Kami sedih tapi tenang. Abah dah lama sakit. Dia pernah muntah di sebuah pasar raya. Dia pernah rebah di rumah dan mak aku yang berusia 72 tahun tak berupaya mengalihkan apatah lagi memapah abah ke bilik. Mak bagi bantal je hingga abah stabil dan adik balik untuk bantu ke bilik. Sebelum discharge, jururawat-jururawat datang ke katil abah dan minta maaf. They knew it well. Aku baru tahu je ni lepas anak cerita

Pesan doktor, bagi makanan lembut jadi mak dan adik aku akan suapkan bubur yang dikisar, air pun minum sikit sikit je. Hausnya lahaii... Yang kasihannya bila kami masak, abah tanya masak apa? Sedih betul rasa


Baiknya Adik-AdikAdik perempuan aku mohon kerja dari rumah. Dialah yang uruskan serta banyak dahulukan belanja perubatan dan keperluan abah. Dia mandikan abah juga. Kalau adik lelaki turut cakap abah tak nak mandi, adik perempuan ni dia yang buat keputusan, jom mandi! Setiap hari abah pakai baju elok macam nak gi berjalan 😊, waktu abah sihat jangan haraplah nak pakai di rumah. Kita belikan baju dan kain baru pelikat baru dia simpan, sayang nak pakai

Adik pertama (anak kedua) pembersih. Dia selalu bersihkan rumah dan mop dapur selepas mak masak. Bilik dia yang kecik tu pun dia sapu dua kali sehari. Rumah mak lapang dan bersih. Agak ramai yang berziarah termasuk pemimpin masyarakat sejak abah balik dari hospital jadi rumah mak dalam keadaan yang bersedia menerima tetamu, takde kelam kabut berkemas bila orang datang. Walau kita ni miskin tapi jangan pengotor. Lemas betul duduk di rumah yang bersepah

Adik-adik lelaki yang lain dan adik ipar juga ringan tulang dalam dan luar rumah


Wajah Baru AbahMasa sihat abah selalu warnakan rambut dia dengan warna hitam tu yang nampak lebih muda daripada menantu 😁(husband akulah tu..). Bila dah sakit nampak tak kemas dahlah warna putih jadi serabai asyik baring duduk baring duduk

Adik lelaki aku pi cukur habis rambut dia. Sebenarnya abah tak suka. Abah cakap kat cucu muka dia macam tikuih hahahahhah…

Dua Minggu Yang KritikalAbah dah tak larat. Sebelum ini katil queen mak dan abah ditukar kepada katil bujang supaya senang untuk bantu abah bangun. Dah macam duduk asrama mak dan abah aku 😊. Sebaik ‘ditolak’ hospital, kami letakkan abah di ruang tamu sebab lebih luas dan mudah tetamu berjumpa abah

Aku dan suami buat keputusan membawa anak yang sedang praktikal di Langkawi balik sekejap tengok atuk. Walaupun doktor bukan penentu nyawa manusia tetapi sudah pasti beliau bercakap berdasarkan ILMU dan pengalamannya. Abah gembira Bangcik balik terus dia sebut nak Bangcik buatkan air sirap kelapa, sedap katanya. Aku pun ingat nak tumpang secawan, la… secawan je dia buat. Lurus nau lah pulak

Keadaan abah semakin teruk. Bila adik dia datang dia pesan tolonglah carikan ubat, dia dah tak larat. Abang abah , Pak Long yang juga uzur, dua kali ziarah abah. Kami pula risau tengok dia dengan mata yang tak berapa nampak tu. Berjalan pun perlahan

Adik abah, Mak Teh dan Acu pun ada penyakit memasing. Kiranya setiap keluarga ada orang tua yang sakit. Dengan Mak Teh aku suka bergurau, haa tu lah dah bersalin tak pantang (sarcasm). Dia orang lama yang menurut cakap orang tua, kuat berpantang tapi sakit juga. Bukan satu penyakit pula tu. Maka betullah kepercayaan aku dan cakap doktor bahawa berpantang makan kena seumur hidup. Makan makanan yang sihat dengan porsi yang betul bukan tak boleh makan itu ini 44 hari je

Kami juga minta bantuan Ketua Kampung untuk mendapatkan katil hospital memandangkan harganya yang tinggi. Alhamdulillah sekejap je dapat. Aku puji Ketua Kampung aku serta suaminya dan Yang Berhormat kawasan yang bekerja dengan dedikasi untuk masyarakat setempat. Tak kira orang sakit, kematian atau kenduri suka ria insyaallah mereka hadir jika berkelapangan. Mak aku pun dapat “bakul makanan”. Banyak bantuan untuk golongan susah di zaman ini (keluarga kami tak termasuk kategori susah tapi mereka tetap bagi sebab warga emas). Bergaullah dengan masyarakat, memintalah bila perlu, berterima kasih bila dapat dan bersyukur dengan nikmat Allah melaui pemberian penguasa. Hidup jangan banyak komplen


Menanti Detik AkhirKeadaan abah semakin teruk. Baring duduknya serba tak kena. Mungkin dadanya rasa ketat. Badannya kering dan gatal sejak memula dikesan yang sememangnya salah satu gejala sakit buah pinggang. Semasa berdaya abah garu sendiri guna kayu. Adik pula sapukan krim. Cuma krim yang terbaharu abah tak suka sebab dia rasa melekit

Kadang disangkutkan mukanya di palang penghadang. Aku nampak aku alas dengan neck rest cushion. Bila penat atau tak selesa berbaring abah duduk. Bila tak larat duduk dia hempas je badannya ke tilam. Tak tahulah bagaimana rasa sakit dalam badan dia tu

Sabtu 1/3/2025 malam bermulanya Ramadan 1446H kami buat bacaan Yasin selepas solat Maghrib. Abah nampak lemah sangat dah. Siang tu aku nampak muka abah macam kekuningan terus teringat arwah sepupu masa aku melawat dia di hospital dulu. Masa tu aku nampak kakinya kuning pucat dan malamnya dia meninggal dunia. Terfikir, adakah abah nak meninggal


Anak aku Bangteh, maklumkan kepada abang dan kakaknya bahawa atok nazak. Kakak di KL dan abang seorang lagi cucu kesayangan atuk uwan nak balik dari Bangi. Bila Kakak dapat tahu dia terus nak balik selepas habis shif jam sembilan malam tapi lambat sampai Seremban sebab naik KTM komuter jadi adik dia pun terpaksa menunggu. Kakak awalnya ingat majlis bacaan Yassin tu nak barbeque sekali sebab dah lama tak buat makan makan

Elok selesai solat Isyak Bangteh berlari naik cemas bagitau kami atuk nazak. Kami semua yang di rumah kecuali Pak Itam mengelilingi abah ketika abah menghembuskan nafas terakhirnya. Inilah kali pertama aku melihat orang meninggal depan mata. Allah makbulkan doa selama ini yang mana aku nak berada di sisi ibu bapa di saat akhir hidup mereka. Alhamdulillah. Jika Allah tak rezekikan, tinggal serumah pun tak dapat tengok, contohnya Pak Itam, dia solat Isyak masa tu

Kebetulan pula masa nazak tu anak-anak Mak Teh (sepupu) kami datang serentak beramai-ramai nak ziarah abah. Rezeki mereka dapat bersama

Hening


Anak-anak aku bersungguh menangis rentetan kehilangan. Mak dan adik-adik pun. Sepupu-sepupu juga. Aku je tak nangis walau sebak. Sehingga sekarang pun aku belum nangis cuma rasa sedih dan sebak bila video dan gambar abah diputarkan dan bila teringat masakan aku yang abah suka. Perasaan aku loading lama sangat

Adik-adik lelaki aku bukakan pakaian dan bersihkan jenazah lalu ke balai polis buat laporan. Kami sambung baca al-quran sementara ahli keluarga datang bersilih ganti. Kemudian datang ambulan membawa pihak hospital mengesahkan kematian. Staf tu bagi taulah beberapa cara untuk mengesahkan kematian, kalau tak silap ada empat tapi tiga perkara dah jelas jadi mereka tak buatlah kejutan elektrik

Polis pula datang ambil gambar muka, kaki, belakang badan


Selamat Tinggal AbahEsoknya jenzah dibawa ke masjid untuk dimandi kapan dan disolatkan. Adik aku jadi imam solat jenazah dan dia juga yang baca talkin. Hujung Disember 2024 dia juga yang baca talkin sewaktu kematian uwan

Habis dah kesakitan abah. Semoga Allah mengampunkan seluruh dosanya dan ditempatkan bersama orang beriman

Anak-anak dan cucu-cucu.
Pak Long (abang abah) dan Acu (adik).
Kenangan Dengan AbahMasa di kecil abah rajin juga bawa kami berkelah di air terjun dan pantai Port Dickson. Ketika membesar di Sarawak kami ke Muzium Sarawak, Kem Bau, Tasik Biru di Bau, air terjun Matang, Lundu dan lain-lain padahal takde kereta pun. Kita ni bila nak, kita akan usahakan walaupun duit takde sangat. Berkelah di Port Dickson bentang tikar bawah pokok makan makanan yang mak masak. 
Teringat masa zaman remaja dulu aku goreng sayur. Kebetulan abah di luar pintu abah tanya masak apa sedap baunya (padahal baru tumis bawang). Abah tak lokek memuji jika masakan sedap. 
Sewaktu keputusan SRP diumumkan mak abah datang tunggu bawah pokok di kawasan sekolah. Dengan gembiranya aku bagitau keputusan periksa. Gembira sangat mak abah masa tu. Ingat lagi aku minta duit nak beli stokin terus abah bagi tanpa banyak soal. Nak beli stokin je weh... hadiah lain kemudian

Selepas SRP aku cakap nak mohon duduk asrama Sekolah Convent Seremban atau Sekolah King George V because to me both my parents are too protective semua tak boleh tapi mereka tak bagi. Down aku bila proposal kena reject tapi kemudian abah merelakan bila aku ditawarkan ke Sekolah Sains. Kami berdua pergi beli barang keperluan asrama di kedai Yusuf di Kuala Pilah kemudian beli kasut Pallas Jazz di kedai lain. Bisinglah mak aku beli kasut mahal. Satu-satunya barang yang aku masih guna sehingga kini ialah sejadah biru yang dibeli sebelum masuk asrama. Banyak kali aku pesan kat anak-anak jangan bawa ke program sekolah. Itu kenangan dari abah, walau dah bersepai rambu rambanya aku masih gunakan setiap hari

Bila keputusan SPM aku tak cemerlang abah kecewa. Mestilah kan, sebab rekod pelajaran baik sepanjang sekolah rendah dan menengah rendah. Yang mak abah aku mungkin tak tahu, masuk asrama satu escapism bagi aku. Ada peraturan yang perlu diikuti tapi aku boleh buat keputusan sendiri dalam beberapa hal. Aku melalui turun naik kehidupan seperti orang lain, walau tak pandai sangat tapi aku taklah susah. 
Pernah dulu mak abah datang makan di rumah kami. Salah satu lauknya ialah burung puyuh goreng pedas. Abah tanya, kau beli ke? Sedey… orang tak percaya aku dah pandai masak. Dululah. Sekarang ni nak kata tak pandai tengoklah badan anak-anak aku. Bolehlah untuk makan sendiri

Bebila aku buat rendang pucuk ubi aku bawa ke kampung sekali. Abah puji sedap. Sebelum masuk hospital kali terakhir tu aku bawa sambal ikan bilis + bawang garing. Dia makan juga walau sepatutnya dia elak. Aku juga beli rendang pucuk ubi untuk abah. Dia komen, “tak sedap macam kau buat”. Allah 😢

Ramadan 1446H, abah dah tiada. Jiran ucap takziah. Dia kata sebelum ni selalu nampak abah bila abah mak datang ke rumah aku (cucu paling ramai di rumah aku 😊). Dalam tak berapa sihat pun sampai juga dia sekali sekala. Masa tu rasa tersentak, macam baru tersedar bahawa bila abah tak ada mak pun takkan kerap datang dah sebab mak tak berani memandu ke Seremban melainkan ada orang bawa. Empat bulan dalam iddah ni memang takkan datanglah. Aku dah hilang tetamu tetap

Sebak. 
Raya kali ini tiada lagi duit raya RM10 daripada abah. Tiada lagi abah yang sanggup melayan kerenah cucu-cucu bergambar keliling rumah

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa abah dan ditempatkan bersama orang beriman

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رٰجِعُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun, allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu anhu

Ertinya:
"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-ya kami akan kembali. Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, berilah keselamatan kepadanya, dan ampunilah dosanya."

Ditulis sebagai kenangan




© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/04/hari-hari-terakhir-abah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Raya Abah Abah Sekalian

Selamat Hari Raya Abah Abah Sekalian

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 128 hits
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang Namun tidak semua berpeluang meraikannya dengan orang yang mereka sayangi Bagi mereka yang berjauhan atau telah kehilangan insan tersayang pastinya perayaan ini men...
Warga Pdrm Sifatkan Rebat Rahmah Meriahkan Sambutan Hari Polis Ke 218

Warga Pdrm Sifatkan Rebat Rahmah Meriahkan Sambutan Hari Polis Ke 218

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 146 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir pada Sambutan Hari Peringatan Polis ke 218 di Kuala Lumpur pada 25 Mac 2025 Foto Facebook Anw...
Hiburan Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada Hari Raya Pertama Menteri Komunikasi

Hiburan Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada Hari Raya Pertama Menteri Komunikasi

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 154 hits
Kerajaan akan memberikan rebat Rahmah berupa tambahan kuota data minimum 5GB kepada pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabayar warga Malaysia pada hari pertama Aidilfitri ini Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa kos tambahan kuota ter...
Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 201 hits
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 akan dibayar dalam minggu ini Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan dan terus dijadikan pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh ...
Kenapa Rambut Gugur Banyak Setiap Hari

Kenapa Rambut Gugur Banyak Setiap Hari

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 119 hits
Kenapa Rambut Gugur Banyak Setiap Hari Jom Bongkar Rahsianya Rambut adalah mahkota bagi setiap individu Lelaki mahupun wanita pasti akan berasa kurang selesa dan hilang keyakinan diri apabila melihat rambut gugur dengan banyak setiap hari L...
Kedah Declares March 30 State Holiday In Conjunction With Hari Raya

Kedah Declares March 30 State Holiday In Conjunction With Hari Raya

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 183 hits
ALOR SETAR The Kedah government announced that this Sunday is a State Public Holiday in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri celebrations Kedah Mentri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor said the decision on the holiday had been ag...
Adira Suhaimi Buat Kejutan Kumpulkan 10 Anak Dalam Satu Majlis Raikan Hari Jadi Datuk Red

Adira Suhaimi Buat Kejutan Kumpulkan 10 Anak Dalam Satu Majlis Raikan Hari Jadi Datuk Red

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 119 hits
Penyanyi Adira Suhaimi dipuji ramai kerana mengumpulkan kesemua anak anak bekas suaminya Datuk Red sempena hari kelahiran bekas suaminya baru baru ini Bekas suami Adira iaitu Adnan Abu atau mesra dikenali Datuk Red turut meluahkan rasa terh...
Raya Couple Pose Ideas 2025 Contoh Posing Bersama Pasangan Pada Hari Raya Oleh Ellizaarifin Co

Raya Couple Pose Ideas 2025 Contoh Posing Bersama Pasangan Pada Hari Raya Oleh Ellizaarifin Co

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 234 hits
Pening di pagi raya memikirkan OOTD raya couple pose Pagi Raya bukan sahaja saat untuk menziarahi sanak saudara dan menikmati juadah tradisi tetapi juga waktu yang paling sesuai untuk mengabadikan kenangan bersama pasangan tercinta Tambahan...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama