Hari Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur Ini Derita Pesakit Somniphobia



Hari-Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur? Ini Derita Pesakit Somniphobia | Tahukah anda ada sejenis fobia yang buatkan anda rasa takut dan sukar untuk tidur? Fobia ini merupakan sesuatu yang benar-benar berlaku dan boleh mengancam nyawa penghidapnya

Fobia ini juga dikenali dengan nama Somniphobia, iaitu fobia untuk tidur. 
Apa itu somniphobia?Pernahkah anda dengar mengenai somniphobia? Somniphobia berasal dari perkataan latin somnus yang bermaksud tidur dan phobos yang bermaksud takut

Somniphobia ialah satu fobia yang mengganggu individu daripada mendapatkan tidur yang berkualiti. Selalunya, individu yang menderita somniphobia akan sengaja mengelak untuk tidur malam

Mereka alami rasa gelisah yang amat sangat sehingga ia mengacau corak tidur mereka

Penghidap somniphobia mungkin rasa terlalu penat sebelum tidur, namun mereka masih akan mengalami kesusahan untuk terlelap kerana perasaan resah dan gelisah yang mengganggu mereka

Walaupun kemudiannya mereka mungkin akan tertidur, penghidap somniphobia akan kerap terjaga dan kitaran ini akan berulang-ulang sehingga keesokan hari

Individu yang menderita akibat somniphobia tidak mungkin akan mendapat tidur yang berkualiti

Mereka juga mempunyai kadar hormon kortisol yang tidak normal dalam badan. Ini menyebabkan mereka selalu berada dalam keadaan berjaga-jaga dan risau terhadap sekeliling

Punca somniphobiaPenghidap somniphobia bukan sengaja tidak mahu tidur. Sebaliknya, mereka mempunyai ketakutan lain yang membuatkan mereka rasa takut untuk tidur

Namun, gejala yang menjadi punca individu menghidap somniphobia selalunya berkaitan dengan gangguan semasa tidur seperti:
1. Kelumpuhan tidur (sleep paralysis)Keadaan yang juga dipanggil ‘kena tindih hantu’ ini bukan disebabkan perkara mistik

Sebaliknya, ia merupakan salah satu bentuk gangguan tidur yang boleh menyebabkan anda rasa seperti lumpuh dan tak boleh bergerak ketika tidur

Lazimnya, golongan ini akan rasa takut untuk tidur kerana risau ‘ditindih’. Perasaan risau ini pula sebenarnya akan membuatkan sleep paralysis jadi semakin teruk

Tambah lagi, ada penghidap kelumpuhan tidur yang bukan hanya mengalami kelumpuhan, tetapi turut disertai dengan halusinasi yang boleh menjadikan tidur jadi amat menakutkan

2. Selalu mendapat mimpi ngeri

Penghidap somniphobia selalu mengalami mimpi ngeri yang seakan-akan nyata dan benar-benar berlaku

Mereka juga alami mimpi yang berkaitan dengan trauma yang mereka pernah hadapi seperti kematian insan tersayang, kemalangan ataupun berkaitan dengan perkara menakutkan yang mereka pernah lihat

Pendek kata, perkara ini akan buatkan penghidap sukar untuk lena dan rasa takut untuk tidur kerana bimbang akan mendapat mimpi ngeri yang sama berulang kali

3. Berjalan semasa tidur (sleepwalking)Tahukah anda individu yang berjalan semasa tidur boleh mendapat kecederaan yang serius? Mereka boleh terjatuh ataupun bertindak memukul orang lain semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri

Selain itu, orang yang berjalan semasa tidur juga boleh meninggal dunia akibat daripada perbuatan berbahaya yang mereka lakukan ketika tidur

Oleh itu, mereka takut untuk tidur kerana risau akan keselamatan diri semasa waktu beradu

Ada banyak lagi punca yang boleh akibatkan somniphobia. Penghidap somniphobia menganggap kematian sebagai tidur besar (big sleep)

Oleh itu, mereka tidak rasa selesa untuk tidur kerana menganggap tidur juga merupakan satu bentuk kematian


Kesan somniphobia

Penghidap somniphobia sudah pasti akan mengalami rasa mengantuk ketika waktu siang. Oleh itu, mereka akan sukar untuk fokus ketika bekerja

Selain itu, mereka juga akan mengalami rasa penat yang amat sangat berikutan tidur mereka yang tidak pernah cukup.
Disebabkan mereka sukar untuk tidur, circadian rhythm (jam tidur) mereka juga akan terganggu. Ini akan akibatkan rembesan hormon dalam badan juga menjadi tidak seimbang

Pesakit somniphobia akan kerap mengalami gangguan mood yang akan membuatkan mereka senang sakit hati ataupun jengkel terhadap orang lain

Semua kesan ini akan membuatkan hidup pesakit somniphobia jadi sengsara. Mereka mungkin pada akhirnya akan terjerumus di dalam lingkaran depresi jika penyakit ini tidak dirawat oleh pakar
Apa pesakit somniphobia boleh lakukan

Pesakit somniphobia perlukan rawatan daripada pihak yang bertauliah untuk mengubat penyakit mereka. Jangan risikokan nyawa anda dan juga kerjaya jika anda mengalami rasa takut dan sukar untuk tidur

Bukan semua pesakit yang mempunyai fobia memerlukan rawatan. Fobia lain seperti fobia terhadap haiwan ataupun makanan boleh dielakkan dengan mudah, caranya adalah menjauhi objek-objek tersebut

Namun, penghidap somniphobia tidak dapat lari daripada masa tidur. Malah mereka terpaksa berhadapan dengannya saban malam

Oleh itu, golongan ini mungkin boleh melakukan terapi sebagai salah satu kaedah rawatan yang berkesan

Walau bagaimanapun, pesakit somniphobia tidak digalakkan untuk mencari rawatan sendiri. Berhubunglah dengan doktor pakar supaya dapat bina sebuah regimen yang sesuai dengan keadaan kalian

https://www.questionpro.com/t/AQG9BZhrqY
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://renex89.blogspot.com/2020/07/hari-hari-kena-tindih-hantu-masa-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Disleksia Bagaimana Masa Depan Mereka

Pesakit Disleksia Bagaimana Masa Depan Mereka

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 401 hits
Pesakit disleksia Siapakah mereka Apakah mereka juga sama dengan pesakit lain di Malaysia yang dilayan seperti orang yang tidak normal Mengapa seseorang dihinggapi penyakit ini Banyak persoalan yang bermain di fikiran ini setelah menerima p...
Sering Berjaga Setiap Malam Ini Kesan Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari Bahaya

Sering Berjaga Setiap Malam Ini Kesan Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari Bahaya

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 332 hits
Sering Berjaga Setiap Malam Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari BAHAYA Susah tidur malam isu yang sering dialami oleh individu dewasa Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya k...
Hantu Pindahkan Tempat Tidur

Hantu Pindahkan Tempat Tidur

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 395 hits
Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2004 ketika aku bekerja memasang tingkap dan cermin di bangunan kondominium Desa Putra Wangsa Maju berdekatan dengan stesen LRT Putra Sri Rampai yang waktu itu belum lagi beroperasi Bos aku minta aku mene...
Sering Ditindih Hantu Mimpi Ngeri Sleepwalking Anda Mungkin Penghidap Somniphobia

Sering Ditindih Hantu Mimpi Ngeri Sleepwalking Anda Mungkin Penghidap Somniphobia

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 379 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSelalu Ditindih Hantu Mimpi Ngeri Sleepwalking Anda Mungkin Penghidap Somniphobia Apa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang satu jenis fobia yang mungkin ...
Syak Keluar Angin Kentut Masa Solat

Syak Keluar Angin Kentut Masa Solat

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 276 hits
Jika syak keluar angin kentut masa solat adalah kena berhenti solat Apakah status solat tersebut adakah batal Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat...
Pernah Bikin Status Check In Path Di Ck Atau Sevel Berarti Masa Mudamu Begitu Gaul

Pernah Bikin Status Check In Path Di Ck Atau Sevel Berarti Masa Mudamu Begitu Gaul

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 308 hits
Dulu pokoknya kalau udah nongkrong di Sevel atau CK terus check in lokasi pakai aplikasi Path auto jadi anak tongkrongan gaul
Covid 19 India Rekod 37 140 Kes Baharu Dalam Masa 24 Jam

Covid 19 India Rekod 37 140 Kes Baharu Dalam Masa 24 Jam

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 234 hits
INDIA melaporkan 37 140 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID 19 di negara itu meningkat kepada 1 115 191 Pada Selasa Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan 587 kematian direkodkan dalam te...
Orang Beriman Tak Akan Bertemu Hari Kiamat

Orang Beriman Tak Akan Bertemu Hari Kiamat

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 181 hits
Beriman pada hari Kiamat merupakan salah satu rukun Iman Di hari kiamat semua manusia akan beterbangan seperti anai anai Gunung gunung yang semula kokoh berhamburan seperti bulu Bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat Begitu dahsyat...
Oppo Reno4 Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Oppo Reno4 Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 208 hits
Oppo Reno4 ialah peranti seterusnya yang akan dilancark43an di Malaysia kelak selepas imej acah di bawah dikongsi oleh pihak Oppo Malaysia Yang masih menjadi misteri hanyalah tarikh pelancarannya sahaja Get RENOwned with the upcoming Reno S...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri