Hari Hari Hari Ibu
Assalamualaikum WBT
SEMALAM Cik Ani hantar gambar sekotak ais krim potong. Cik Ani ajak datang rumah dia makan ais krim potong. Disebabkan petang tu, Sk nak kena ambil Iman di kolej selepas habis kerja dan laluannya bertentangan, Sk beritahu akan datang malam. Hahahaha.. nak datang rumah Cik Ani semata nak makan ais krim ke?
A Party without CAKE is just a meeting
Lepas ambil Iman, kami ke Aeon Taman U nak beli kek bawa ke rumah Cik Ani. Iman kata, minggu lepas di hari dan waktu lebih kurang yang sama, banyak kek Red Velvet saiz mini di Secret Recipe. Sekalinya, kali ni tak ada pulak, jadi, beli RV SDS sajo laaa.. janji ada kek
Hari-hari Hari Ibu, kata Iman 😍
Betullah tu.
Di Panggil... Emak 💕 Ibu 💕Umi 💕 Bonda 💕 Mama 💕Mummy 💕 Mamak 💕
Yang sejati Ibu Kandung,Yang famous Ibu Tiri,Yang Ringan Ibu Angkat,Yang Miang Ibu Keladi,Yang Tembam Ibu Roti,Yang Popular Ibu Tunggal,Yang Penting Ibu JariMacam-macam Ibu Ada....
Yang Penting Anda Tetap Ibu Yang Dicintai, Disayangi Dan Dikasihi....
❤ SELAMAT HARI IBU ❤Walau Apa pun..
Setiap hari...ada lah..
HARI IBU kerana..
Kerjanya Tak Pernah Habis Untuk Kebahagiaan & Keharmonian Keluarga yang tercinta........ 😘😘😘
"SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU YANG MEMBACA BLOG ALAM SARI DI TANAH JAUHAR INI.. "
Masa masak Mee Kuah tuari, Sk tersalah buka tin makanan. Ingatkan tomato sup, rupanya sos pasta. Dua-dua jenama Kimball, rupa sama, warna sama, tak baca label dan sebenarnya Sk lupa ada beli sos pasta jenama Kimball 😆. Daging kisar tinggal 200 gm dan ada pepperoni beef empat keping. Sup sap sup sap, siap sos bolognese. Rebus spaghetti sebungkus dan tuang sos atasnya, sampai rumah Cik Ani baru gaul.
Jiran Cik Ani pulak bagi Laksa Johor. Guru Besar Cik Ani bagi KFC sekotak
Angah sakit perut, Cikwa kat Kay El, tinggal kami-kami jer la. Ni pun ibu tu demam sebenarnya. Semoga ibu cepat sembuh dan dikembalikan kesihatannya.. insyaAllah
Sambutan Hari Ibu pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun tapi minggu lepas semua kebizian. Ah.. ada pulak yang kata, haram sambut hari ibu. Laaa.. kita bukan ada baca jampi mentera mengikut ajaran agama lain, kita cuma meraikan ibu kita sendiri. Nak raikan hari-hari memang la tak sempat, walaupun ibu meraikan kita setiap hari sejak kita dilahirkan
Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:
أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ
Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu. Riwayat Muslim (2548)
Eh, mana ais krim potong??
Dah balik baru ingat.. mujur baru kat lorong sebelah. Pusing balik rumah Cik Ani, ambil ais krim. Tak adalah gambar ais krim potongnya sebab makan dalam kereta, hehehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/05/hari-hari-hari-ibu.html