Hari Felda Generasi Baharu Perlu Martabat Legasi Felda


Oleh Erda Khursyiah Basir
Rencana ini adalah bersempena sambutan Hari Peneroka Felda 2020, peringkat kebangsaan yang disambut pada 7 Julai setiap tahun.
Generasi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu memartabat dan meneruskan perjuangan ibu bapa mereka sebagai peneroka untuk memastikan kelangsungan pembangunan agensi itu.
Presiden Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Fakhrurrazi Mohd Habib berkata, untuk itu, ruang dan peluang harus diberikan kepada generasi muda agar mereka berasa lebih ‘dekat’ dan selesa sebagai sebahagian daripada masyarakat peneroka.
“Felda kini sudah berusia 64 tahun. Jika sebelum ini tumpuan diberikan kepada peneroka yang majoritinya sudah berusia, saya kira sudah sampai masanya kita melibatkan generasi baharu Felda pula. Ini kerana merekalah yang akan menjadi pelapis, pewaris dan meneruskan perjuangan Felda.
“Ketika ini, kita hanya ada sekitar 54 peratus peneroka daripada jumlah 112, 638 keluarga yang ada di 317 tanah rancangan Felda. Daripada 54 peratus itu, jumlah peneroka yang masih sihat adalah sekitar 18 hingga 20 ribu orang sahaja dengan purata umur 68 tahun.
“Dengan jumlah peneroka yang semakin berkurangan serta kudrat yang semakin terbatas, situasi ini menuntut supaya peranan dan tanggungjawab peneroka diteruskan oleh anak-anak dan cucu mereka,” katanya kepada Bernama dalam temubual baru-baru ini, bersempena Hari Peneroka Felda 2020, peringkat kebangsaan yang disambut pada 7 Julai setiap tahun.
KAF yang dirasmikan pada 14 Mac 2016 bertujuan menjadi platform mengembangkan ekonomi anak-anak Felda terutama dalam aspek latihan, infrastruktur serta beberapa inisiatif lain.
PENEROKA GANTI
Fakhrurrazi adalah generasi ketiga Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, Selangor dan ayahnya adalah generasi kedua. Datuk beliau sebelah bapanya adalah kumpulan peringkat pertama (1962) Felda Gedangsa sementara datuk sebelah ibu beliau, peringkat ke-empat (1963) di Felda yang sama.
Mengulas lanjut, Fakhrurrazi berkata istilah ‘peneroka ganti’ mungkin boleh dipertimbangkan untuk diberikan kepada waris peneroka bagi menunjukkan mereka juga mempunyai peranan dan tanggungjawab besar kepada Felda.
“Dengan penggunaan istilah yang lebih sesuai, mereka juga secara tidak langsung dapat berasa memikul tanggungjawab untuk terus mempertahankan kewujudan Felda,” katanya.
Seiring dengan tema sambutan Hari Peneroka Felda pada tahun ini iaitu ‘Peneroka Perintis, Berani dan Suka Cabaran’, beliau berkata generasi baharu Felda juga perlu bersedia serta berani menyahut cabaran seperti yang telah dilalui oleh generasi terdahulu.
“Mereka perlu sedar bahawa mereka golongan yang bertuah dan legasi Felda ini perlu diteruskan. Mereka wajar mengambil semangat dan keberanian peneroka Felda yang asalnya daif dan terasing namun akhirnya menjadi kumpulan masyarakat yang boleh dicontohi dan disegani,” katanya.
‘KEMBALI’ KE FELDA
Bagi menghargai segala usaha, pengorbanan serta penat lelah yang telah dilakukan oleh golongan peneroka, generasi baharu juga perlu ‘kembali’ kepada Felda.
“Maksud kembali kepada Felda bukanlah semua orang perlu balik dan menetap di tanah rancangan tetapi setidak-tidaknya dalam sebuah keluarga ada seorang yang mengambil alih tugas dan peranan ibu bapa mereka sebagai peneroka sebelum ini.
“Kembali kepada Felda juga bermaksud generasi baharu Felda rela menyumbang bakti dan tenaga mereka demi kebaikan Felda. Kita mahu supaya mereka sentiasa ingat akan asal-usul dan paling penting terus menghargai Felda.
“Kita juga mahu generasi baharu Felda mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa Felda sebagai ‘tempat’ untuk orang Melayu,” katanya sambil menyokong saranan yang dibuat baru-baru ini agar kerajaan mewartakan kesemua tanah Felda yang dimiliki peneroka sebagai tanah rizab Melayu.
Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Yayasan Peneroka Negara, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof kerana bimbang tanah berkenaan akan bertukar milik kepada pihak lain, ekoran banyak tanah di kawasan Felda dibangunkan untuk tujuan perumahan dan komersial.
PERBAIKI MODAL INSAN
Fakhrurrazi dalam masa yang sama turut berpendapat, usaha ‘menarik’ generasi baharu kembali ke Felda bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan, namun memerlukan usaha bersepadu semua pihak untuk meyakinkan golongan itu.
Selain galakan daripada pihak kerajaan dan inisiatif Felda sendiri, penerangan berterusan perlu diberikan agar generasi muda hari ini terutama yang berhijrah ke bandar lebih memahami kepentingan mereka kepada agensi itu.
“Felda dahulu dan sekarang jauh berbeza. Felda dari zaman pembukaannya kepada ketika membangunkannya, zaman kesenangan dan seterusnya zaman dihimpit pelbagai ‘ujian’. Dari sudut infrastruktur kita memang sudah jauh berubah dengan adanya pelbagai kemudahan yang lengkap dan sempurna seperti sekolah, klinik kesihatan dan pelbagai lagi yang memanfaatkan warga Felda.
“Namun begitu, kita mungkin perlu pembaikan daripada aspek modal insan terutama yang melibatkan anak-anak Felda. Mereka mungkin kurang berminat untuk meneruskan apa yang diusahakan oleh ibu bapa mereka dan ini menjadi cabaran besar untuk kita mengajar dan meyakinkan mereka, agar aset yang dimiliki tidak disia-siakan begitu sahaja.
“Perkara ini bukan mudah namun ia juga bukan mustahil. Di bawah pimpinan baharu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengerusi dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah Felda, kita berharap akan ada ‘sinar baharu’ buat warga Felda termasuk dari aspek pengurusan dan urus tadbir yang lebih baik, mengelakkan berlakunya ketirisan serta kebajikan warga Felda dapat dijaga secara keseluruhannya,” katanya.
SUARA ANAK MUDA
Turut berkongsi pandangan, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Bermotor Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Mohd Faizol Fuad Mohd Sallehhan, yang berkata, sokongan berterusan harus diberikan kepada generasi pewaris Felda supaya mereka boleh menyumbang ke arah kemajuan agensi itu.
“Ini termasuklah sokongan untuk mereka tampil menyuarakan pendapat dan pandangan untuk penambahbaikan Felda,” katanya.
Sebagai generasi ketiga Felda Soeharto, Selangor, beliau berkata taraf ekonomi masyarakat Felda hari ini semakin baik termasuk dengan wujudnya lebih banyak peluang perniagaan untuk penghuni Felda baik secara tradisional mahupun secara dalam talian.
“Anak-anak muda Felda boleh mengorak langkah lebih jauh dengan adanya peluang dan platform yang diwujudkan termasuklah melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda bagi membantu mengembangkan bakat dan kebolehan mereka,” katanya.
Bernama
The post Hari Felda : Generasi Baharu Perlu Martabat Legasi Felda appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/07/hari-felda-generasi-baharu-perlu-martabat-legasi-felda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taiwan Catat Sifar Kes Baharu Covid 19 Hari Ke 5

Taiwan Catat Sifar Kes Baharu Covid 19 Hari Ke 5

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 277 hits
Taiwan catat sifar kes baharu Covid 19 hari ke 5 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jul 2020 11 32PM
Terkini 6 Kes Baharu Covid 19 Dan 5 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini

Terkini 6 Kes Baharu Covid 19 Dan 5 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 254 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 5 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikam jumlah kumulatif sebanyak 8 481 bersamaan dengan 97 8 Menerusi kirima...
Rakyat Singapura Tentukan Kerajaan Baharu Hari Ini

Rakyat Singapura Tentukan Kerajaan Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 238 hits
SINGAPURA Rakyat Singapura mula mengundi hari ini bagi Pilihan Raya Umum 2020 apabila 1 100 pusat mengundi dibuka di seluruh republik itu pada 8 pagi Pilihan Raya Umum ke 18 Singapura itu dan ke 13 sejak kemerdekaan pada 1965 diadakan dalam...
Dua Digit Kes Baharu Covid 19 14 Hari Berturut Turut Victoria Perketat Semula Kawalan Pergerakan

Dua Digit Kes Baharu Covid 19 14 Hari Berturut Turut Victoria Perketat Semula Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 369 hits
Kerajaan Negeri Victoria di Australia dilaporkan akan ketatkan semula kawalan pergerakan bermula Khamis ini susulan peningkatan kes baharu COVID 19 di beberapa bandar utama Sebanyak 233 kes baharu dikesan dengan pertambahan dua digit kes ba...
3 Kluster Catat Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk Kluster Bukit Bintang

3 Kluster Catat Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk Kluster Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 398 hits
Susulan daripada Sidang Media Perkembangan Kesihatan Covid 19 yang disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Noor Hisham Abdullah ini mengenai tiga kluster yang masih aktif catat kes baharu hari ini Kluster Bukit Bintang Sehingga 2...
Lebih 1 000 Daftar Pelajar Baharu Kuis Dalam Dua Hari

Lebih 1 000 Daftar Pelajar Baharu Kuis Dalam Dua Hari

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 318 hits
SHAH ALAM 5 JULAI Lebih 1 000 orang mendaftar sebagai pelajar baharu di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dua hari berturut sejak 3 Julai lalu kata rektornya Prof Dato Dr Ab Halim Tamuri berkata pendaftaran menerusi dalam talian ...
Martabat Tulisan Jawi Kerajaan Sokong Kempen Hari Jumaat Hari Jawi

Martabat Tulisan Jawi Kerajaan Sokong Kempen Hari Jumaat Hari Jawi

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 2533 hits
Sebagai langkah mengekalkan dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga ke hari ini Jabatan Perdana Menteri menguar uarkan Kempen Hari Jumaat Hari Jawi bermula hari ini Syor tentang kempen itu telah ...
Walau Bukan Dari Rahim Isteriku Tapi Allah Isikan Kasih Kami Achey Syukur Sambut Hari Bapa

Walau Bukan Dari Rahim Isteriku Tapi Allah Isikan Kasih Kami Achey Syukur Sambut Hari Bapa

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 408 hits
Biarpun bukan darah daging sendiri namun kehadiran seorang anak angkat dalam sesebuah keluarga menjadi pelengkap kasih sayang bagi mana mana pasangan suami isteri Bagi Achey Bocey kehadiran Nur Tiara Zainnirah buat hidupnya rasa bahagia mal...
Lee Minho Sambut Hari Jadi Ke 33 Lambakan Hadiah Peminat Bukti Populariti Di Peringkat Antarabangsa

Lee Minho Sambut Hari Jadi Ke 33 Lambakan Hadiah Peminat Bukti Populariti Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 373 hits
Selesai sahaja tayangan The King Eternal Monarch ramai yang dah luahkan rasa rindu mereka kepada Lee Min ho Entah bila lagi lelaki itu akan membintangi drama terbaru yang pastinya bukan dalam masa terdekat ini Kepada yang dah rindu sangat a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator