Hari 62 Najib Melenting Ag Soal Perpecahan Umno 1986
HIDIR REDUAN ABDUL RASHID & HARIZ MOHD
KES SRC NAJIB | Perbicaraan hari ini akan bertumpu kepada pemeriksaan pasukan pembelaan terhadap anak guam mereka, Najib Razak
Semalam, Najib menyelesaikan pembacaan kenyataan saksi sepanjang 243 halaman pada peringkat pembelaan perbicaraan kes menyelewengkan RM42 juta dana SRC International.
LANGSUNG:
Najib 'melenting' AG soal perpecahan Umno 1986
11.20 pagi - Bekas perdana menteri Najib Rzak 'melenting' ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Negara Tommy Thomas yang bertanya kem mana yang disokongnya ketika perebutan kuasa Umno pada 1986.
Tertuduh menjawab soalan itu tidak relevan dengan kes yang dihadapinya.
Thomas: Ketika (perebutan kuasa antara) Team A dan Team B Umno pada 1986, adakah kamu menyokong Dr Mahathir (Mohamad) melawan Tengku Razaleigh?
Najib: Saya tak pasti, itu relevan ke, itu persoalan politik? Perlukah saya jawab?
Thomas: Kamu perlu jawab selagi tiada bantahan (daripada peguam bela).
Najib: Saya sokong Dr Mahathir.
'Beli jam nak pujuk Rosmah sebab cuti keluarga di Hawaii dipendekkan'
10.45 pagi - Najib Razak memberi keterangan bahawa beliau membelanjakan AS$130,625 (RM466,330.11) membeli jam tangan mewah untuk isterinya Rosmah Mansor, supaya dapat memujuk keluarganya yang terpaksa memendekkan percutian mereka di Hawaii pada tahun 2014
Bekas perdana menteri berkata keluarganya kecewa apabila terpaksa mengakhiri percutian peribadi keluarga , akibat banjir yang melanda di Pantai Timur pada Disember 2014.
"Dekat hari jadi isteri saya, sebab itu lah mereka rasa begitu kecewa dengan keputusan saya.
"Anak saya Ashman kerja Istanbul datang ke Honolou dan mendapati saya tidak ada.
"Demikian, saya buat keputusan untuk memujuk keluarga saya dan beli sesuatu dipilih isteri saya (Rosmah Mansor)," katanya.
Najib merujuk pembelian menggunakan kad kredit membeli jam mewah di Chanel, Honolulu, Hawaii pada 22 Disember 2014.
1MDB beli IPP jimat RM15b setahun, dakwa Najib
10.40 pagi - Najib Razak mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, mendakwa 'rundingan terus' (sweetheart deals) melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) telah menyebabkan negara perlu menanggung perbelanjaan berbilion ringgit.
Ini katanya kerana IPP didakwa diberikan kadar subsidi untuk gas yang dikeluarkan Petronas.
Najib mendakwa hal ini telah berubah apabila 1MDB diwujudkan dengan kontrak tidak lagi dibuat melalui rundingan terus.
"Walaupun banyak orang kutuk 1MDB, langkah 1MDB telah jimatkan negara RM10 bilion ke RM15 bilion setahun (berdasarkan) terma proses bidaan lepas IPP diambil alih 1MDB," katanya.
Peguam belanya, Muhammad Shafee Abdullah kemudian bertanya rundingan terus kontrak ini berlaku pada zaman perdana menteri mana?
Shafee: Sweet heart deal ni zaman bila laksana?
Najib: Perdana menteri keempat, PM ketujuh hari ini.
Najib kata pernah galak SPRM temu bual siasat Jho Low
10.35 pagi - Mahkamah mendengar bekas perdana menteri Najib Razak memberi keterangan bahawa SPRM telah memberi amaran kepadanya mengenai Jho Low dan rakan sekutunya pada sekitar 2015 dan 2016.
Menurutnya, inilah sebabnya mengapa beliau menggalakkan pihak berkuasa antirasuah itu untuk merekodkan pernyataan daripada ahli perniagaan berkaitan 1MDB pada masa itu.
Najib berkata demikian apabila menjawab soalan daripada peguam bela Muhammad Shafee Abdullah.
Shafee: Ada (tak) penguatkuasa seperti SPRM, polis sewaktu kamu menjadi perdana menteri, ada sesiapa yang memberitahu kamu atau memberikan amaran kepada kamu mungkin berlaku tak elok (dalam) 1MDB atau Jho Low
Najib: Ada itu sebab mereka telah mengambil tindakan untuk menemu bual Jho Low. Saya diberitahu bawah SPRM ada temu bual Jho Low. Saya tak ingat seara jelas bila, 2015 atau 2016.
Shafee: Kamu tahu temu bual (SPRM) berlaku?
Najib: Saya galak mereka (SPRM) temu bual siasat (Jho Low).
'Saya tiada kuasa veto dalam 1MDB' - Najib
10.25 pagi - Najib Razak mendakwa ketika menjadi pengerusi lembaga penasihatnya (BOA) 1MDB beliau tidak mempunyai kuasa veto terhadap syarikat pelaburan negara itu
Menurut bekas perdana menteri, beliau juga tidak dapat membuat keputusan untuk BOA secara sendiri kerana dalam mesyuarat lembaga itu perlu terdiri sekurang-kurangnya empat anggota lembaga penasihat.
Menurut Najib, apa-apa keputusan yang dibuat oleh lembaga itu sentiasa berdasarkan muafakat bersama dan sekiranya mereka perlu mengundi, setiap anggota BOA mempunyai satu undi termasuk pengerusi.
Jadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB tiada kuasa mutlak - Najib
10.10 pagi - Bekas perdana menteri, Najib Razak memberi keterangan bahawa beliau tidak melihat apa-apa yang luar biasa dalam kedudukannya ketika itu sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Bekas perdana menteri berkata ini kerana kuasa beliau di badan-badan lain seperti Khazanah dan Petronas lebih menyeluruh berbanding dengan jawatan beliau sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB (BOA).
Najib menjawab soalan daripada peguam bela utamanya, Muhammad Shafee Abdullah mengenai sekiranya tertuduh mempunyai pilihan apabila dilantik sebagai pengerusi bagi lembaga penasihat 1MDB.
"Ia bukan kuasa mutlak, BOA (1MDB) hanya beri nasihat, kuasa penentuan dibuat lembaga pengarah.
"Begitu juga Petronas, kuasa diberi perdana menteri bahawa akta parlimen adalah menyeluruh, umpama, perdana menteri boleh arah Petronas dan Petronas perlu laksana arahan-arahan itu. Kamu tidak boleh menolak (arahan) lembaga (pengarah).
"1mdb beza, cuma lembaga pensihat saja," kata Najib.
Menjelaskan lanjut, katanya bidang kuasa dalam Khazanah dan Petronas diperuntukkan oleh undang-undang, sambil menambah sebagai pengerusi BOA 1MDB, nasihatnya hanya boleh diberikan jika lembaga pengarah meminta nasihat sedemikian.
Najib pertimbang lapor polis dakwaan tandatangannya dipalsukan
9.50 pagi - Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau percaya tujuh dokumen diserahkan ke mahkamah, mengandungi apa yang kelihatan seperti tandatangannya itu adalah dokumen palsu dan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Menurut Najib, beliau telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk menunggu dokumen berkenaan diperiksa secara fizikal oleh pakar dokumen terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada untuk membuat laporan polis atau tidak.
Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah sekiranya beliau telah menandatangani dokumen itu, yang ditandakan di mahkamah sebagai P277, P497 (3-4), P530 (2-9), P501, D534, D535 dan P510.
"Tidak. Seperti yang telah saya katakan, saya percaya dokumen ini tidak asli berdasarkan hal-hal yang dibangkitkan semasa perbicaraan
"Secara jujurnya, ketika itu saya berkhidmat untuk kerajaan, saya telah menandatangani ribuan dokumen dan saya tidak akan membuat laporan polis sehinggalah saya pasti tandatangan saya itu tidak asli (dipalsukan).
"Walaupun terdapat dapat awal oleh pakar dokumen (mengenai kemungkinan ia dipalsukan), peguam saya menasikatkan saya untuk menunggu pemeriksaan fizikal oleh pakar dokumen, sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis," kata Najib.
Untuk rekod, dokumen-dokumen yang dipertikaikan oleh Najib mengenai keasliannya termasuk minit Menteri Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) terhadap 1MDB, tiga set minit mesyuarat agung luar biasa (EGM) SRC International dan resolusi pemegang saham khas; minit MOF Inc bertarikh 17 Februari 2012 yang mengarahkan supaya dana SRC digunakan, dan minit mesyuarat MOF Inc memberi kelulusan pindaan terhadap Memorandum dan Artikel syarikat SRC.
Berikut dokumen yang ditandakan di mahkamah:
P277 - pemindahan 29.12.2014;
P497 - minit MKD terhadap 1MDB;
P530 - tiga set minit EGM & Resolusi Pemegang Saham Khas;
P501 - Minute MKD pada 17.2.2012 mengarahkan bagaimana dana SRC perlu digunakan;
D534 - dokumen MKD
D535 - kelulusan untuk SRC mendapatkan pinjaman RM2 bilion lagi daripada KWAP
P510 - Minit MKD meluluskan pindaan terhadap M&A SRC
Najib minta pakar Australia sahkan kesahihan dokumen9.41 pagi - Najib Razak mengulangi permintaannya untuk mendapatkan seorang pakar tulisan tangan dari Australia untuk memeriksa dan mengesahkan kesahihan dokumen yang dikatakan mengandungi tandatangannya.
Bekas perdana menteri memberi keterangan tersebut semasa pemeriksaan utama oleh peguam belanya, Muhammad Shafee Abdullah.
Tertuduh berkata, antara lain, dia tidak dapat mengesahkan kesahihan minit Menteri Kewangan Inc (MoF Inc) yang dikatakan meluluskan pindaan terhadap dokumen syarikat Memorandum dan Artikel (M&A) SRC International.
"Berdasarkan hal ini dan atas nasihat peguam saya, seorang pakar dokumen dari australia telah dilantik untuk menjalankan pememriksaaa untuk menentukan keaslian tanda tangan saya pada dokumen-dokumen ini," kata Najib.
Semalam, pihak pembelaan memohon untuk mendapatkan seorang pakar tulisan tangan dari Australia dan memeriksa dokumen-dokumen oleh pendakwaan semasa perbicaraan.
Pendakwaan membantah hal ini yang membawa kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberitahu pembelaan untuk mengemukakan permohonan rasmi untuk membenarkan pihak-pihak membuat serahan berkenaan perkara itu.
9.23 pagi - Peguam bela Muhammad Shafee Abdullah memulakan pemeriksaan utama terhadap bekas perdana mentei Najib Razak
9.16 pagi - Prosiding bermula, Najib masuk ke kandang saksi
9.00 pagi - Perbicaraan yang masuk hari ke-62 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bermula sekitar jam 9 pagi pagi ini, pasukan pembelaan yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah dijangka akan melakukan pemeriksaan utama dengan lebih lanjut lagi terhadap bekas perdana menteri itu.
Peguam akan meminta Najib untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara yang dibangkitkan dalam kenyataan saksi yang disediakan untuk mengukuhkan pembelaan bekas menteri kewangan itu.
Pemeriksaan utama juga akan cuba menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan melibatkan tujuh dakwaan terhadap Najib kerana penyalahgunaan kuasa, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram RM42 juta dana SRC International.
Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 jutaNajib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
1 tuduhan salah guna kuasa 3 tuduhan pecah amanah 3 tuduhan pengubahan wang haram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/hari-62-najib-melenting-ag-soal.html