Harga Projek Ecrl Mungkin Boleh Diturunkan Lagi Daim


foto sumber internet
KUALA LUMPUR, 19 April — Tun Daim Zainuddin menzahirkan keyakinan bahawa harga projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang telah dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion, kemungkinan besar boleh diturunkan lagi.

Beliau berkata perkara itu serba mungkin sebaik sahaja pakar pembinaan rel di Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd membincangkan butiran teknikal projek infrastruktur gergasi itu.

Loading...
Awal minggu ini, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bersetuju membentuk syarikat usaha sama (JV) 50:50 untuk pengendalian, pengoperasian dan penyelenggaraan rangkaian rel ECRL.

Kos  projek juga mungkin dapat dikurangkan lagi berikutan “kami akan memohon jumlah pinjaman lebih rendah, serta perlanjutan tempoh dan jadual pembayaran, daripada Bank China-Exim berikutan kosnya sudah dikurangkan,” kata Daim kepada Bernama News Channel (BNC) dan Perkhidmatan Berita Ekonomi dalam temu bual eksklusif semalam.

Daim, yang juga pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), telah diminta oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengetuai pasukan ke Beijing, sejurus selepas kejayaan kerajaan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum tahun lepas, untuk merundingkan semula projek ECRL.


“Kami akan merundingkan jumlah yang agak besar (pengurangan), sekurang-kurangnya minimum kira-kira RM30 bilion.

“Ini adalah pada fasa akan datang rundingan kami kerana kami tidak mahu terikat dengan perjanjian tambahan baharu bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC).

“Jadi,  RM21.5 bilion itu sebenarnya penjimatan minimum yang kami peroleh menerusi rundingan semula kontrak ECRL. Kami harap untuk kembali pada minggu depan dengan malah lebih banyak berita baik untuk rakyat,” katanya.

Daim telah berjaya mengendalikan rundingan semula bagi perjanjian tambahan yang telah mengurangkan kos sebanyak 32.8 peratus atau RM21.5 daripada harga asal berjumlah RM65.5 bilion yang dimeterai oleh pentadbiran terdahulu di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya CCCC turut menunaikan komitmennya untuk memulangkan sebahagian pembayaran pendahuluan RM3.1 bilion di bawah kontrak asal bagi Fasa 2, landasan berkembar dan perluasan projek ECRL ke utara apabila ia memulangkan RM500 juta hari ini, dan RM500 juta lagi dalam tempoh sebulan bagi bayaran balik sepenuhnya sebanyak RM1 bilion.

Pengerusi CEP itu berkata kejayaan dalam rundingan semula bagi perjanjian tambahan dan penyambungan semula projek ECRL turut meningkatkan keyakinan pelabur dalam kalangan syarikat China untuk datang dan melabur di Malaysia yang akan membabitkan berbilion ringgit.

Beliau berkata perjanjian itu juga merupakan insentif bagi CCCC dan pelabur China yang lain untuk mengkaji pelaburan lain di Malaysia yang dapat meningkatkan pemanfaatan ECRL.

“Jadi, kami jangka terdapat lebih banyak pelaburan langsung asing, bukan sahaja daripada China, tetapi juga daripada domestik dan sumber antarabangsa yang lain, di Pantai Tmur dan sepanjang laluan rel.

“Oleh kerana ECRL akan hanya siap pada akhir 2026, kami yakin tempoh itu akan membolehkan pelaburan lain disiapkan supaya wujud daya maju lebih hebat di sepanjang laluan rel apabila sebaik sahaja ECRL berfungsi,” katanya.

Daim turut menjelaskan perjanjian tambahan bagi ECRL termasuk landasan berkembar bagi keseluruhan laluan rel sepanjang 640 kilometer.

“Mereka yang menyatakan kos baharu sebanyak  RM44 bilion itu mempertaruhkan ciri tertentu seperti landasan berkembar telah berbohong. Ia semudah itu,” katanya.

Kepada pihak tertentu yang berhujah bahawa ECRL akan berakhir sebagai projek gajah putih, dengan kadar penumpang dan muatan kargo rendah, Daim berkata pembinaan projek infrastruktur awam biasanya mengambil masa yang lama sebelum dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan  “kami sedar akan perkara itu”.

“Sebab itu kenapa dalam rundingan kami dengan China, kami turut memasukkan memorandum persefahaman bagi pengendalian, pengoperasian dan penyelenggaraan (MOM) ECRL. Di bawah perjanjian asal, Malaysia sendirian perlu menampung kos MOM dari awal. Dengan mendapatkan CCCC untuk menampung separuh kosnya bagi 20 tahun pertama operasi, kami jangka dapat menjimatkan kira-kira RM4 bilion,” katanya.

Daim berkata ECRL akan membawa manfaat kepada sektor pembinaan kerana sudah ada RM44 bilion yang merupakan jumlah yang banyak, dengan mengambil kira bahawa 40 peratus akan diperuntukkan bagi kandungan tempatan. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/harga-projek-ecrl-mungkin-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daim Kata Kabinet Najib Tak Tahu Hujung Pangkal Projek Ecrl

Daim Kata Kabinet Najib Tak Tahu Hujung Pangkal Projek Ecrl

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 373 hits
Foto oleh The StarPengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin dalam wawancara bersama nbsp Bernama News Channel nbsp membayangkan kabinet era Najib Razak tidak tahu hujung pangkal butiran perincian mengenai projek Landasan Keretapi P...
The Secret Behind The Ecrl Discount Which Daim Did Not Tell Us

The Secret Behind The Ecrl Discount Which Daim Did Not Tell Us

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 245 hits
Once again Malaysians are being taken for a ride Kononnya Najib Tun Razak was paying too much for the ECRL and Daim managed to get it reduced by RM21 5 billion Maknanya Najib was either bodoh or crooked But now we know that the RM21 5 billi...
Ecrl Price Tag Can Come Down Even Further Says Daim

Ecrl Price Tag Can Come Down Even Further Says Daim

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 239 hits
Tun Daim Zainuddin has expressed confidence that the price tag for the East Coast Rail Link which was reduced by RM21 5 billion to RM44 billion is highly likely to come down even further He said this was possible once rail construction expe...
Set Up Special Panel To Handle Ecrl Investments Says Daim

Set Up Special Panel To Handle Ecrl Investments Says Daim

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 240 hits
A special division should be established to smoothen and facilitate investments for the East Coast Rail Link project from China and domestic sources says Council of Eminent Persons chairperson Daim Zainuddin When I went to China recently I ...
Daim New Ecrl Deal Offers Opportunities Aplenty For Local Contractors

Daim New Ecrl Deal Offers Opportunities Aplenty For Local Contractors

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 262 hits
The renegotiated East Coast Rail Link project offers plenty of opportunities to local contractors including bumiputeras in public works like supplies and technical aspects said Daim Zainuddin Daim the prime minister s special envoy who succ...
Kerajaan Pahang Gembira Projek Ecrl Akhirnya Di Teruskan

Kerajaan Pahang Gembira Projek Ecrl Akhirnya Di Teruskan

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 372 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang gembira dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata ini kerana di Pahang kemajuan kerja projek terseb...
Rakyat Marah Harga Barang Naik Punca Ph Kalah Prk Daim

Rakyat Marah Harga Barang Naik Punca Ph Kalah Prk Daim

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 428 hits
Kerajaan Pakatan Harapan memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin Beliau berkata dalam tempoh itu PH perlu berdepan deng...
Peningkatan Mendadak Dalam Harga Minyak Boleh Menjejaskan Pasaran

Peningkatan Mendadak Dalam Harga Minyak Boleh Menjejaskan Pasaran

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 399 hits
Menurut para penganalisis peningkatan yang mendadak dalam sektor harga emas hitam dapat mencetuskan kejatuhan di pasaran global Pakar menganggap perkembangan peristiwa itu semula jadi berkaitan dengan kegagalan memenuhi tanggungjawab para p...
Ecrl Deal To Be Signed Tomorrow Report Daim To Announce Outcome Of Final Nego In Beijing

Ecrl Deal To Be Signed Tomorrow Report Daim To Announce Outcome Of Final Nego In Beijing

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR An agreement on the East Coast Rail Link project will be signed between Malaysia and China in Beijing tomorrow A source from the Malaysian negotiation team told Sin Chew Daily the prime minister s special envoy Tun Daim Zainudd...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment