Harga Inai Tangan Rm500 Viral
Harga Inai Tangan RM500 Viral menjadi perbualan hangat netizen baru-baru ini. Kisah ini terjadi kepada seorang wanita yang bernama WN Syuhada. Jom sama-sama kita baca kisah sebenar disebalik kes yang viral harga inai tangan RM500 ini.
Harga Inai Tangan RM500
Selalunya market atau harga inai tangan untuk dua belah tangan kiri dan kanan tidak lah sampai beratus. Sungguh melampau lah tukang inai ini mengenakan harga inai tangan sampai RM500.00
Inai harga Rm550 untuk tangan sahaja
Untuk dinner malam tu semua perfect (for me) . Baju onz by Uncle’s Ash Bin Arrif, makeup onz by Ainna ML tapi inai je kelaut . Stress betul . Ceritanya Syu tak sempat berinai so mintak kawan carikan someone yang boleh datang hotel untuk inai sebab petang tu busy sangat . Syu dah wassap beberapa henna artist around KL tapi semua full date tu. Maka dengan masa yang limited panggil je la auntie ni dekat Ampang Point dia sanggup datang hotel untuk berinai . Harga dia setuju mula-mula Rm150 untuk inai tangan sahaja .
Then dia pun datang hotel . Lambat jugak dia sampai . So ktorang pun start la berinai . Mula-mula boleh nampak dia punya lukisan tak kemas pastu asyik tersalah , lukisan tangan kiri tak sama macam tangan kanan . Siap yang kawan Syu punya , so my turn . Syu request nak panjang sikit dari kawan Syu , pastu bunga nak lebat sikit . Pastu last-last dia bagitau harga Rm550
Mula-mula nampak ok je inai sebab belum kering kan . Nampak cantik la jugak . Lepas dah kering tu aduhai stress tengok takde rupa inai langsung . Auntie ni awal-awal dah lari tak tunggu kering. Katanya rushing nak ambik anak dia .
Mula-mula argue jugak harga tu . Dia kata sebB design susah plus pengalaman dia dah 17 tahun k Syu macam pelik dah, takkan tambah sikit panjang harga mencanak naik dari kawan . Kawan Syu Rm150 , Syu punya Rm550 , transportation cost lain tau. Tapi sebab dah penat waktu tu so Syu bayar je lah .
Auntie ni beroperasi di Ampang Point . Takde niat nak tutup periuk nasi dia cuma lain kali please be careful . Salah Syu sebab tak tanya awal-awal sebab ingatkan harga naik sikit je . Kalau cantik takpe , ini alahaiiiii stress tengok . Berbaloi ke harga Rm550 macam ni ? Geram je tengok
The post Harga Inai Tangan RM500 Viral appeared first on Berita Viral Terkini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaviralterkini.com/harga-inai-tangan-rm500-viral/