Cerita Bruce Lee Tewas Di Tangan Dato Meor Adalah Palsu


Artikel ini ditulis bukan untuk memenangkan mana-mana pihak, tapi untuk memberi penjelasan yang benar kepada semua. Sekiranya kisah pertarungan Bruce Lee dengan Dato Meor disaksikan sendiri oleh anda, anda boleh menghubungi saya untuk berkongsi kisah yang sebenarnya.
Namun artikel mengenai pertarungan Bruce Lee dengan Dato Meor yang telah tular sekian lama (sejak awal tahun 2000) ini perlu dihentikan segera kerana mengandungi banyak maklumat-maklumat yang mencurigakan dan salah justeru membuatkan bangsa kita, bangsa melayu dipandang rendah kerana dengan mudahnya mempercayai cerita yang disebarkan melalui internet.
Kenali Dan Inosanto sahabat baik Bruce Lee
Sebelum meneruskan lagi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat dahulu tentang Dan Inosanto, seorang pakar seni mempertahankan diri juga seorang partner yang sangat rapat dengan Bruce Lee.
Inosanto jugalah yang memperkenalkan nunchacku dan mengajar asas-asas pergerakan nunchaku kepada Bruce Lee. Boleh dikatakan Inosanto adalah orang yang sentiasa berdamping dengan Bruce Lee ke mana sahaja beliau pergi.

dan inosanto gambar terbaru


Dan Inosanto juga telah diberi tauliah oleh Bruce Lee untuk mengajar sistem seni mempertahankan diri yang dicipta olehnya (Jeet Kune Do). Walaupun begitu, Dan Inosanto bukan sahaja mahir dalam kung fu, tetapi beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri yang lain seperti Muay Thai dan juga Silat Kuntao. Pada era 70an, pencak silat dikenali dunia kerana beliaulah yang telah mencadangkan agar seni mempertahankan diri itu dimasukkan ke dalam filem Bruce Lee bertajuk Game of Death.

Benarkah Bruce Lee sangat berminat tentang Silat?
Menurut Dan Inosanto, memang benar Bruce Lee banyak juga mengkaji tentang silat. Namun beliau memang tidak pernah mengamalkannya atau menuntut ilmu persilatan dari mana-mana guru Silat Nusantara. Kisah-kisah mengenai pertemuan Bruce Lee dengan guru Silat Nusantara kebanyakannya adalah rekaan dan tidak benar. Benarkah Bruce plagiat pergerakan Silat?
Ini juga tidak benar. Bruce Lee memang mengaku ada meniru gaya orang lain. Misalnya… Bruce Lee telah meniru pergerakan Muhammad Ali iaitu pergerakkan shuffle kaki dan teknik melonggarkan kaki. Akan tetapi tiada pergerakan Silat yang pernah ditiru dan digunakan oleh Bruce Lee dalam amalannya. Terlalu banyak perbezaannya teknik pergaduhan jalanan Bruce Lee dengan Pencak Silat.

Benarkah Bruce Lee pernah ditewaskan Dato Meor Abdul Rahman?
Dan Inosanto ada juga menyebut tentang hal ini. Beliau berkata bahawa kisah tidak benar ini harus dihentikan serta-merta kerana ianya telah menjadi kepercayaan ramai pengamal seni mempertahankan diri di Malaysia sejak tahun 2004.
Mengikut cerita yang tersebar di internet, ketika Dato Meor Dalam perjalanan ke England, kapal terbang terlah berhenti seketika (transit) di Hong Kong pada 13 July 1973.
Apabila mengetahui Dato Meor sedang berada di Hong Kong, Bruce Lee lantas berjumpa Dato Meor untuk bertarung. Diceritakan juga bahawa Bruce Lee menyapa Dato Meor dengan sombong dan angkuh. Dato Meor pada ketika itu berumur 56 tahun dan Bruce Lee berumur 32 tahun.
Kononnya kerana terlalu dipaksa Bruce Lee, Dato Meor pun telah menggunakan teknik “Kipas Senandung” ke atas Bruce Lee menyebabkan Bruce Lee mengalami kecederaan dalaman justeru menjadi punca kematiannya. Semua kisah ini adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Pertama sekali, kisah ini mula tular selepas kematian kedua-dua tokoh ini iaitu Dato Meor dan Bruce Lee. Semasa hayat mereka tidak pernah pula didengari pun tentang ini.
Yang kedua, adakah logik sekiranya perjalanan dari England ke Malaysia, kapal terbang berhenti transit di Hong Kong? Tidak pula diceritakan punca transit ke Hong Kong tersebut.
Yang ketiga, pada tahun 70an, Bruce Lee sudah pun menjadi seorang yang sangat-sangat sibuk dengan urusan kerjayanya. Beliau adalah superstar yang dikenali ramai dan juga seorang pengarah filem terkenal. Pasti ramai akan mengerumuni beliau dan menjadi saksi kisah tersebut kalau benar beliau datang ke lapangan terbang Kai Tak untuk bertarung dengan Dato Meor. Ditambah pula lapangan terbang Kai Tak Hong Kong telah memiliki cctv sejak awal tahun 70an lagi. Pasti ada rakaman peristiwa itu sekiranya benar.
Adakah pengawal keselamatan airport membiarkan saja mereka berlawan? Mustahil. Kalau ya pun, pasti sekuriti akan suruh bertarung di luar yang menguatkan fakta lagi bahawa Dato Meor tak akan boleh keluar dari airport sewenang-wenangnya ketika transit. Kalau terlepas flight macam mana?
Bruce Lee bukan seorang yang suka mencabar orang yang tidak dikenalinya. Ini adalah fitnah ke atas Bruce Lee. Hakikatnya adalah berlawanan sangat dengan kisah tersebut.
Ramai pun yang mencabar Bruce Lee namun biasanya tidak akan diendahkan oleh beliau.
Dikatakan krew penerbitan yang pernah bekerja dengan Bruce Lee semuanya tergelak besar apabila mengetahui tentang cerita Bruce Lee dikalahkan Dato Meor ini.

Punca Kematian Bruce Lee yang sebenar
Hal ini diceritakan sendiri oleh isterinya, Linda Lee Cadwell yang sangat terkilan dengan sikap media menyebarkan risalah palsu mengenai mendiang suaminya. Ada yang mengatakan punca kematian adalah disebabkan pengambilan dadah, dan ada juga mengatakan Bruce Lee dibunuh seseorang.

linda lee cadwell isteri bruce lee

Yang sebenarnya, Bruce Lee mati disebabkan oleh Edema Sebebral dimana kondisi ini menyebabkan peningkatan jumlah air di dalam otak yang berpunca dari alahan kepada Equagesic (meprobamate and aspirin). Equagesic digunakan oleh Bruce Lee untuk mengurangkan kesakitan ligamen, otot, saraf, tendon dan struktur yang menyokong tulang belakang.
Keputusan ini telah dikeluarkan bukan dari satu unit forensik sahaja, tapi dari banyak unit forensik lain di seluruh dunia. Walaupun keputusan ujian ada mengatakan badan Bruce Lee mengandungi bahan seperti kanabis, namun itu sudah tentu bukanlah penyebab kematiannya. Tak pernah dengar lagi ada orang mati kerana kanabis.
Kesimpulan
Masih banyak lagi cerita-cerita palsu mengakui kononnya ada individu berjaya menewaskan Bruce Lee contohnya kisah Dicky Dzulkarnaen dari Indonesia dan Willem Reeders dari China. Kebanyakannya hanya untuk menaikkan nama dan memartabatkan pertubuhan masing-masing. Itu sahaja.
Bukan mahu merendahkan martabat Seni Persilatan Melayu. Kita sebagai bangsa Melayu memang perlu menjaga adat budaya kita agar kekal ke anak cucu. Apa lagi yang boleh ditinggalkan kepada generasi depan selain adat dan budaya?
Saya sendiri sangat menyanjungi Seni Silat dan juga ketokohan Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman. Namun kisah palsu yang tersebar ini harus dihentikan la. Majulah seni, budaya, bangsa, seni silat dan pemikiran untuk negara.
Allahu’alam…
Sumber: zulsegamat
The post CERITA BRUCE LEE TEWAS DI TANGAN DATO MEOR ADALAH PALSU! appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/cerita-bruce-lee-tewas-di-tangan-dato-meor-adalah-palsu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Fb Cikgu Ros Bagan Serai Berbaur Perkauman Adalah Palsu Polis

Akaun Fb Cikgu Ros Bagan Serai Berbaur Perkauman Adalah Palsu Polis

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 614 hits
THE MALAYSIAN TIMES BAGAN SERAI Akaun Facebook atas nama Cikgu Ros Bagan Serai yang memuat naik status berunsur perkauman dan tular sejak Rabu lalu adalah palsu dan sengaja diwujudkan pihak tertentu bagi tujuan yang tidak pasti kata Ketua P...
Lirik Lagu Anta Permana Dato Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Anta Permana Dato Sri Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1828 hits
Lirik Lagu Anta Permana Dato Sri Siti Nurhaliza Selepas lagu Ragaman dari Faizal Tahir dah banyak kali Mak ulang dengar lagu Anta Permana by Dato Sri Siti Nurhaliza ni Bait bait lagu pun boleh tahan maklumlah Hael Husaini dan Ezra Kong yang...
Permohonan Tahfiz Ke Tingkatan 1 Di Sma Dato Haji Tan Ahmad Bagi Sesi 2019

Permohonan Tahfiz Ke Tingkatan 1 Di Sma Dato Haji Tan Ahmad Bagi Sesi 2019

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 1401 hits
JOM MASUK KE SEK MEN AGAMA DATO HAJI TAN AHMADPermohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 bagi aliran Tahfiz di SMA Dato Haji Tan Ahmad mulai pada Cara Untuk Membuat Permohonan 1 Mengisi borang permohonan secara online di 2 Menunggu hebahan temudug...
Meena Dah Pandai Panggil Abah Yom Dah Boleh Jalan Netizen Sebak Lihat Reaksi Dato Aliff Datin Shahida

Meena Dah Pandai Panggil Abah Yom Dah Boleh Jalan Netizen Sebak Lihat Reaksi Dato Aliff Datin Shahida

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 636 hits
Meena dan Yom menunjukkan perkembangan terbaru dan membuatkan abah dan mamanya gembira Meena sudah pandai menyebut perkataan abah manakala Yom pula sudah mula pandai berjalan Netizen sebak lihat reaksi abah dan mamanya Walau pun asalnya dua...
Aafiyah Kena Sakat Dengan Ayah Ibu Netizen Seronok Lihat Kebahagiaan Dato Siti

Aafiyah Kena Sakat Dengan Ayah Ibu Netizen Seronok Lihat Kebahagiaan Dato Siti

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 435 hits
Aafiyah disakat ibu dan ayah comelnya reaksi dia Momen yang indah buat Dato Sri Siti Nurhaliza ini membuatkan netizen gembira terhibur Dato Seri Siti Nurhaliza telah memuatnaik video dia bersama Aafiyah dan suaminya Dato Sri Khalid dengan k...
Kau Menangis Pun Dah Tak Guna Sajat Orang Gaji Sajat Bongkar Perangai Dan Jantina Sebenar Sampai Terkejut Dato Aliff

Kau Menangis Pun Dah Tak Guna Sajat Orang Gaji Sajat Bongkar Perangai Dan Jantina Sebenar Sampai Terkejut Dato Aliff

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 1035 hits
gambar sekadar hiasanGempar Orang Gaji Sajat Bongkar Perangai dan Jantina Semasa di Rumah Sampai Terkejut Dato AliffWalaupun lagu Abang Nak Tegur nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat mendapat banyak dislike ia sedikit pun tidak me...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga