Harga Gula Pak Man Pulau Sekati
Masa PMX membentang belanjawan negara bulan Februari hari tu, ramai penyokong memberikan gambaran PMX sebagai Robin Hood. Robin Hood ni merompak harta orang kaya dan memberi kepada yang miskin.
Aku setuju dengan Robin Hood sebab dia bukan Perdana Menteri. Tapi kalau PM aku jadi Robin Hood..ikut suka hangpa la
Barangan macam beras, minyak masak, gula, ayam dan telur adalah keperluan asas. Bila salah satu bermasalah, ia memberikan kesan yang berantai
Bila harga minyak masak naik, pekebun seronok...pengguna komplen. Bila harga sayur murah, pengguna seronok pekebun buang sayur. Bila harga gula murah, pengguna seronok, pengilang rugi.
Kalau pemerintah hanya mahu menggembirakan pengguna dengan merompak pengeluar, pasti ada tentangan. Yang merasakan kesanya nanti pengguna jugak
Sejak Januari lalu, tarif elektrik untuk premis komersil naik secara mendadak. Sebuah hotel 5 bintang di Langkawi menyaksikan peningkatan kos elektrik depa naik sehingga RM70,000 sebulan. Bila kos meningkat, akhirnya ia akan diturunkan kepada pengguna. Pengguna merungut Langkawi mahal dan depa pi Siam. Bisnis di Langkawi merudum, yang rugi semua orang
Ayam dan telur mungkin dah stabil sekarang secara luaran. Ni mai gula pulak
Aku lebih percaya cakap orang bisnis dari orang politik.
8 May lalu, pengilang gula,MSM dan CSR telah berjumpa Anwar dan meminta harga gula dinaikkan daripada RM2.85 kepada RM3.85. Kos pengeluaran semakin meningkat manakala harga jualan ditetapkan oleh kerajaan. Sama macam kes telur dulu
MSM mengalami kerugian sebanyak RM178 juta tahun lalu. Kalau trend harga gula mentah dunia terus meningkat, kerugian MSM juga akan terus meningkat.
Apa yang berlaku sekarang akan sama berlaku macam kes telur. Daripada terus kerugian, lebih baik kurangkan pengeluaran. Kita jugak yang susah
Harga gula kita juga adalah yang terendah di ASEAN. Perlu diingat, MSM juga mengekspot gula. 22% daripada pengeluaran gula MSM diekspot tahun lepas. Tu pun rugi lagi.
Sebagai pemerintah, hangpa kena jaga semua pihak. Bila harga minyak masak turun, jangan anggap ia satu kejayaan kerana lebih ramai yang berkebun sawit kerugian.
Bila harga sayur jatuh, jangan anggap ia satu kejayaan kerana dalam masa yang sama, hangpa menyebabkan kerugian sehingga ramai pekebun sayur yang gulung tikar
PakMan Pulau Sekati
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2023/05/harga-gula-pak-man-pulau-sekati.html