Harga Boring Air Mengikut Negeri Serta Kaedah Boring Air Bawah Tanah
Masalah air rumah dapat diatasi dengan kaedah boring air. Ianya adalah salah satu inisiatif untuk mendapatkan keperluan air melalui penggerudian tanah sehingga mendapati punca air tersebut ditemui. Kaedah ini adalah merupakan kaedah secara manual atau anda boleh upah seseorang yang mahir untuk melakukan proses boring air di rumah anda.
Perkongsian kali ini akan membantu anda yang menghadapi masalah air di kediaman melalui kaedah boring air. Ianya akan memberi pengetahuan kelebihan dan beberapa perkara yang anda perlu ketahui.
Apakah Itu Boring Air?
Boring air atau sistem telaga tiub (Tube Well) adalah merupakan satu cara atau sistem yang digunakan bagi mendapatkan air dari dalam tanah dengan menggunakan paip PVC yang ditanam ke dalam tanah dan juga merupakan penggunaan air alternatif yang diambil airnya dari kedalaman tanah mencecah lebih 20 meter atau beratus meter di bawah permukaan bumi.
Ia melibatkan proses penggerudian atau penggalian tanah melalui alat khusus. Perkhidmatan boring air juga mendapat sambutang kerana ia diyakini dapat mengelakkan sesebuah rumah terputus bekalan air.
Apakah Itu Air Boring?
Air Boring adalah merupakan salah satu air alternatif yang banyak digunakan di beberapa negeri khususnya di negeri Kelantan. Air boring adalah air yang dipamkan melalui proses pengerudian (boring) dari air bawah tanah naik ke permukaan melalui laluan paip.
Cara Boring Air Bawah Tanah
Kaedah boring air adalah melalui beberapa proses. Berikut adalah cara boring air bawah tanah untuk dinaikkan ke permukaan dan diguna secara harian:
Kerja penggerudian dimulakan dahulu dengan membuat lubang galian sehingga 12 kaki dan luas 3 kaki.
Kemudian PVC dimasukkan secara bersambung berukuran lebar 1.5 inci.
Apabila struktur PVC siap dipasang, batu seperti kerikil serta tanah dimasukkan bagi mengisis kekosongan lubang.
Proses akhir adalah memasang enjin air bagi mengepam air bawah tanah naik ke permukaan.
Permukaan dan Kawasan untuk Lakukan Boring Air
Terdapat beberapa faktor diambil dalam melakukan boring air. Sumber air bawah tanah di sesuatu kawasan itu akan diambil dari lapisan batuan keras granit atau batuan keras lain dan air disedut dari dalam tanah lebih 20 meter atau beratus meter dari permukaan bumi.
Air yang diekstrak dari boring air dipercayai lebih berkualiti kalau dibandingkan dengan air dari permukaan sungai dan kolam. Air boring (telaga tiub) telah menjadi bekalan air yang banyak digunakan di Negeri Kelantan sebagai bekalan untuk harian.
Pengiraan Kos Boring Air Bawah Tanah
Untuk memudahkan kira-kira kos dan harga boring air, berikut adalah senarai beberapa perkara yang anda perlu ketahui.
Pengiraan Kos Bahan Boring Air
Berikut adalah senarai bahan dan alat untuk digunakan berserta kiraan harga:
Harga Mesin Pump air: bergantung pada tukang pemasang. Kebiasaannya dipilih dan disarankan oleh tukang.
Harga Panjang Batang paip:
Diameter 4 inchi panjang 20 kaki: Kira-kira RM60 Sebatang.
Diameter 6 inchi 20 kaki: Kira-kira RM100 Sebatang.
Bagi panjang batang paip adalah dilihat pada kedalaman boring atau penggerudian lubang air bawah tanah. Pastikan rujuk tukang paip.
Kos Kadar Upah Boring Air
Terdapat upah yang tersendiri, ada yang menyediakan perkhidmatan murah berdasarkan lokasi dan keadaan.
Harga upah bagi paip Diameter 4 inchi: RM13/kaki
Harga upah bagi paip Diameter 6 inchi: RM18/kaki
Bergantung pada tukang pemasang, di negeri Kelantan ada yang menawarkan dengan harga murah iaitu RM12/kaki.
Pelaksanaan Kerja Bagi Pemasangan Boring Air
Berikut adalah pelaksanaan bagi pemasangan boring air di rumah anda:
Cari tukang pemasang paip yang melaksanakan kerja boring air. Boleh juga dapatkan khidmat kontraktor.
Tukang pemasang paip hadir di rumah anda untuk melihat kawasan dan keadaan terlebih dahulu.
Tukang pemasang paip mungkin akan memilih kawasan yang berhampiran rumah bagi memudahkan urusan mengepam air naik ke permukaan.
Kemudian, tukang pemasang akan menawarkan harga serta bahan-bahan yang diperlukan. Jika anda setuju, kerja akan dimulakan dan dibuat sehingga selesai.
Contoh Pengiraan Kos Sebenar Boring Air
Terdapat contoh yang anda boleh rujuk untuk membuat kira-kira bagi kos boring air kedalaman sepanjang 60 kaki.
3 Batang paip panjang diameter 6 inchi: RM100 X 3 = RM300
2 soket penyambung untuk batang paip: RM9 X2 = RM18
Kos upah tukang Pemasang: RM18 X 60 Kaki = RMRM1,080
Harga Mesin untuk pump air: RM1,000
Berikut adalah kira-kira bagi kos pengiraan harga boring air dari mula hingga selesai:
RM300 + RM18 + RM1,080 + RM1,000 = RM2,398
Harga Boring Air Bagi Semua Negeri
Kos kebiasaan bagi harga boring adalah sekitar RM2,000 keatas dan bergantung mengikut pasaran harga semasa bagi negeri. Berikut adalah rujukan senarai perkhidmatan air boring dan harga boring air untuk semua negeri dalam Malaysia:
NegeriRujuk HargaKelantanHarga TerengganuHargaPahangHargaSelangorHargaKedahHargaPerakHargaPulau PinangHargaNegeri SembilanHargaPerlisHargaWilayah PersekutuanHargaJohorHarga
Soalan FAQs Berkenaan Boring Air
Bagaimana kerja boring air dilakukan?
Dengan membuat lubang galian sepanjang kira-kira 60 kaki.
Apakah diperlukan mesin pump air bagi mengeluarkan air?
ya, perlu menggunakan mesin pump yang berkualiti bagi memastikan penggunaan yang baik dan berpanjangan.
Adakah air boring berbau?
Ya, adakalanya air boring berbau maka perlu dirawat atau memasang filter sahaja.
Berapa lama untuk disiapkan pemasangan air boring?
Kebiasaannya tidak mengambil masa yang lama dan dalam 1 hari sahaja.
Adakah meminum air boring selamat?
Mengikut KKM, bagi pengguna yang menggunakan air boring perlu memastikan air tersebut baik dan mencapai kualiti kesihatan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/01/harga-boring-air.html