Harapan Rakyat Pada 10 April 2020


Noor Mohamad Shakil Hameed Petugas KKM membuat saringan pemeriksaan ke atas penduduk pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza City One, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL 
KERAJAAN dijangka mengumumkan keputusan sama ada meneruskan atau tidak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 10 April 2020.

Ianya bakal diputuskan berdasarkan cadangan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah mengambil kira situasi semasa penularan wabak Covid-19 ini selepas pelaksanaan dua fasa PKP dan juga bakal mengambilkira kemungkinan yang akan berlaku pada pertengahan bulan April ini.

Kita sedia maklum berdasarkan beberapa kajian dan ramalan, kes jangkitan wabak ini dijangka akan meningkat dengan lebih drastik di negara kita pada pertengahan April. Jadi apa harapan rakyat kepada kerajaan pada 10 April 2020?

Sudah tentu rata-rata majoriti anggota masyarakat mahukan tempoh pelaksanaan PKP ini dilanjutkan lagi walaupun terkurung di rumah serta tidak dapat keluar untuk menjalankan aktiviti rutin kehidupan seperti biasa termasuk bekerja, berniaga dan bersosial.

Hal ini demikian kerana anggota masyarakat mula meletakkan keutamaan kepada nyawa dan kesihatan bukan saja diri sendiri tetapi seisi keluarga. Masyarakat gusar, resah dan bimbang, malah tidak keterlaluan untuk dikatakan berada dalam ketakutan angkara ancaman virus yang berbahaya ini.

Ketiadaan ubat dan vaksin untuk mengubatinya mengeruhkan lagi keadaan. Justeru seboleh-bolehnya rakyat mahu duduk di rumah dan menjaga serta melindungi kesihatan diri dan keluarga.

Maka harapan utama rakyat kepada kerajaan pada ketika ini ialah melanjutkan tempoh PKP ke fasa ketiga.

Harus diingat antara kerisauan utama ibu bapa ialah keadaan kesihatan anak-anak yang terpaksa ke sekolah semula pada 15 April 2020 jika PKP tidak dilanjutkan.

Kita sedia maklum sekolah adalah tempat perhimpunan yang cukup besar dan padat.

Baik di dalam kelas, luar kelas mahupun ketika di kantin, aktiviti dan pergaulan anak-anak sukar dikawal sepenuhnya.

Maka ini boleh mengundang musibah dan risiko yang cukup besar, malah boleh mencetuskan satu kluster jangkitan dan penularan yang baru yang jauh lebih besar di seluruh negara.

Percayalah, jika itu berlaku tidak mungkin kita dapat mengawal situasi parah ini kerana akan melibatkan bilangan murid yang terlalu ramai.

Satu lagi senario yang membimbangkan ialah kita berada di ambang bulan Ramadan yang dijangka bermula pada 24 April 2020. Seperti yang sedia maklum antara dua perhimpunan besar yang biasa berlaku pada setiap Ramadan ialah, perniagaan bazar Ramadan serta solat tarawih berjemaah di masjid dan surau. Inilah adalah aktiviti lumrah dan rutin seluruh umat Islam.

Maka apa jaminan dalam tempoh antara 15 April hingga 24 April kita dapat mengekang dan mengawal sepenuhnya penularan wabak ini bagi membolehkan bazar Ramadan dan solat tarawih di masjid dan surau dapat diteruskan seperti biasa?

Walaupun beberapa buah negeri sudah membatalkan bazar Ramadan namun jika PKP tidak dilanjutkan keputusan ini boleh berubah dan kembali diadakan seperti biasa. Secara logiknya kita tidak mungkin dapat mengawal penularan wabak ini secepat itu, malah pihak KKM sendiri telah memberi nasihat agar semua perhimpunan besar-besaran dihentikan dalam tempoh enam bulan hingga setahun yang akan datang.

Jadi jika PKP tidak dilanjutkan maka kita bakal melihat cetusan dua lagi kluster jangkitan yang besar di seluruh negara iaitu di bazar Ramadan dan solat tarawih.

Sebagai umat Islam, penulis sendiri sedih dan cukup berat untuk menerima hakikat kemungkinan besar terpaksa elak untuk solat tarawih di masjid atau surau pada tahun ini namun kita terpaksa membuat pilihan yang betul dan rasional terutamanya setelah mengambil kira aspek keselamatan nyawa semua pihak.

Jadi secara prinsipnya jika kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan PKP pada 10 April 2020, maka mulai 15 April aktiviti rakyat akan kembali seperti biasa dan sejauh mana pada 15 April kita sudah berjaya mengekang penularan wabak ini?

Maka besarlah harapan kita agar pihak kerajaan akan mengambil kira segala kemungkinan yang bakal berlaku pada pertengahan April seterusnya membuat satu keputusan yang bijak dan rasional pada 10 April ini.

Apapun keputusannya biarlah ianya berpaksikan keutamaan kepada aspek kesihatan dan keselamatan nyawa seluruh rakyat Malaysia.

* Penulis ialah Noor Mohamad Shakil Hameed, timbalan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, UPM.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/harapan-rakyat-pada-10-april-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Dilanjutkan Lagi Dua Minggu Hingga 28 April 2020 Pm

Pkp Dilanjutkan Lagi Dua Minggu Hingga 28 April 2020 Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 304 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan perintah kawalan pergerakan akan disambung lagi dua minggu sehingga 28 April Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas...
Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Untuk Tempoh 2 Minggu Lagi Dari 15 28 April 2020 Ts Muhyiddin Yassin

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Untuk Tempoh 2 Minggu Lagi Dari 15 28 April 2020 Ts Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 379 hits
Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan dari 15 Apr hingga 28 Apr ini Lanjutan selama 14 hari itu diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam peruntukan khasnya petang ini Keputusan itu dibuat susulan...
Covid 19 Seluruh Dunia 9 April 2020

Covid 19 Seluruh Dunia 9 April 2020

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 262 hits
Statistik COVID 19 di seluruh dunia setakat 9 April 2020 Amerika Syarikat masih mendahului manakala Malaysia kini turun ke tangga 34 Pakistan telah memintas Malaysia ke atas Bukanlah sesuatu yang positif bagi negara negara yang naik ke atas...
Rindu Geng Tabligh Posted By Amir Wartawan Rasmi Lr At Thursday April 09 2020 10155

Rindu Geng Tabligh Posted By Amir Wartawan Rasmi Lr At Thursday April 09 2020 10155

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 260 hits
Firman Allah dalam Al Qur an Ya ai yu hal la zi na a ma nu khu ti ba alai kumuss siam ka ma ku thi ba a lal la zi na min khab li kum la al la kum tat tha qun Hai orang orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ...
Diari Pedagang Untuk 10 April 2020

Diari Pedagang Untuk 10 April 2020

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 296 hits
Sebut harga minyak merosot walaupun kejayaan perjanjian OPEC Rusia Secara keseluruhannya OPEC akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari sebagaimana Rusia dan Arab Saudi berjanji untuk memotong pengeluaran sebanyak 2 juta to...
Pelan Dagangan Untuk Eur Usd Pada 10 April 2020 Fed Telah Memperuntukkan 2 3 Trilion Dolar Untuk Pinjaman Sebaliknya

Pelan Dagangan Untuk Eur Usd Pada 10 April 2020 Fed Telah Memperuntukkan 2 3 Trilion Dolar Untuk Pinjaman Sebaliknya

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 231 hits
Pada hari Khamis laporan terbaru mengenai pengangguran AS menunjukkan lonjakan baru dalam permohonan untuk faedah pengangguran 6 6 juta The Fed segera memperuntukkan 2 3 trilion untuk pinjaman untuk menyokong pekerjaan Perniagaan kecil sede...
Tiada Tarikh Balik Pulih Kabel Buat Masa Ini Tm Menyasarkan Mempunyai Kapasiti Tambahan Menjelang 20 April 2020

Tiada Tarikh Balik Pulih Kabel Buat Masa Ini Tm Menyasarkan Mempunyai Kapasiti Tambahan Menjelang 20 April 2020

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 338 hits
Telekom Malaysia semalam telah sekaligus membuatkan trafik pelayaran ke pelayan antarabangsa menghadapi masalah Hal ini sekaligus membuatkan pengalaman pelayaran ke sejumlah web yang berpusat pada pelayan di Hong Kong dan Amerika Syarikat s...
Pengumuman Pkp Fasa 3 Pada 10 April 2020

Pengumuman Pkp Fasa 3 Pada 10 April 2020

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 473 hits
SOURCE appeared first on Pengumuman PKP Fasa 3 Pada 10 April 2020 oleh Perdana Menteri live Akhirnya fasa 2 sudah sampai ke penghujungnya Orang ramai sudah mula tertanya tanya adakah pkp akan disambung atau tidak selepas 14 april atau dilan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord