Harapan Kepada Menteri Kewangan Kedua


 
Sebaik diumumkan semalam, boleh dikata rata-rata orangramai menerima dengan baik perlantikan Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan Kedua sebagaimana dibentangkan dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Sebagai bekas CEO KWSP dan berpengalaman menerajui beberapa entiti korporat sebelum itu, beliau dilihat cukup layak untuk membantu Anwar mengemudi kementerian yang banyak berkaitan dengan hal ehwal wang itu.
Tidak kedengaran sama sekali ada suara yang ragu-ragu tentang kelayakannya sebagai seorang teknokrat dengan perlantikan tersebut.
Tetapi, menjelang petang dan malam semalam, beberapa kenalan politik dan orang perniagaan telah menghubungi saya menzahirkan kebimbangan mereka berkenaan Kementerian Kewangan pasca rombakan kabinet yang baru diumumkan.
a berikutan, selepas Amir Hamzah dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, sebaliknya jawatan Timbalan Menteri Kewangan hanya diisi satu saja berbanding dua sebelumnya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan ialah Ahmad Maslan (UMNO) dan Steven Sim (DAP) manakala Anwar (PKR) adalah Menteri Kewangan.
Dengan komposisi itu, ia seolah-olah lengkap di mana semua kelompok orangramai ada ruang dan jalan untuk datang ke Kementerian Kewangan.
Begitu pun dalam rombakan semalam, satu-satunya Timbalan Menteri Kewangan yang dilantik ialah Lim Hui Ying, anak kepada Lim Kit Siang daripada DAP.
Meskipun Anwar tetap ada selaku Menteri Kewangan, ditambah dengan Amir Hamzah sebagai Menteri Kewangan Kedua, kebimbangan beberapa orang politik dan ahli perniagaan yang menghubungi saya ialah dengan siapa mereka mahu berjumpa atau mengadu jika ada masalah semasa yang dihadapi berkaitan Kementerian Kewangan selepas ini?
Sementara semua mereka memahami Anwar begitu sibuk dan sukar ditemui, persoalannya, tambah mereka, adakah Amir Hamzah seorang yang terbuka, mudah mesra dan senang ditemui?
Bagi orang politik dan ahli perniagaan terbabit, walaupun kerajaan sekarang adalah kerajaan perpaduan, tetapi mereka tetap merasakan agar sukar untuk berurusan atau datang mengadu masalah kepada Lim Hui Ying.
Lainlah sebelum ini sewaktu ada Ahmad Maslan di situ, wataknya yang mudah mesra, senang ditemui dan kedudukannya sebagai orang politik lebih memudahkan sesiapa saja untuk berjumpa, mengadu masalah atau meminta apa-apa pertolongan daripadanya, kata mereka.
Selepas ini, jika kami ada masalah dan ingin meminta pertolongan, adakah Amir Hamzah sentiasa terbuka pintu pejabatnya untuk kami?, tambah mereka.
Sehingga ini, melalui pencarian daripada pelbagai sumber, masih tidak jelas bagaimana watak dan keperibadian sebenar Amir Hamzah dalam kehidupan seharian.
Jika beliau seorang yang mudah mesra, senang ditemui dan sentiasa ada keinginan untuk membantu, keberadaannya sebagai Menteri Kewangan Kedua bukan saja sesuatu yang menggembirakan orangramai, malah pastinya juga secara tidak langsung merupakan rahmat kepada Anwar.
Oleh kerana bukan sesuatu yang mudah untuk berjumpa Anwar kerana kesibukan jadualnya sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, namun jika ruang sentiasa terbuka untuk berjumpa Amir Hamzah dan masalah yang dibaww pula selesai, bermakna tiada apa-apa lagi isu berbangkit yang membimbangkan.
Memang Amir Hamzah dalam kapasiti jawatannya perlu membantu Anwar mengurus Kementerian Kewangan dalam usaha melonjakkan iklim ekonomi yang lebih baik untuk rakyat berdasarkan kemampuan, kelayakan dan pengalamannya, sebagai Menteri Kewangan Kedua juga beliau tidak harus terpisah dengan orangramai yang ingin datang berjumpa dengannya sambil membawa pelbagai masah dan urusan cari makan.
Iyalah, fungsi Kementerian Kewangan itu berkaitan dengan wang dan orangramai memang memerlukan wang untuk kehidupan, maka adalah lumrah jika ia menjadi tumpuan, terutama orang politik dan ahli perniagaan Bumiputera.
Lagi pun, kalau bukan dengan kerajaan, dengan siapa lagi mereka nak cari makan?
Kalau tak boleh nak cari makan, bagaimana mereka hendak terus berjuang bagi memastikan parti kekal jadi kerajaan?
Akhirnya, semoga Amir Hamzah dapat berfungsi dengan baik dalam kedua-dua peranannya itu – membantu Anwar di Kementerian Kewangan dan memberi pertolongan kepada sesiapa yang wajar untuk ditolong. – ShahbudinHusin 13/12/2023.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/harapan-kepada-menteri-kewangan-kedua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Heboh Siapa Amir Hamzah Azizan Senator Dilantik Menteri Kewangan 2

Heboh Siapa Amir Hamzah Azizan Senator Dilantik Menteri Kewangan 2

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 331 hits
Nama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Amir Hamzah Azizan secara umumnya tidak begitu dikenali dalam kalangan rakyat biasa mahupun penyokong parti politik Namun namanya hari ini tiba tiba menjadi sebutan apabila dia dil...
Awani Ringkas Amir Hamzah Menteri Kewangan Ii

Awani Ringkas Amir Hamzah Menteri Kewangan Ii

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 163 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Anwar Dijangka Lantik Menteri Kewangan Ii Lima Kementerian Dirombak

Anwar Dijangka Lantik Menteri Kewangan Ii Lima Kementerian Dirombak

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 203 hits
Hakim Mahari dan Luqman Hakimbhnews bh com myKUALA LUMPUR Sekurang kurangnya lima kementerian dijangka terbabit dalam rombakan Kabinet yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok Selain Kementerian Perdagangan Ne...
Dilantik Jadi Timb Menteri Kewangan Pulak Hahahaha Madani Oooo Madani

Dilantik Jadi Timb Menteri Kewangan Pulak Hahahaha Madani Oooo Madani

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 385 hits
Masa jadi timb menteri pendidikan haritu kat dewan rakyat tak jawab soalan bertulis Tup tup dilantik jadi Timb Menteri Kewangan Wakil dari UMNO ditendang keluar dan diganti dengan wakil dari DAP HahahahahahaahaTahniah Madani Sumber gambar h...
Pas Bidas Anwar Kekal Jadi Menteri Kewangan Dulu Kata Nak Berjimat

Pas Bidas Anwar Kekal Jadi Menteri Kewangan Dulu Kata Nak Berjimat

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 213 hits
agendaily com12 12 2023Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari Rombakan Kabinet dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak memadai dan masih melanggar manifesto yang dicanang canang sebelum ini oleh Pakatan Harapan Ketua Penerangan...
Akan Di Lantik Jadi Menteri Aduuuuus

Akan Di Lantik Jadi Menteri Aduuuuus

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 122 hits
JADI MENTERI KECUH BETUL LAAAAA AKAN KECOH LAGI DI PARLIMEN DI LUAR PARLIMEN YANG SIHAT SIKIT TAK DE KE
Rombakan Kabinet Perlu Jika Prestasi Menteri Meleset Kata Pm

Rombakan Kabinet Perlu Jika Prestasi Menteri Meleset Kata Pm

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 149 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata rombakan Kabinet perlu diadakan sekiranya prestasi jemaah menteri meleset atau jika terdapat keadaan yang menuntut ia dilaksanakan Bagaimanapun beliau berkata tempoh masa setahun pentadbiran Kerajaan Pe...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Drama Jadikan Aku Bidadari Lakonan Farah Nabilah Nazim Othman

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks