Harap Tenang Baru Di Cabut Liputan Internet Bukannya Nyawa Ini Jawapan Padu Umobile Bila Customer Complaint
“Harap Tenang.. Baru di cabut Liputan internet Bukannya Nyawa” – Ini Jawapan Padu Umobile Bila Customer Complaint? Kalau nak buat perniagaan perkhidmatan ini, hati pengguna haruslah dijaga, lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan keperluan harian.
Sudah semestinya ia memberi kesan kepada mereka jika berlaku sebarang masalah teknikal, peniaga harus bertanggungjawab dalam menguruskan masalah dan menangani isu itu dengan baik dan professional.
Difahamkan, tadi pengguna U Mobile mengalami masalah rangkaian Internet, sudah semestinya timbul rungutan dalam kalangan pengguna. Tapi, disebabkan individu tak bertanggungjawab, Umobile telah menjadi serangan netizen.
Restart Phone Anda
“Sila restart Phone anda ,sesetengah sudah pun kembali pulih , akan kembali pulih sepenuhnya selewatnya 10Malam nanti . “
“Kami sedar akan isu ini dan kerja pembaikpulihan sedang giat dijalankan. Dihargai jika boleh “restart” peranti anda dan pantau prestasinya. Segala kesulitan amatlah dikesali. TK”
Satu page Hero Umobile Malaysia telah memuat naik status susulan dengan masalah tersebut. Ia telah menimbulkan kemarahan netizen terutamanya pengguna perkhidmatan itu kerana cara permohonan maaf itu dikatakan bebaur sinis.
Kenyataan itu menjadi viral di media sosial dan mempersoalkan cara syarikat itu melayan pelanggannya.
Netizen tak puas hati
Hurm untuk pengetahuan korang kenyataan ini bukanlah keluar daripada laman rasmi U Mobile, tapi mungkin ia ajen yang melakukan bisnes ni, mungkin lah. Jadi, kepada pengguna U Mobile diharap bertenang dan mereka akan cuba atasi masalah ini sebaik mungkin.
Sumber: Lobak Merah
The post “Harap Tenang.. Baru di cabut Liputan internet Bukannya Nyawa” – Ini Jawapan Padu Umobile Bila Customer Complaint? appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/harap-tenang-baru-di-cabut-liputan-internet-bukannya-nyawa-ini-jawapan-padu-umobile-bila-customer-complaint/