Harap Adil Selama Ph Zalim Tak Adil Km Tak Nampak
Menurut Kon Yeow, kerajaan Pulau Pinang sedia untuk menghadapi suasana atau realiti politik yang sudah berubah dan kembali kepada keadaan sebelum 2018. - Gambar SINAR HARIAN
P. Pinang harap kerajaan Persekutuan baharu beri layanan adil - Ketua Menteri
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berharap kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberikan layanan yang adil kepada negeri itu demi kepentingan rakyat.
Kon Yeow berkata, kerajaan Pulau Pinang sedia untuk menghadapi suasana atau realiti politik yang sudah berubah dan kembali kepada keadaan sebelum 2018.
Menurut beliau, dalam tempoh 2008 hingga 2018, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang tidak selari dengan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah berusaha dalam keadaan sedemikian.
"Kami tidak mengharapkan layanan istimewa tetapi layanan yang adil daripada kerajaan Persekutuan kerana peranan dan sumbangan daripada Pulau Pinang kepada kemajuan ekonomi Malaysia.
"Kami berharap apa sahaja keputusan yang dibuat, tidak menjadikan rakyat menderita kerana perubahan politik ini... rakyat berhak yang lebih baik dan Pulau Pinang juga berhak yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, dengan perubahan itu, kerajaan negeri bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.
"Kita masih belum tahu impak (perubahan politik) pada keseluruhannya, sebab kerajaan Persekutuan yang baharu pun belum dibentuk dan kita akan memantau dengan rapi untuk melihat macam mana kita dapat menangani segala isu yang berbangkit akibat daripada perubahan politik ini," katanya. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selama ini pentadbiran PH sebelum PM baru ini, zalim tak adil, Ketua Menteri tak nampak? Kerana mereka juga adalah termasuk golongan itu?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/harap-adil-selama-ph-zalim-tak-adil-km.html