Haram Sokong Ph Hadi Keliru Petik Hadis Salah Konteks Bippa




Haram sokong PH: Hadi petik hadis salah konteks – BiPPAOleh: Redzuan RF8 MediaJune 21, 2021ShareKenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang baru-baru ini yang mengharamkan rakyat menyokong pihak dianggap musuh agama amat mengelirukan.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN, Amidi Abdul Manan berkata, Hadi telah memetik hadis Rasulullah s.a.w dalam konteks yang salah dan pendapatnya itu ditujukan kepada pihak yang tidak jelas.
Katanya Amidi, hadis tersebut membicarakan mengenai musuh yang secara terang-terangan dan berulangkali memusuhi Allah dan Rasul-Nya yang tidak dapat ditemui dalam suasana Malaysia pada waktu ini.
“Siapakah musuh Islam di negara ini yang dimaksudkan oleh Presiden Pas tersebut? Jika benar musuh yang dikatakan bersumberkan hadis berkenaan, maka musuh tersebut wajib diperangi dan nyawanya halal untuk dibunuh seperti layaknya peperangan ke atas golongan yang digelar sebagai ‘kafir harbi’ dengan maksud yang sebenar.
“Kita semua harus memahami dengan perspektif yang lebih tepat. Hubungan muslim dengan bukan muslim di negara ini bukan semudah melabel semua golongan bukan Islam dengan istilah ‘kafir harbi’ dan ‘kafir zimmi’ sahaja. Ia lebih kompleks daripada itu. Perkara ini dihuraikan dalam fiqh Muawathanah yang bersangkutan dengan kewarganegaraan dengan lebih mendalam oleh Dr Ahmad al-Raysuni, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia dan juga oleh Dr Rached Ghanouchi.
“Umat Madinah dibina dengan penuh berhati-hati oleh baginda Rasulullah ﷺ. Oleh sebab itulah permuafakatan dan persefahaman ditulis dengan jelas dalam sebuah deklarasi yang dikenali sebagai Sahifah Madinah,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Amidi lagi, Sahifah Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah itu jelas menggariskan hak dan tanggungjawab mana-mana individu, keluarga dan kabilah.
Selagi perjanjian tersebut tidak dinodai dengan pengkhianatan maka pihak muslim atau bukan muslim, katanya perlu mengotakan setiap perkara yang telah dipersetujui.
Jika sebaliknya, maka tindakan tegas akan diambil terhadap pengkhianatan yang dilakukan. Jika perkara tersebut berlaku, ia bukan sahaja musuh umat Islam tetapi musuh seluruh umat Madinah.
“Tanpa mengira agama dan keturunan setiap warga Madinah perlu diperlakukan selayaknya, perlu dibela dan mendapat perbicaraan sewajarnya di mahkamah dan dalam segala aspek kehidupan.
“Mengambil teladan dari negara Madinah itulah, maka kita mesti melihat perkara ini dari sudut yang betul.
“Jika benar ada ‘musuh’ Islam, maka ia juga adalah musuh negara kerana ia telah merungkai persefahaman seperti yang dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan. Kecuali kita juga tergolong dalam kelompok yang menafikan tanggungjawab kita untuk mengikut lunas-lunas yang terkandung dalam Perlembagaan yang sekali gus menjadikan kita sebagai musuh negara.
“Jika itulah yang dimaksudkan maka terlucutlah kelayakan kita sebagai warganegara Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun kata mantan Presiden ABIM itu, jika yang dimaksudkan Pas adalah musuh parti politik Islam maka hal tersebut mengelirukan dan akan menimbulkan perpecahan umat, kerana musuh politik dalam sistem demokrasi yang juga diamalkan Pas, tidak ada kena mengena dengan keimanan atau pemerintahan.
“Kita boleh memahami, jika yang dimaksudkan adalah musuh politik parti Islam tetapi bukan musuh Islam ia boleh membawa kepada justifikasi darahnya halal ditumpahkan. Jika inilah fahaman yang didokong, maka ia mirip kepada pemikiran melampau dan boleh menjejaskan keamanan negara.
“Jika tidak, ia hanya satu pandangan yang penuh dengan kekeliruan dan hanya bertujuan menakut-nakutkan dengan asas yang masih boleh dibahaskan,” katanya lagi.
Kelmarin, Hadi muncul dengan kenyataan menyifatkan Pakatan Harapan “melampau terhadap Islam” dan mengharamkan orang ramai bersama gabungan tersebut.
Dalam catatan di media sosial itu Abdul Hadi mengingatkan pesanan Nabi Muhammad SAW kepada orang beriman agar bijak menghadapi cabaran, sama ada daripada kawan atau lawan
Catatan itu mendapat tindak balas segera warga maya yang kemudian memuat naik gambar-gambar Hadi bersahabat dengan Semangat 46, DAP, KEADILAN, MCA dan banyak lagi mengikut kesesuaian fatwa politik semasa yang menguntungkan Pas pada waktunya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/haram-sokong-ph-hadi-keliru-petik-hadis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tetap Sokong Muhyiddin Kata Hadi

Pas Tetap Sokong Muhyiddin Kata Hadi

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 210 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang terus menyatakan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Sokongan itu hadir selepas banyak spekulasi berlegar ketika Yang di Pertuan Agong menerima menghadap pemi...
Hadi Nyatakan Pas Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Hadi Nyatakan Pas Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menyatakan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Sokongan itu hadir selepas banyak spekulasi berlegar ketika Yang di Pertuan Agong menerima menghadap...
Amerul Affendi Tunggu Jakim Keluar Hadis Tentang Tasik Chini

Amerul Affendi Tunggu Jakim Keluar Hadis Tentang Tasik Chini

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 216 hits
Malaysiakini Terkesan dengan kegiatan perlombongan berhampiran Tasik Chini pelakon kelahiran Temerloh Amerul Affendi memang berasa sedih dengan apa yang berlaku Dan tidak sekadar itu Pelakon berbakat itu berasa dia tidak layak untuk memberi...
Design Poster Jom Vaksin Hati Pengajian 40 Hadis Penawar Hati

Design Poster Jom Vaksin Hati Pengajian 40 Hadis Penawar Hati

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 521 hits
Design PosterJom Vaksin Hati Pengajian 40 Hadis Penawar HatiSetiap Hari 2 15 pmBersama Ustaz Muhammad Fayyadh Ahmad Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosti...
Inilah Hubungan Suami Istri Yang Idealnya Menurut Al Qur An Dan Hadis Nabi

Inilah Hubungan Suami Istri Yang Idealnya Menurut Al Qur An Dan Hadis Nabi

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 562 hits
Hubungan dan yang ideal di antara yang bagus ialah seperti pakaian yang jalan seperti perannya Maknanya jika suami dan istri ialah perhiasan dan sekalian sebagai penutup noda antara ke 2 nya Karena telah terikat jalinan yang paling dekat ka...
Mau Mulai Bisnis Desain Interior Perhatikan 5 Hal Penting Ini Agar Tak Salah Langkah

Mau Mulai Bisnis Desain Interior Perhatikan 5 Hal Penting Ini Agar Tak Salah Langkah

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 175 hits
Rencanakan bisnis interiormu dengan matang supaya nggak salah langkah waktu memulainya
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan