Haram Asal Kaya
Norman Radzuan
Kadang-kadang yang dilihat miskin itu mereka begitu mencari keredhaan Allah. Sebab di negara kita ada pilihan mudah untuk menjadi kaya. Sepertimana bangsa kita sejak berpuluh tahun dahulu ditipu dengan skim cepat kaya.
Fahami bangsa baru kita tahu cara menghadapi bangsa. Inggeris tidak seperti Jepun... bertempur dgn kekerasan. Membunuh siapa yg degil akhirnya Jepun mendapat tentangan dari org Melayu, Cina, Istana dan Inggeris.
Inggeris menjajah mereka bukan dgn cara berperang. Mereka jajah minda Melayu. Mereka kaji dimana kelemahan org Melayu. Maka kerja mereka mudah tanpa menggadaikan nyawa samada di pihak musuh atau di pihak Inggeris.
Kita tahu bangsa kita terkenal dgn sikap jika diberi lesen dipajakkan kpd bangsa pendatang, diberi tanah dijual, diberi baja dijual.... pendek kata mencari jalan mudah utk hidup senang lenang di dunia.
Kenapa org Melayu terburu buru menjadi org politik. Nak bela bangsa...?.... Haaaaaaaaaaaa. Rata-rata kerana mahu mendapat laba politik dgn cara yg mudah.
Kerjanya mudah bodek-bodek.. minta satu dua projek. Yg bos makan besar yg bawahan makan kecil. Janji tak perlu hari-hari berpanas berhujan,angkat benda berat, bangun pagi2 utk berniaga dan sebagainya.
Minta saja projek berjuta juta... dpt untung 1 juta dan sub saja pada bangsa lain buat kerja tersebut. Kemudian bila menjelang politik dimakinya bangsa Cina kerana monopoli ekonomi. Maka org kampung tertipulah dgn psikologi tersebut.
Bangsa Melayu agamanya suci. Melarang sama sekali memakan benda haram. Kenapa? Kata orang alim jika makan benda haram di dunia tiada keberkatan hidup... maka anak cucu hidup tunggang langgang.
Tapi fahaman org Melayu makan babi itu haram. Dengan alasan dari sudut kesihatan sb ia nampak mudaratnya. Cuba jika makan duit haram sebulan lepas tu mereka akan ditimpa penyakit seperti Covid 19... confirm org Melayu takut makan rasuah.
Sepertimana kaya di dunia dan akhirat... pedulikan kaya di akhirat kerana ia tidak nampak tapi yng penting dlm tempoh 30 tahun ini kita mesti nampak kaya di dunia.
Dari segi hukum keduanya haram. Keduanya memudaratkan. Tapi orang Melayu era moden lebih takut dilihat miskin. Maka mereka akn lakukan apa saja asal jangan dilihat miskin.
Tak salah utk jadi kaya tapi apa terjadi di negara kita bila merompak wang rakyat bukan satu kesalahan. Ia sangat menyedihkan... lihatlah meletakkan ekonomi negara pada bukan orgnya. Contoh Pengerusi atau CEO GLC yang diragui kemampuannya.
Makan minum beribu2 hanya utk makan tgh dgn menggunakan wang GLC. Itu wang GLC belum lagi wang Kementerian. Secara peribadi saya sgt sedih perkara seperti ini menjadi budaya hidup bangsa saya sendiri....
Berbahagialah mereka yg dilihat tidak kaya kerana mempetahankan maruah dan agamanya dari termakan benda-benda haram. Berbahagialah kalian semoga di akhirat esok Allah memberi kekayaan kerana kesabaran dan tawadhuknya kalian yang bermaruah demi Allah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/08/haram-asal-kaya.html