Haqiem Rusli Jawab Tiru Ismail Izzani






Haqiem tampil dengan lagu berbahasa Inggeris berjudul What Can I Do For You.

Penyanyi Haqiem Rusli menyangkal dakwaan segelintir netizen mengatakan muzik video lagu terbaharunya, What Can I Do For You meniru konsep seperti pernah dihasilkan oleh Ismail Izzani dalam lagu Luar Biasa.

Menurut Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 21, persamaan itu berlaku mungkin disebabkan lokasi penggambaran yang lebih kurang sama membuatkan muzik video itu kelihatan seakan serupa.

"Sejujurnya, video muzik lagu saya itu tidak ada meniru sesiapa pun. Mungkin kelihatan lokasi video muzik yang sama dengan Ismail tapi dari segi muzik memang berlainan.



Haqiem mahu mencuba sesuatu yang baru.

"Malah, lagu Ismail itu tidak sepenuhnya bahasa Inggeris. Tapi saya tak kisah orang nak mengata sebab sebelum ini pun saya pernah dibenci satu Malaysia.

"Namun apa sahaja komen atau kritikan, saya ambil secara positif sahaja. Kalau ada yang salah, Insya-Allah saya akan betulkan," katanya kepada mStar Online.

Lagu hasil ciptaan Haqiem sendiri bersama Shazee yang berbahasa Inggeris itu mula dilancarkan di Youtube pada 21 Mac lalu dan kini mendapat lebih 517,000 tontonan.

Dalam pada itu, Haqeim mengakui dia ada berasa bimbang dengan penerimaan pendengar setiap kali mengeluarkan lagu terbaharu.



Haqiem mengambil komen serta kritikan netizen secara positif.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini tetap mengambil risiko dengan cubaan pertama menghasilkan lagu berbahasa Ingeris sepenuhnya.

"Setiap kali nak keluar lagu baru, mesti saya rasa takut kalau lagu itu tak dapat diterima pendengar. Macam lagu Jatuh Bangun pada awalnya saya ingat peminat tak suka.

"Tapi Alhamdulillah menjadi juga. Jadi apa salahnya nak cuba benda baru. Kalau tak jadi tu, tak apa la. Lagipun, sebenarnya saya seorang yang suka mencuba benda baharu." ujarnya.

Baru-baru ini Haqiem mengadakan showcase A Night With Haqiem Rusli di Dewan Tunku Abdul Rahman (MaTic), Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/03/haqiem-rusli-jawab-tiru-ismail-izzani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haqiem Rusli What Can I Do For You Chord

Haqiem Rusli What Can I Do For You Chord

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 403 hits
D F m E AD It took a whileBut now I m hereF mIt s like a needle in my heartEI got it goodI made mistakesAI said all my apologiesDAs time fliesYou helped me outF mYou showed me howA friend should beEI ll reminisceAyeahhDAnd nowF m EAll the m...
Hiburan Viral Gambar Lelaki Mirip Haqiem Rusli Tidur Dengan Perempuan

Hiburan Viral Gambar Lelaki Mirip Haqiem Rusli Tidur Dengan Perempuan

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 1256 hits
Nampaknya penyanyi Haqiem Rusli seakan tidak boleh lekang dengan kontroversi Kali ini viral pula foto lelaki miripnya tidur bersama seorang perempuan Dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi Haqiem menafikan lelaki dalam gambar terb...
Lirik Lagu What Can I Do For You Haqiem Rusli

Lirik Lagu What Can I Do For You Haqiem Rusli

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 498 hits
It took a whileBut now I m hereIt s like a needle in my heartI got it goodI made mistakesI said all my apologiesAs time fliesYou helped me outYou showed me howA friend should beI ll reminisceAnd nowAll the memories meant to beHistoryAnd now...
Jawab Sandiaga Ma Ruf Amin Bilang Ktp Belum Cukup Selesaikan Masalah

Jawab Sandiaga Ma Ruf Amin Bilang Ktp Belum Cukup Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 304 hits
Karena itu Ketua MUI ini menjelaskan butuh bermacam kartu untuk memudahkan Namun Ma ruf mengungkapkan kalau masyarakat sudah siap bisa saja tinggal menggunakan handphone
Tiru Gaya Hidup Ala Selebgram Yang Serba Mewah Gadis Ini Stres Terlilit Utang Ratusan Juta

Tiru Gaya Hidup Ala Selebgram Yang Serba Mewah Gadis Ini Stres Terlilit Utang Ratusan Juta

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 338 hits
Sekarang ini banyak kaum milenial yang tergiur akan gaya hiduo mewah nan glamour dari para selebgram ternama yang menjadi idolanya Barang barang bermerek dan makanan mahal pun selalu memenuhi koleksi foto serta video mereka Namun jangan sam...
Sapa Chairman Khazanah Yang Kena Jawab Pada Pm 7

Sapa Chairman Khazanah Yang Kena Jawab Pada Pm 7

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 284 hits
Dia lupa ka atau ulaq tengoh dok membelit untuk nyalahkan oghang hingga lupa sapa yang dia lantik Chairman Khazanah Bila rugi rasmi dia mula salahkan oghang lain Bukan Khazanah bawah dia dan dulu dok kutuk pasai kilang coli Coli masih sengi...
Andi Bernadee Donde Tiru Lagu Luar Negara

Andi Bernadee Donde Tiru Lagu Luar Negara

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 543 hits
Memandai saja cakap lagu saya sama dengan lagu orang kata penyanyi Andi Bernadee mengenai single terbarunya Donde yang dikatakan meniru rentak lagu Who Would Think That Love nyanyian kumpulan Now United Andi 28 atau Andi Azrul Andi Mapangil...
Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani