Hapuskan Rasuah Hingga Ke Akar Umbi Jika Negara Mahu Dipulihkan Patriot




Keluhan rakyat adalah untuk negara diletakkan semula ke landasan yang benar
1 Jul 2022Get ViewsYoung people march against corruption in Kuala Lumpur - BENEDICT LOPEZJoin us on Telegram and Instagram for the latest.
Tidak dapat dinafikan bahawa pembabitan para pemimpin politik dan penjawat awam terhadap gejala rasuah berada pada tahap yang amat buruk sekali dalam sejarah negara ini.
Ianya seolah-olah barah yang tidak boleh diubati lagi dan hanya menunggu maut.
Malangnya, adakah para pemimpin negara sedar dan mahu mengambil tindakan drastik bagi menghapuskan gejala buruk ini? Ini satu persoalan yang perlu dijawab oleh para pemimpin negara bagi menangkis tanggapan buruk rakyat terhadap pemimpin negara.
Skandal 1MDB yang melibatkan rompakan wang rakyat berbilion ringgit dengan pembabitan seorang bekas perdana menteri, yang juga menteri kewangan pada ketika itu, telah mengakibatkan negara dikenali sebagai negara pengamal rasuah yang terburuk di rantau Asia ini.
Begitu juga, pembabitan bekas seorang timbalan perdana menteri serta pemimpin politik yang lain yang dikenali sebagai ‘kluster mahkamah’ dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa telah memburukkan lagi imej negara.
Terdahulu dari itu, rakyat juga didedahkan kepada jenayah rasuah beberapa pemimpin politik, terutama yang menyandang jawatan dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan Melayu terbesar seperti Felda, Felcra, Tabung Haji dan Mara.
Presiden Umno sendiri turut berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit.
Kesemua yang dituduh adalah berbangsa Melayu dan sudah pastinya beragama Islam, dan tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu satu perbuatan yang amat keji?
Tidakkah mereka merasa takut dan malu kerana telah mengkhianati bangsa dan kesucian agama mereka dengan penglibatan jenayah itu? Tidakkah perbuatan jenayah mereka yang begitu serius dan wajar ditegur oleh para agamawan dan pemimpin sebangsa?
Tidakkah mereka takut pada hukuman Allah swt bila mereka berada di padang masyhar nanti?
READ MORE:  Terence Gomez, MACC and the need for an open investigationBukan saja mereka ini tidak ditegur, malahan ada diantara mereka disanjung oleh penyokong tegar mereka, diarak ke hulu ke hilir seolah-olah mereka tidak bersalah, tanpa perasaan segan dan malu.
Yang lebih menhairankan adalah salah seorang penjenyah itu diberi gelaran ‘bossku’ dan ‘Apa malu, bossku’ – satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang boleh merosakkan negara, bangsa dan minda raykat muda.
Agak aneh juga bila seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman penjara serta didenda diberi kebebasan keluar negara atas alasan yang dianggap remeh dan tidak munasabah.
Persoalnnya, bolehkah kebebasan istimewa yang sama dinikmati oleh rakyat biasa?
Rakyat biasa sudah tentunya tidak mampu membayar kos khidmat guaman mereka untuk melengahkan hukuman mereka, seperti mana yang dilakukan oleh bekas perdana menteri itu dalam beberapa pertuduhan yang sedang dihadapinya berkaitan skandal 1MDB. Sudah tentu kos khidmat guaman yang dibayarnya itu luar kemampuan rakyat biasa


Ternyata, kekalahan pakatan pembangkang pada ketiga-tiga pilihan raya negeri berpunca dari tiada kesepakatan di antara pakatan pembangkang serta ketandusan seorang pemimpin yang boleh menyatu (galvanise) kekuatan pakatan pembangkang.
Negara sekarang kita dalam keadaan yang amat tenat, dan ini adalah akibat kerakusan pemimpin politik yang hanya mementingkan kedudukan dalam kerajaan tanpa menghiraukan apa yang berlaku kepada rakyat dan negara.
Rakyat tidak lihat adanya program kerajaan yang boleh menstabil dan menjana semula ekonomi negara yang mana akan memberi keuntungan pada rakyat. Rakyat tidak nampak pengaliran masuk pelaburan luar negara secara besar besaran.
Adakah kerajaan sekarang sudah yakin bahawa status ekonomi negara sudah mula pulih dan tidak lagi bergantung pada kemasukkan pelaburan luar?
Negara mempunyai 70 menteri dan timbalan menteri – satu angka yang terlalu besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Dengan bilangan yang sebegini besar, sudah tentu rakyat sudah dapat merasa berbagai perubahan dan kemajuan yang manfaatkan rakyat.
Malangnya, ini tidak dapat dirasai oleh rakyat. Mungkin menteri dan timbalan menteri enggan berhadapan dengan pemberita bilamana soalan mereka tidak dapat dijawab dengan sempurna bilamana pemberita mengajukan soalan dalam bahasa Inggeris.
Atau pun, sememangnya mereka ketandusan berita yang hendak disampaikan pada rakyat. Ini yang sedang berlaku bilamana negara mempunyai kepimpinan yang lemah, lesu dan kurang cerdik.
Rasuah masih berluasa lagiSetiap hari rakyat disajikan dengan berita rasuah di kalangan penjawat awam, dan rakyat tidak mendengar apa-apa kenyataan dari ketua jabatan atau kementerian berkenaan, seolah-olah rasuah di kalangan kakitangan mereka bukan tanggung jawab mereka.
Belum pernah kita lihat mana-mana ketua jabatan atau menteri berani mengambil tanggungjawab bilamana rasuah berlaku di jabatan atau kementerian mereka.
Jelas rasuah adalah punca utama negara berada dalam keadaan yang amat tenat sekarang. Sekira sesuatu yang tegas, drastik dan pantas tidak dilakukan oleh kerajaan bagi menangani gejala rasuah ini, tidak mustahil negara akan terjerumus ke dalam kancah kehinaan dan kehancuran.
Seperti yang dilafazkan oleh Sultan Perak yang tersiar luas di media sosial, “rasuah di kalangan elit adalah sukar diperangi kerana kuasa yang dimiliki mereka, melainkan berlakunya perubahan politik yang mendadak.”
Bagi “melakukan perubahan politik yang mendadak” ini terletak pada tangan perdana menteri sendiri. Maka hanya perdana menteri saja yang boleh melakukan perubahan itu untuk menyelamatkan negara.
Persoalannya, adakah perdana menteri mahu dan berani melakukan perubahan tersebut? Rakyat tertunggu-tunggu.
Brigadier Jeneral Dato’ Mohd Arshad Raji (bersara) ialah presiden Persatuan Patriot Malaysia (Patriot)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/hapuskan-rasuah-hingga-ke-akar-umbi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Jiran Kita Membina Ibukota Baharu Tetapi Malaysia Sedang Merunthkan Bangsa Sendiri Dengan Najis Rasuah

Negara Jiran Kita Membina Ibukota Baharu Tetapi Malaysia Sedang Merunthkan Bangsa Sendiri Dengan Najis Rasuah

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 166 hits
Ibu kota baharu Indonesia Nusantara mula dibina Ogos iniAstro AwaniJun 24 2022 Jokowi ketika mengadakan lawatan ke Bendungan Sepaku Semoi di Penajam Paser Utara yang pembinaannya sudah mencapai 56 peratus dengan jangkaan selesai awal 2023 T...
Berapa Lama Pejabat Peguam Negara Hendak Perap Kes Rasuah Zeti Dan Nazlan

Berapa Lama Pejabat Peguam Negara Hendak Perap Kes Rasuah Zeti Dan Nazlan

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 171 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Ramai tertanya apa sudah jadi kepada kertas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang sudah lengkap berkenaan Zeti Akhtar dan Nazlan Mohd Ghazali Ditahap mana sekarang kes kedua orang lantikan Mahathir se...
Lakonan Park Eunbin Dipuji Extraordinary Attorney Woo Tersenarai Tinggi Di Netflix Beberapa Negara

Lakonan Park Eunbin Dipuji Extraordinary Attorney Woo Tersenarai Tinggi Di Netflix Beberapa Negara

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 272 hits
Bukan sahaja di Korea nampaknya Extraordinary Attorney Woo turut menerima perhatian hebat dari penonton luar negara ARTIKEL BERKAITAN Drama saluran ENA ini membawa kisah Woo Young woo seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras...
Penghantaran Ke Luar Negara Dengan Mudah Serta Penjimatan Bersama Delyva

Penghantaran Ke Luar Negara Dengan Mudah Serta Penjimatan Bersama Delyva

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 249 hits
Halu guys Korang pernah dengar Delyva tak Saya percaya pada yang dah biasa pos barang mungkin dah pernah dengar pasal Delyva ni kan tapi mungkin belum pernah mencuba Kalau korang adalah salah seorang peniaga online saya rasa better korang g...
Bank Negara Dijangka Naikkan Opr Rakyat Mula Rasai Tekanan Hilang Harapan Miliki Rumah Sendiri

Bank Negara Dijangka Naikkan Opr Rakyat Mula Rasai Tekanan Hilang Harapan Miliki Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 232 hits
Bank Negara Malaysia dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2 25 peratus pada Mesyuarat Dasar Monetari keempatnya pada minggu ini kata Moody s Analytics Sementara itu MIDF Research berkata BNM akan mempertimba...
Anwar Jangan Biarkan Negara Ini Jatuh Ke Tangan Orang2 Korup

Anwar Jangan Biarkan Negara Ini Jatuh Ke Tangan Orang2 Korup

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 154 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata sikap tidak peduli politik dalam kalangan pengundi akan menyebabkan orang orang yang korup menjadi pembuat keputusan yang akan memberi kesan kepada generasi masa depan Ketika berucap dalam acara Sidan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun