Hapusan Lesen Perniagaan Ali Baba Warga Asing




Saya sampai sekarang tidak faham kenapa ada segelintir rakyat Malaysia sanggup memajakkan atau "Ali Baba" lesen perniagaan mereka kepada warga asing. 


Sehingga kerajaan atau beberapa kerajaan negeri mengambil tindakan drastik dengan mengetatkan pengeluaran lesen perniagaan kepada penjaja kecil ini.


Disebabkan nila setitik ini, ianya meyusahkan semua pihak dan kemungkinan mereka yang tidak bersalah akan menerima tempiasnya juga. Mari kita lihat beberapa isu yang saya perolehi melalui keratan artikel mengenai HAPUSAN LESEN PERNIAGAAN ALI BABA WARGA ASING. 


Bila kita lihat keratan akhbar ini jelas memperlihatkan, rakyat Malaysia sendiri yang membunuh rakyat Malaysia sendiri dan kita juga menyebabkan mereka semua naik kepala di negara kita.


Ini semua disebabkan anda malas dan mahukan wang jatuh dari langit. Inilah yang saya katakan Menang Sorak Tapi Kampung Tergadai dimana lama kelamaan bangsa asing akan kuasai ekonomi kecil yang dahulunya milik melayu disebabkan segelintir pihak yang bodoh ini.


Pasar Malam rata-rata dahulu adalah peniaga milik bangsa Melayu dan disebabkan anda iaitu bangsa melayu yang pentngkan diri. Rakyat asing sudah mula mengambil alih sedikit demi sedikit dan akhirnya apabila mereka ramai menjual di pasar malam dan membentuk komuniti, maka orang melayu akan mula tersisih. Inilah yang akan berlaku, jika anda tidak percaya.


Orang Melayu pula yang akan membeli dari rakyat asing ini dan mereka yang menentukan harga pasaran serta membuli anda. Kelakar rasanya dan Melayu tidak pwrnaj belajar dari kesilapan.


Dan penutupnya anda akan salahkan kerajaan kenapa tidak membantu mereka. 


Dan saya lihat kesalahan ini juga tidak terletak pada mereka yang memajakkan lesen perniagaan mereka kepada warga asing tetapi rakan perniagaan yang tahu rakan mereka memajakkan lesen perniagaan tetapi hanya mendiamkan diri.


Anda tahu tindakan mereka adalah salah tetapi anda diamkan diri kerana tidak mahu mengganggu periuk nasi mereka. Tapi ingat wahai sahabat, bila kerajaan ketatkan permohonan lesen perniagaan ini nanti. Anda juga akan terseret sama dalam kancah masalah ini.


Ini adalah periuk nasi anda dan jangan amalkan "You jump ,I jump". Ini bukan kisah kapal Titanic akan karam tetapi perniagaan anda yang akan karam disebab sikap mendiamkan diri anda.


Tunggulah nanti bila anda kehlangan lesen atau tempat perniagaan anda sedikit demi sedikit bangsa asing kuasai dan mereka menjual lebih murah dari anda hingga anda menutup perniagaan anda. Mungkin rakan ALi Baba akan menolong anda.. saya amat yakin!!


Namun saya faham, anda sudah berkawan berbelas tahun takkan nak khianati rakan anda pula. Brotherhood maaaa... Dan penutupnya anda akan salahkan kerajaan kenapa tidak membantu anda. Kerajaan kan ada untuk disalahkan..hehehehe.


Berubahlah wahai peniaga kecil yang memajakkan lesen mereka. Ramai yang berada  diluar sana menderita masalah ekonomi seperti dibuang kerja dan pendapatan yang tidak mencukupi. 


Sebaiknya lesen dan tapak perniagaan tersebut diberikan kepada mereka yang memerlukan adalah lebih afdal dari mengutip wang haram iaitu menjana pendapatan yang sepatutnya anda usahakan dan anda menipu dengan meletakkan warga asing sepenuhnya.


Lesen perniagaan juga anda boleh berikan pada generasi anak muda kita yang bersedia berniaga sebagai penjaja kecil tetapi tidak mendapat peluang!!!. Buat apa berikan pada warg asing..


Namun saya ketahui anda akan katakan, budak sekarang manan mahu berniaga panas-panas ini. Semua nak kerja tempat ada aircond jer. 


Tapi saya faham orang akhir zaman ini bukan fikirkan tentang hukum hakam. Janji duit masyuk sudah cukup dan bila kau tegur. Mereka akan marah dan malah mengatakan, kalau anak bini aku tak makan. Kau boleh tanggung ker sebab tu aku buat kerja ini. Okei ler, menghalalkan cara yang haram!!


Saya tahu peniaga yang memajakkan lesen perniagaan ini akan memberi seribu alasan. Saya cuma meyampaikan pada anda. Samada ada anda mahu berubah terpulang pada anda dan juga pada sahabat rakan perniagaan yang lain. JIka anda mahu kekal terus berniaga, buat aduan segera. 


TINDAKAN NEGERI SEMBILAN MENGEKANG AKTIVITI ALI BABAKerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah tegas dengan mengenakan beberapa syarat tambahan selepas ini dalam pengeluaran lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).


Tindakan tersebut antaranya bagi mengekang aktiviti ‘ali baba’ ataupun salah guna lesen perniagaan yang dikeluarkan kepada rakyat tempatan namun disewakan pula lesen tersebut kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan khususnya dalam sektor peruncitan.


Syarat-syarat tambahan kepada pengeluaran lesen tersebut antaranya adalah setiap pemohon lesen perlu mendaftar dan mendapatkan nombor fail Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terlebih dahulu dan mengemukakannya kepada PBT bagi membolehkan permohonan tersebut diproses.


Seterusnya, setiap premis perniagaan hanya akan diluluskan satu jenis perniagaan sahaja dan perniagaan yang berkaitan serta pemilik lesen perniagaan atau wakil warga tempatan perlu berada di premis pada setiap masa operasi perniagaan selain warganegara asing adalah tidak dibenarkan untuk bertugas sebagai juruwang.


Jika sebelum pemilik perniagaan hanya mempamerkan lesen perniagaan mereka sahaja namun selepas ini mereka yang mempunyai pekerja warga asing perlu mempamerkan pula maklumat berkaitan pekerja asing mereka itu.



“Di setiap kedai mereka perlu mempamerkan maklumat pekerja asing mereka merangkumi nama, nombor pasport, status warganegara, jantina dan juga tempoh permit pekerjaan. Ini adalah untuk memudahkan pada setiap kali operasi dilakukan oleh pihak penguatkuasa berkaitan.


Sebanyak 26,108 lesen peniaga seluruh negara dibatalkan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana melanggar syarat lesen atau premis termasuk isu warga asing berniaga.


Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, PBT tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing memohon atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan di pasar selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja dan UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian.




PBT sudah batalkan 26,108 lesen perniagaan
"UUK Penjaja dan UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian ini menggariskan bahawa kelulusan sewaan tapak pasar awam dan pengeluaran lesen hanya diberikan kepada warga Malaysia saja dan warga asing yang bekerja dengan penyewa tapak pasar awam itu mestilah mempunyai pas kerja sah.



"Bagi penyewa yang menyewakan tapak kepada warga asing, PBT tidak boleh berkompromi dan sewajarnya mengambil tindakan tegas dengan menarik semula sewaan tapak serta lesen perniagaan dibatalkan.


Mengulas lanjut, Nga berkata, KPKT sentiasa bersedia dan bekerjasama dengan kementerian lain bagi menjalankan program turun padang sebagai usaha mengekang penularan masalah perniagaan secara haram oleh warga asing


"KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) memandang serius dan sentiasa memantau aktiviti perniagaan di pasar awam atau gerai bagi menangani isu perniagaan secara haram termasuk membabitkan peniaga warga asing.



"PBT juga komited melaksanakan operasi penguatkuasaan dengan melakukan semakan status peniaga sedia ada serta pemeriksaan di setiap pasar awam dan premis milik PBT.




Ada warga asing kahwin wanita tempatan untuk dapat lesen berniagaBeberapa gabungan badan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan campur tangan dalam isu kebanjiran dan lambakan warga asing di negara ini.



Ini kerana ada wanita tempatan sanggup bersuamikan warga asing semata-mata membolehkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan sekali gus tinggal lebih lama di Malaysia.
etua Skuad Terjah, Mohd Razil Mohd Noor menegaskan, apabila warga asing berkahwin dengan wanita tempatan, mereka mudah mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan perniagaan.


“Kita minta kerajaan mengkaji semula kes ini. Tarik semua keistimewaan dimiliki isteri warga tempatan itu seperti tidak boleh memohon lesen perniagaan dan sebagainya.



“Apa yang berlaku, kebanyakan warga asing berniaga menggunakan lesen atas nama isteri. Ini tidak adil kepada warga tempatan yang lain.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hanifidrus.blogspot.com/2023/12/hapusan-lesen-perniagaan-ali-baba-warga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Akta Anti Ali Baba Hukum Rakyat Tempatan Sewa Lesen Kepada Warga Asing

Rafizi Akta Anti Ali Baba Hukum Rakyat Tempatan Sewa Lesen Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 169 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Undang undang anti Ali Baba yang akan diperkenalkan tidak lama lagi membolehkan tindakan diambil terhadap rakyat tempatan yang menyewakan lesen perniagaan kepada pekerja asing kata Rafizi Ramli Menteri ekonomi itu...
Batal Gantung Lesen Peniaga Jalan Silang Sewa Premis Kepada Warga Asing

Batal Gantung Lesen Peniaga Jalan Silang Sewa Premis Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 144 hits
BERNAMAANGGOTA PGA bersama pihak berkuasa yang melakukan operasi di Jalan Silang semalam yang digelar mini Dhaka FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membatalkan atau menggantung sementara lesen penia...
Kemasukan Warga Asing Ke Malaysia Perlu Tapisan

Kemasukan Warga Asing Ke Malaysia Perlu Tapisan

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 165 hits
QURRATUL amp 039 AINA QUDDUSWALAUPUN kebanjiran warga asing ke negara ini untuk memenuhi keperluan tenaga buruh namun pelbagai kes jenayah turut dilaporkan melibatkan mereka termasuk kes meragut nyawa Perbuatan jenayah segelintir warga asin...
Rafizi Govt Won T Use Malays To Enrich A Few With Ali Baba Scheme

Rafizi Govt Won T Use Malays To Enrich A Few With Ali Baba Scheme

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 266 hits
The government will not be riding on Malays just to enrich a few said Economy Minister Rafizi Ramli He said this in response to prodding from the opposition about the government s bumiputera economic agenda I understand the slant of their q...
Rafizi Anti Ali Baba Law Can Deter Rent Seeking Business Owners

Rafizi Anti Ali Baba Law Can Deter Rent Seeking Business Owners

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 268 hits
A proposed anti Ali Baba legislation to end rent seeking practices can be used against owners found to abuse their business licences leading to an influx of foreign controlled establishments in the city centre Taking to X Economy Minister R...
Lelaki Disyaki Warga Asing Menaiki Perodua Axia Mencuri Beg Tangan

Lelaki Disyaki Warga Asing Menaiki Perodua Axia Mencuri Beg Tangan

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 247 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com my nbsp Sungai Petani Seorang wanita melalui detik cemas apabila beg tangannya dilarikan lelaki tidak dikenali ketika mangsa hendak menutup pagar rumahnya di Taman Desa Meranti di sini hari ini Ketua Polis Dae...
Rafizi Anti Ali Baba Laws Being Drafted To Curb Illegitimate Foreign Businesses

Rafizi Anti Ali Baba Laws Being Drafted To Curb Illegitimate Foreign Businesses

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 123 hits
Rafizi said that the law would regulate property owners found to abuse their business licences leading to an influx of foreign owned businesses in the city centre Photo by Chimon Upon KUALA LUMPUR The government is mulling an anti Ali Baba
Kes Bunuh Genting Highlands Lelaki Warga Asing Ditahan

Kes Bunuh Genting Highlands Lelaki Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 216 hits
BernamaKUALA LUMPUR Polis menahan seorang warga asing selepas disyaki terlibat kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan di sebuah hotel di Genting Highlands semalam Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata suspek lelaki berumur 45 ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin