Hapus Orang Tengah Industri Pertahanan


PENAHANAN beberapa orang dari sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan untuk projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).
Projek LCS yang sepatutnya melihat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima enam kapal bermula 2019, telah diberhentikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran siasatan pihak berkuasa ke atas penyelewengan kepada projek bernilai lebih RM9 bilion itu

Namun, saya amat bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan isu LCS masih belum selesai walaupun SPRM kelihatan sudah mula mengambil tindakan

Kerajaan sekarang perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan perkara ini tidak berulang baik dalam projek LCS ataupun projek-projek perolehan lain dalam industri pertahanan

Dalam pada itu, projek LCS perlu diteruskan kerana ia membawa manfaat cukup besar kepada sistem pertahanan negara

Namun, kerajaan perlu bijak mengambil peluang ini dengan melakukan beberapa perubahan bagi memastikan bukan sahaja projek ini dapat diteruskan untuk kepentingan negara tetapi masalah-masalah dihadapi tidak berulang

Sebagai seorang yang terlibat dalam industri pertahanan, saya amat mengharapkan siasatan berkenaan isu LCS ini membuka mata para pemimpin dan pembuat dasar negara tentang perlunya perubahan menyeluruh sistem perolehan yang diguna pakai kerajaan terutama membabitkan industri pertahanan

Sebenarnya, industri pertahanan negara mempunyai peluang amat besar untuk berkembang dan boleh menjana pertumbuhan ekonomi pascapandemik Covid-19

Namun, sistem perolehan kerajaan juga perlu ditambah baik untuk memastikan industri ini dapat berkembang secara terbuka dan sihat

Saya ingin mencadangkan tiga perubahan yang boleh memastikan industri pertahanan negara menjadi lebih terbuka dan kompetitif

Pertama, terlalu ramai pemain di dalam industri yang sekadar menjadi orang tengah atau broker projek. Ini perlu dihentikan

Untuk perolehan aset strategik, kerajaan boleh berunding terus dengan pengeluar. Tidak perlu menggunakan broker atau orang tengah. Budaya orang tengah ini terlalu mudah untuk disalah guna bagi menghalalkan rasuah

Kedua, untuk nilai projek yang besar, misalnya projek melebihi RM1 billion, mekanisme pemantauan oleh badan bebas perlu diwujudkan untuk memastikan projek berkos besar ini dapat dijalankan dengan telus dan lancar

Ini amat penting untuk menggalakkan sistem semak-imbang yang berkesan dan memastikan KPI ditetapkan, dipatuhi sebaik mungkin

Ketiga, sistem pembayaran oleh kerajaan dalam perolehan aset ketenteraan perlu berdasarkan tahap kesiapan dan bukan bergantung pada garis masa.

Bayaran hanya dibuat apabila tahap kesiapan yang dipersetujui dalam garis masa pengurusan projek dipenuhi. Misalnya apabila siap 30 peratus projek, 30 peratus bayaran akan dibuat oleh kerajaan

Industri pertahanan negara kini dilihat sebagai lubuk emas yang penuh kekotoran dan cukup tidak berintegriti

Saya percaya jika cadangan-cadangan ini diterima oleh kerajaan, imej buruk industri pertahanan negara dapat dibaik pulih dan ini boleh menjana pertumbuhan serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan pelaburan

Apa yang lebih penting, kerajaan perlu mengambil langkah berani. Saya merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak mensia-siakan peluang keemasan ini bagi meletakkan industri pertahanan negara berada di landasan yang betul.

HAJI MD. KASSIMKuala Lumpur

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/hapus-orang-tengah-industri-pertahanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menhan Prabowo Dorong Perubahan Manajemen Industri Pertahanan Dalam Negeri

Menhan Prabowo Dorong Perubahan Manajemen Industri Pertahanan Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 144 hits
Prabowo menyebut Presiden Joko Widodo atau Jokowi memberikan instruksi padanya untuk membesarkan industri pertahanan Indonesia
Hiburan Desperate Nak Views Ke Merosakkan Industri Penonton Tutup Tv Nampak Iqbal Di Big Stage 2022

Hiburan Desperate Nak Views Ke Merosakkan Industri Penonton Tutup Tv Nampak Iqbal Di Big Stage 2022

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 211 hits
Tidak dinafikan ramai terkejut apabila Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli diumumkan sebagai salah seorang peserta program realiti Big Stage 2022 semalam Bukan hanya penonton malah juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan ...
Roland Emmerich Percaya Star Wars Filem Superhero Merosakkan Industri Filem

Roland Emmerich Percaya Star Wars Filem Superhero Merosakkan Industri Filem

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 242 hits
Sebelum ini Martin Scorsese Ridley Scott dan beberapa pengarah veteran telah menyuarkan pendapat mereka tentang filem superhero dan terbaru pakar filem bencana Roland Emmerich nampaknya senada dengan pembikin filem sezaman dengannya Semasa ...
Hiburan Saya Tak Kisah Pemain Industri Tension Kerja Dengan Js Picture Selalu Dimarahi Ini Jawapan Jinggo

Hiburan Saya Tak Kisah Pemain Industri Tension Kerja Dengan Js Picture Selalu Dimarahi Ini Jawapan Jinggo

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 208 hits
Baru baru ini Jinggo memberitahu dia sering kali menerima keluhan dari pemain industri yang mendakwa berasa tertekan bekerja bersama produksinya iaitu JS Picture Menurut pengarah serta penerbit ini mereka yang mengadu berasa tertekan itu ha...
Kurangi Emisi Karbon Pupuk Kaltim Siap Transformasi Ke Industri Hijau

Kurangi Emisi Karbon Pupuk Kaltim Siap Transformasi Ke Industri Hijau

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 136 hits
PT Pupuk Kalimantan Timur siap menjadi pionir transformasi industri petrokimia menjadi industri hijau dengan mengintegrasikan berbagai upaya yang sudah tertera dalam peta jalan PKT agar lebih hijau dan berkelanjutan
Kalau Dia Tengah Meng4muk Saya Pun Tak Boleh Zarina Zainuddin Kongsi Cara Tenteramkan Anak Aut1sme

Kalau Dia Tengah Meng4muk Saya Pun Tak Boleh Zarina Zainuddin Kongsi Cara Tenteramkan Anak Aut1sme

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 227 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang menggalas tanggungjawab untuk mengelolakan anak anak istimewa yang telah dijanjikan syurga oleh Allah Begitulah hal sebegini yang sering dilalui oleh pelakon Zarina Zainuddin yang sering berkongsi c...
Masa Depan Industri Muzik Tempatan Pasca 2020

Masa Depan Industri Muzik Tempatan Pasca 2020

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 252 hits
1 Industri muzik tempatan pada ketika ini boleh dirumuskan seperti ini Pertama asal viral boleh jadi penyanyi Kedua orang terlalu try hard nak tiru K Pop 2 Dia macam ni Nak jadi penyanyi atau pemuzik ni kau boleh pergi jauh kalau kau ada su...
Ppdm Hantar Memorandum Ke Semua Parti Minta Selesai Isu Pemain Industri Pengangkutan Darat Suara Keadilan 02 02 2022

Ppdm Hantar Memorandum Ke Semua Parti Minta Selesai Isu Pemain Industri Pengangkutan Darat Suara Keadilan 02 02 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 626 hits
Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia berharap parti parti politik yang bersaing untuk menerajui Putrajaya akan melihat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemain industr...
Video 6 Juta Undi Keluarga Industri Pengangkutan Darat Untuk Parti Politik Malakat Tribune 02 02 2022

Video 6 Juta Undi Keluarga Industri Pengangkutan Darat Untuk Parti Politik Malakat Tribune 02 02 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 184 hits
CYBERJAYA Kira kira 6 juta undi pemain industri pengangkutan darat bersama keluarga menanti mana mana parti politik di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Penaung Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia Datuk Na...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan