Happy Chinese New Year 2021 Malaysia
Happy Chinese New Year 2021, Malaysia !! || Sudah tiba Tahun Baru Cina. Nampak gayanya, Covid 19 masih belum pergi. Maka tahun ni perayaan CNY 2021 pun perlu disambut dengan berhati-hati dan tidak boleh terlalu meriah. Masih terasa perayaan Aidilfitri 2020 buat pertama kali berubah sangat rutinnya. Hmm..Seperti ucapan PM dalam TV, jangan merayap, dan bolehlah buat video call untuk bertanya khabar dengan ahli keluarga yang lain.
Raya raya ni, makan oren ler..
Tadi tengok dalam kalendar, tahun 2021 ni adalah tahun lembu. Perayaaan CNY disambut oleh bangsa Chinese yang beragama Buddha. Last year aku tengok bos aku relax je time CNY sebab beliau bukan Buddha. Huhu..
Aku tertarik dengan beberapa adat resam dan pantang larang ketika sambutan Tahun Baru Cina.
1. Angpau Diberikan Dalam Jumlah Genap.
Mesti elak daripada memberi dalam jumlah ganjil.
2. Elakkan Memakai Pakaian Berwarna Hitam atau Putih
Itu adalah warna berkabung, oleh sebab itu, warna lain terutamanya warna merah menjadi pilihan. Kalau tengok pada seluruh hiasan atau peralatan pada CNY, mesti nampak banyakkk warna merah, Kan?
3. Dilarang Makan Bubur
Ya, mereka tidak dibenarkan bersarapan dengan bubur kerana ianya boleh menjadikan seseorang itu jatuh miskin. So kalau datang melawat, jangan pulak bawak bubur sebagai cenderahati atau hadiah.
4. Jangan Menyapu
Mereka semestinya akan membersihkan rumah SEBELUM Hari perayaan, tetapi pada waktu dan hari CNY, mereka dilarang menyapu kerana dipercayai menghalau tuah.
5. Jangan Pinjam Duit
Ya, mesti langsaikan hutang, tetapi jangan pinjam duit!
Untuk huraian lain, boleh singgah baca info di SINI
Haaaa... begitulah serba sedikit topik yang aku rasa menarik tentang perayaan kaum Cina dan kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya saling menghormati budaya sesama kita. Untuk tahu tentang beberapa hidangan Cina-Malaysia yang Sesuai Untuk Perayaan Tahun Baru, boleh baca di SINI
Apa pun, stay safe everyone!
Notahati : Bunyi mercun tetap berdentam dentum di luar tuh..Mungkin nak hiburkan hati yang ralat tak dapat berkumpul bersama keluarga atau kawan lain.
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/02/happy-chinese-new-year-2021-malaysia.html