Happy Birthday To Me
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Happy Birthday To Me. Alhamdulillah masih diberi nafas olehNya dan juga rezeki kesihatan yang baik. Pada 30 Mei 2022 genap usia Mrs. A empat puluh tut..tutt..tut eh! biarlah rahsia mana yang tahu- tahulah 😊😊😊 [SINI]
Lumrah kehidupan ada naik dan ada turun begitu jugalah sambutan harijadi Mrs. A ada tahun meriah ada tahun sendu ngeh! ngeh! ngeh! sejujurnya didalam usia Mrs. A yang dah veteran ini sambutan itu dah tidak begitu dikisahkan lagi cukuplah sekadar ucapan dan ingatan sahaja sudah memadai. Zaman muda-belia lainlah kalau boypren atau pun kawan-kawan rapat tak ingat mahu merajuk dibuatnya muahahhaaa..
Pada pagi Isnin 30 Mei tu time Mrs. A nak gerak pergi office barulah Mr. A wish hurm... ingatkan lupa dari malam tunggu dia punya wish sadis betul
Happy Birthday To Me.
Birthday treat
Tengahari tu time dekat-dekat nak lunch Mr. A calling-calling tanya "lunch pukul berapa?, karang saya amik kita gi lunch sama" katanya. Yeay!!! I likes 😍😍😍 Bertambah-tambah happy bila dah habis lunch sampai office semula Mr. A hulurkan plastik beg
♩♪♫dengarkanlah di sepanjang,♬♫malam aku berdoa, ♬♪♩ bersujud dan lalu meminta ♩♪♫ eh! muahahha..tiberrrr...[baca sambil nyanyi]
Kat mulut cakap terima kasih hahaha... dalam hati "la dia nih! takkanlah tak ingat my forever favorite bau adalah miracle by Lancome" [haish! ko nih! Mrs. A sejenis tak reti bersyukur betullah]
Kek dari M
Surprise delivery dari Ross
Sebelah petang kat office dalam pukul 4.30 petang tiba-tiba dapat call minta turun ke bawah ada barang. Ait!!? terkejut Mrs. A time ni cause Mrs. A takde order barang pun. Sampai di bawah dapat surprise delivery ha... baca kad tulis dari Ross la... touching you... Ross tu stay kat Melaka mana nak sangka dia buat surprise😜
Sebelah malam tu lepas solat Isyak Mrs. A lepak kat bilik sambil belek-belek hadiah yang dapat siang tadi tu. Tiba-tiba Aryssa masuk bilik cakap "ibu! turun bawah pakai tudung tau". "la sape datang?" tanya Mrs. A. Rupa-rupanya depa anak-beranak buat surprise gittewww... ada kepci dengan kek ice-cream. 😍😍😍 Alhamdulillah touching lagi iols! #mudahterhibur
Adoiii! sendu la.. kedudukan tulisan tu😆😆😆
Alhamdulillah thank you my sugar & spies
Hadiah paling rare dari Sis N 😊
Subhanallah Alhamdulillah. Terima kasih husband, anak-anak, sedara-mara dan sahabat-sahabat yang dikasihi atas ucapan, ingatan dan doa. InSyaAllah doa yang baik akan berbalik jua pada kalian semua. Semoga kita semua sentiasa diberi taufik dan hidayah hingga ke akhir hayat dan tidak terlalai dengan nikmat dunia yang tipu-tipu. Happy Birthday to me
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/06/Happy-birthday-to-me.html