Hanya Yang Terbaik Di Me Nate Steak Hub
Adalah satu pengalaman dimana, kalau diikutkan i bukan lah seorang kaki makan dalam erti kata lain bukan lah peminat daging. Tetapi peluang yang datang bukan semua yang terpilih, alhadulillah syukur terima kasih kepada cik http://ruby.my/ kerana menjemput i untuk memeriahkan lagi launch Bufet Ramadhan di Me'nate Steak Hub Shah Alam ini.
Jujur bagitahu, ini adalah pertama kali pengalaman menikmati juadah di Me'nate Steak Hub tau.Boleh dikatakan adalah sangat best hampir kesemua masakan. MasyaAllah Chef lelaki tapi power betul. Masakan yang dihidangkan buat I teringat sampai keharini. Terutama sekali creamy pasta dia. Memang I peminat all types creamy pasta termasuklah cabonara. Sebab tula berlemak je badan ni. Hahah.. Tapi dont care janji makan sedap dan kenyang.
Later I will shared dengan korang antara hidangan yang terdapat dan bakal dihidangkan semasa fasting month di Me'nate Steak Hub Shah Alam nanti ok. Yang pasti korang akan meleleh air liur kelaparan melihat gambar makanan yang akan I share dibawah yer.
Dalam banyak banyak dishes, ini yang I takleh move on ya.. sumpah sedap nak matey... tolooonnnggg kenapa sedap sangat..
Kuih Muih pun ada yer. So lepas makan berat. sementara tunggu nak balik atau selepas balik dari solat Magrib. boleh sambung kunyah kunyah manisan pula. Yer ruang solat disediakan yer untuk pentahuan semua.
Haruslah menjadi kegilaan ramai yer. Kambing golek. hah..hah mana nak dapat woi package macam ni makan punya mewah taraf hotel. Dahlah semua sedap..
Minuman panas sejuk dan tak ketinggalan, ais krim yang menjadi kegemaran anak anak juga ada tersedia yer. Puah hati tak? lapar tak lepas tengok semua gambar gambar ni. Agak tak yakin.. rajinlah layan Youtube channel i tetap pengalaman I selama menjamah semua hidangan ini. Tapi bukan kambing sbb I tak makan kambing. hihi.. tapi kawan i cakap kambing dia ummphhh.. gittew.. So detail tentang me,nate i deliberate lagi dibawah. jemput baca..
Sebelum tu nak belanja gambar-gambar bersama rakan blogger dan semestinya Duta Me,nate Steak Hub Ramadhan 2019. Papa Syuk dan Mama Lina Pom Pom. Tak ketinggalan Host paling comel dan ceria Kak Fafau aka Farah Fauzana. OMG.. sumpah comeyy..
Ok sekarang sesi bergambar dengan artis lah pula,, amik berkat kot-kot producer nak amik kita jadi artis ahak~~~
Me’nate Steak hub sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah restoran yang berkonsepkan makanan barat yang terbaik di kalangan masyarakat Malaysia. Sempena Ramadan kali ini, Me’nate steak hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya dengan promosi ramadan.
Kali ini Me'nate masih mengekalkan bufet ramadan untuk berbuka puasa yang menawarkan dan menyajikan sehingga 40 menu hidangan dari pelbagai pilihan makanan. Mengekalkan konsep tradisi, Me’nate menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian dengan istimewa Kambing Golek menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan.
Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow Digoreng Panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan. Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana kesemua adalah mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.
Menariknya Pakej Bufet Ramadhan ini adalah ianya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan bayaran.
Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me'nate, tidak perlu khuatir kerana selepas jam 8.30 malam Restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa.
Kelainan dan keistimewaan RAMADAN 2019 kali ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER.
Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE dimana 1 set boleh dimakan 5-6 orang dengan tawaran harga yang sangat berpatutan dan setiap pakej tersebut boleh dinikmati seisi keluarga. Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan pelanggan diberikan akses PERCUMA ke hidangan bufet pemanis mulut@dessert.
Hidangan FAMILY PLATTER ini pastinya mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda.
Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate telah melantik dua selebriti terkenal sebagai IKON ME’NATE bagi membantu sebagai mempromosikan PAKEJ RAMADAN BUFET dan FAMILY PLATTER.
Selebriti tersebut adalah Shukri Sahar atau dikenali sebagai Shuk Raja lawak dan penyanyi serta pengacara Elly Mazlein atau popular dengan gelaran ‘Kak Lina Pompom’. Pemilihan mereka adalah disebabkan keserasian mereka apabila bekerja bersama.
Ramadan Preview kali ni juga akan memperkenalkan mereka sebagai IKON ME’NATE dan pihak media juga akan dapat menyaksikan kehebatan Syuk bergandingan Kak Lina Pom Pom menunjukkan skill mereka didalam sesi memasak masakan makanan barat secara live.
Me’nate juga menjemput para syarikat atau badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.
Restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 5 (lima) cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam serta di selatan negeri iaitu Johor Bahru.
Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat dengan selesa.
layan dulu Youtube untuk lebih feeling...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://comot-pink.blogspot.com/2019/04/hanya-yang-terbaik-di-menate-steak-hub.html