Hanya Yang Teguh Pendirian Akan Kekal Bersama Pkr Saifuddin



KEADILAN akan terus memperjuangkan agenda reformasi tanpa gentar biar pun segelintir pimpinannya berpaling tadah.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semangat reformasi perlu mengakar dalam diri pimpinan dan ahli parti bagi menghadapi pelbagai tribulasi dan ancaman dari pemerintah yang semakin tersepit.
Katanya, pemergian beberapa pimpinan dan yang terbaharu bekas Naib Presiden Datuk Dr Xavier Jayakumar tidak seharusnya melemahkan semangat perjuangan.
“Sebagai seorang yang lama mengenali Dr Xavier Jeyakumar – tindakan dan alasan-alasan beliau dalam kenyataan hari ini (meninggalkan parti) menimbulkan pelbagai tanda tanya.
“Namun yang membezakan reformis tulin dengan yang lain ialah tahan diuji pada masa senang dan sukar.
“Saya ulangi gesaan agar semua Ahli Parlimen KEADILAN untuk kekal teguh dan istiqamah berpegang kepada prinsip dan landasan perjuangan reformasi tanpa tunduk dengan umpan habuan atau ugutan,” kata Saifuddin dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, Dr Xavier sebelum ini telah memaklumkan kepada kepimpinan KEADILAN bahawa beliau telah dijadikan sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan diugut oleh seorang menteri kanan untuk menyokong kerajaan memerintah.
“Dr Xavier baru-baru ini telah bertemu pimpinan KEADILAN memaklumkan bahawa pihak SPRM menjadikan beliau sasaran siasatan setelah suruhanjaya itu sebelumnya menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalan beliau berkait satu kes yang sedang berjalan.
“Dr Xavier kemudiannya dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan beliau perlu menyokong Perikatan Nasional atau hadapi akibat yang serius.
“KEADILAN sebuah parti reform. Pendirian kami amat jelas dalam menentang rasuah, salahguna kuasa dan pelanggaran undang-undang tanpa mengira pangkat dan kedudukan,” katanya.
Sehubungan itu, Saifuddin mengecam apa yang didakwa beliau penggunaan berterusan instrumen pemerintah untuk menekan dan menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang berkhianat.
Katanya, tidak sewajarnya politik ugutan dan rasuah digunakan untuk menguatkan parti pemerintah yang minioriti dan tidak tentu keabsahannya.
“Hal yang berlaku sekarang adalah instrumen pemerintah termasuk SPRM sedang diperguna ahli politik kanan untuk mengalih sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang kepada pemerintah.
“Ini satu bentuk salahguna kuasa, terutama tatkala kita sedar isu rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan pihak Perikatan Nasional seperti tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib.
“Amatlah jelas kerajaan minoriti hari ini berlapik dengan alasan darurat dan menggantung Parlimen tetapi pada masa sama berusaha mendapatkan sokongan lebih ramai Ahli Parlimen dengan cara menggunakan agensi-agensi tertentu melalui taktik umpan habuan, tekanan dan ugutan,” katanya kesal.
Menurut Saifuddin, KEADILAN dan Pakatan Harapan akan kekal dengan halatuju sedia ada, yakni terus mempertingkat persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke 15 dan pada masa yang sama berusaha mengembalikan mandat rakyat sesuai kerangka undang-undang dan perlembagaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31736

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Dap No Pkr Kekal Bersama Mn Hingga Berjaya

No Dap No Pkr Kekal Bersama Mn Hingga Berjaya

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 215 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAHDAILY DARI An Nu man bin Basyir dia berkata Rasulullah S A W bersabda Perumpamaan orang orang Mukmin dalam hal saling mencintai mengasihi dan menyayangi bagaikan satu tubuh Apabila ada salah satu anggota tub...
Kekal Ketetapan Tiada Kerjasama Dengan Pkr Dap

Kekal Ketetapan Tiada Kerjasama Dengan Pkr Dap

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 215 hits
Keputusan atau ketetapan tidak mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP dibuat di Perhimpunan Agung UMNO 2019 Jadi sebarang ketetapan sebaliknya juga perlu dibuat di PAU Setakat ini perubahan belum dibuat Justeru ia terus kekal sebagai satu ...
Pkr Puts Saifuddin On The Spot Over 5g Rollout

Pkr Puts Saifuddin On The Spot Over 5g Rollout

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 195 hits
PKR treasurer Lee Cheang Chung questions why Saifuddin Abdullah had switched support to a one company model PETALING JAYA A PKR leader has urged communications and multimedia minister Saifuddin Abdullah to explain why he has agreed to a sin...
Spekulasi Husam Bertanding Di Gombak Hanya Mahu Lagakan Pkr Amanah

Spekulasi Husam Bertanding Di Gombak Hanya Mahu Lagakan Pkr Amanah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 217 hits
FAZLI RADZIYouTuber Iswardy Morni menyifatkan wujud seolah olah usaha mahu melagakan PKR dengan AMANAH selepas beberapa ADUN AMANAH melompat ke dalam PKR Penyokong PKR dari Sarawak itu berkata keputusan muktamad mengenai pemilihan calon ber...
Pkr S Saifuddin Nasution Says Will Sue Defectors Insists Muhyiddin Has No Parliamentary Majority

Pkr S Saifuddin Nasution Says Will Sue Defectors Insists Muhyiddin Has No Parliamentary Majority

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 220 hits
PKR secretary general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail confirmed the two defectors had been sacked from their posts Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Feb 28 PKR said it would sue two of its former MPs Larry Sng and Steven Choong who ...
Retorik Perpaduan Ummah Hanya Talian Hayat Parti Penghisap Darah Untuk Kekal Kuasa

Retorik Perpaduan Ummah Hanya Talian Hayat Parti Penghisap Darah Untuk Kekal Kuasa

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 350 hits
Slogan politik paling penipu dan auta abad ini adalah perpaduan ummah yang digembar gemburkan sekarang oleh politaikus parti bunga dan macai macainya Perpaduan ummah tu sebenarnya adalah talian hayat untuk parti bunga sambung kuasa untuk PR...
Tindakan Perundangan Ke Atas Bekas Mp Adun Pkr Sedang Berjalan Saifuddin

Tindakan Perundangan Ke Atas Bekas Mp Adun Pkr Sedang Berjalan Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 213 hits
Tindakan mahkamah atau perundangan terhadap bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang bertindak keluar daripada parti sedang dilakukan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kesemua individu berkenaan su...
Hiburan Kongsi Tips Kekal Pinggang Ramping Eina Azman Makan Nasi Hanya Dua Kali Sebulan

Hiburan Kongsi Tips Kekal Pinggang Ramping Eina Azman Makan Nasi Hanya Dua Kali Sebulan

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 269 hits
Pelakon tinggi lampai Datin Eina Azman berkongsikan tips untuk kekal ramping dan mengekalkan berat badan kepada peminat serta pengikut media sosialnya baru baru ini View this post on InstagramAdvertisementKata Eina dia hanya makan nasi dua ...
Lompat Parti Pkr Sarawak Dipimpin Council Of Elders Saifuddin

Lompat Parti Pkr Sarawak Dipimpin Council Of Elders Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 324 hits
PKR Sarawak kini dipimpin Council of Elders yang mengambil alih pentadbiran parti di negeri itu selepas bekas Pengerusi PKR Negeri Larry Sng meletak jawatan dan menyokong kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung PKR Datuk Ser...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran