Hanya Selepas Telefon Kpn Baru Polis Bertindak Kata Exco Ppbm Berhubung Insiden Kepungan Di Johor


FMT ReportersExco Pemuda PPBM Abdul Hannaan Khairy berkata, penganjur juga sebelum itu meminta polis mengawal keadaan tetapi tiada tindakan diambil. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Exco Pemuda PPBM, Abdul Hannaan Khairy mempersoalkan tiada tindakan diambil oleh polis sebelum Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menelefon Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador bagi mengawal provokasi dan kekecohan yang berlaku dalam perjumpaan Pemuda PPBM di sebuah restoran Ulu Tiram semalam.

Beliau berkata, sebelum itu penganjur meminta polis mengawal keadaan, tetapi tiada tindakan diambil.

“Pada ketika itu, kereta peronda polis sudah berada di luar kawasan majlis. Kira-kira 500 meter.

“Setiausaha politik Syed Saddiq juga bercakap dengan pihak polis supaya masuk dan bantu, namun perkara itu tidak berlaku,” katanya dalam satu kenyataan selepas 4 jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini, hari ini.

Dalam insiden malam tadi, satu kumpulan kira-kira 200 orang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan ugutan serta mendesak Syed Saddiq keluar dari Johor ketika mengepung restoran tersebut yang menjadi lokasi perjumpaan Pemuda PPBM dan turut dikunjungi pelanggan wanita serta kanak-kanak.

Syed Saddiq kemudiannya dilaporkan terpaksa memanjat pagar untuk keluar dari restoran itu, manakala yang lain cuba mengalihkan perhatian kumpulan berkenaan.

Hannaan berkata, hanya selepas Syed Saddiq menelefon Hamid, 15 minit kemudian ketua balai berdekatan hadir bersama-sama anggota polis beruniform yang lain masuk ke kawasan majlis.

Beliau berkata, selepas itu, Syed Saddiq baru berucap namun ucapannya disambut dengan laungan “bodoh”, “balik”, “hancing”, “penipu” dan “daulat Tuanku”.

“Itulah laungan mereka (golongan tetamu yang tak diundang),” katanya.

Hannaan berkata, kumpulan itu juga mendesak supaya Syed Saddiq merakamkan video permohonan maaf kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Jika Syed Saddiq tidak mahu berbuat demikian, mereka tidak akan berganjak.

“Laungan tersebut mula perlahan apabila Syed Saddiq tamat berucap dan acara berselawat beramai-ramai antara tetamu yang diundang bermula,” katanya.

Hannaan berkata, Syed Saddiq berjaya dikeluarkan mengikut laluan alternatif bagi mengurangkan risiko pergaduhan dan kecederaan melibatkan beliau dan juga hadirin lain.

Beliau berharap siasatan dapat dijalankan dengan telus dan tindakan dapat diambil kepada individu terbabit.

“Dalang kepada rusuhan ini wajib ditahan. Undang-undang Malaysia terpakai kepada seluruh rakyat ,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/hanya-selepas-telefon-kpn-baru-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertukaran Ketua Polis Johor Nak Kaitkan Dengan Insiden Itu Terpulang Kata Kpn

Pertukaran Ketua Polis Johor Nak Kaitkan Dengan Insiden Itu Terpulang Kata Kpn

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 366 hits
KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata terpulang untuk masyarakat mengaitkan pertukaran Ketua Polis Johor Mohd Kamarudin Md Din ke Bukit Aman dengan insiden itu Manurut Abdul Hamid sukar baginya untuk menepis sebarang persepsi...
Syed Saddiq Gagal Memimpin Kata Exco Pemuda Ppbm

Syed Saddiq Gagal Memimpin Kata Exco Pemuda Ppbm

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 420 hits
Exco Pemuda PPBM Mohd Muzzammil Ismail mengumumkan akan bertanding jawatan ketua Pemuda PPBM pada pemilihan parti akan datang Muzzammil 30 berkata salah satu sebab beliau ingin bertanding kerana melihat kepimpinan Pemuda PPBM di bawah Syed ...
Penggiat Industri Pelancongan Johor Telah Diberi Taklimat Berhubung Koronavirus Exco

Penggiat Industri Pelancongan Johor Telah Diberi Taklimat Berhubung Koronavirus Exco

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 334 hits
JOHOR BAHRU 25 Jan Penggiat industri pelancongan di negeri ini telah diberi taklimat berhubung wabak koronavirus kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat Johor Liow Cai Tung Beliau berkata taklimat ...
Saksi Polis Analisis Rakaman Cctv Insiden Syed Saddiq Papagomo

Saksi Polis Analisis Rakaman Cctv Insiden Syed Saddiq Papagomo

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 337 hits
Mahkamah Majistret Kajang hari ini diberitahu bahawa pihak polis telah menganalisis rakaman kamera litar tertutup melibatkan insiden antara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pengendali laman blog Papagomo pada hari p...
Dap Keluar Ph Hanya Ugutan Kosong Untuk Tekan Dr M Kata Mp Pas

Dap Keluar Ph Hanya Ugutan Kosong Untuk Tekan Dr M Kata Mp Pas

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 367 hits
BERITAAhli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan Nga Kor Ming bahawa DAP akan meninggalkan PH sekiranya Sijil Peperiksaan Bersepadu tidak diiktiraf hanyalah ugutan kosong Pemimpin PAS itu merujuk kepada kenyataan Nga yang...
Serangan Tembak Bunuh Satu Nyawa Di Jerman Kata Polis

Serangan Tembak Bunuh Satu Nyawa Di Jerman Kata Polis

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 297 hits
Serangan tembak bunuh satu nyawa di Jerman kata polis Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Jan 2020 10 29PM
Polis Johor Terima Laporan Kanak Kanak Warga China Dibawa Keluar Hospital

Polis Johor Terima Laporan Kanak Kanak Warga China Dibawa Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 863 hits
Polis Johor mengesahkan menerima laporan mengenai seorang kanak kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di Johor Bahru oleh ibunya pada Jumaat Ibu bapa kanak kanak yang didapati menghidap simptom k...
Armada Buat Laporan Polis Berhubung Kumpulan Serang Syed Saddiq

Armada Buat Laporan Polis Berhubung Kumpulan Serang Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 366 hits
Satu laporan polis dibuat hari ini susulan serangan yang dilakukan sekumpulan individu pada majlis rapat umum Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor pada Sabtu Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata piha...
Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Denai Alam Pond A

Elmina East Lake Park

Elmina Urban Park

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

Pensyarah Rugi Hampir Rm300 000 Terpedaya Suspek Menyamar Pegawai Polis

Senarai Ringkas Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan Daripada Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Di Malaysia