Hanya Kerana 2 Gigi Geraham Rosak
Hanya kerana 2 gigi geraham rosak! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ceritanya minggu lepas anak sulung aku bawa kad hijau sekolah beri pada aku, katanya doctor dah suruh cabut gigi geraham sebab katanya Gigi Geraham Bongsu dah Bengkak dan mungkin akan bernanah. Aku tiada masalah pun dan terus tandatangan. Tapi hari ahad malam anak aku mengadu sakit kepala dan terus demam secara tiba tiba! Memanglah merisaukan! Hari isnin pagi, terus bawa jumpa doctor dan doctor beritahu, puncanya daripada gigi geraham tersebut! Ahh! Hanya kerana 2 gigi geraham rosak terus demam secara tiba tiba.
Mulanya nak bawa cabut juga hari isnin tu, tapi memandangkan aku perlu masuk kerja, jadi aku terpaksa bawa anak cabut gigi hari selasa. Dan semalam, aku bawa anak aku untuk Cabut Gigi Geraham Bawah. Bila doctor gigi periksa, jumlah kena cabut tu 2 batang gigi. Ahh! Kalau kita orang dewasa ni, dengar kena cabut Gigi Geraham Bawah sampai 2 batang, mahu juga mengigil kaki kan?
Al kisahnya, mulanya doctor kata mungkin Gigi Geraham Bongsu Bernanah. Tapi bila periksa, semuanya ok dan terus cabut. Bila tengok doctor cabut yang pertama tu, dia korek sikit, terus Gigi Geraham Bongsu Pecah (nampak macam rapuh je gigi tu). Kemudian yang kedua tu cabut macam biasa. Dan seperti biasa la, sebelum cabut tu, kena la inject. Waktu tu memang terangkat angkat juga kaki nya.
Alhamdulilah, proses nak Cabut Gigi Geraham Bawahtu mudah. Alhamdulilah. Selesai sahaja cabut, terus balik rumah. Tapi sebelum itu, doctor ada beritahu yang gigi geraham atas pun dah mula bengkak. Anak aku memang ada mengadu sakit kepala. Kata doctor, kalau anak masih mengadu sakit kepala, kena juga bawa untuk cabut yang atas pula. Kalau sakit kepala hilang, maksudnya, ianya berpunca daripada gigi geraham bawah (dan tak perlu cabut yang atas).
Kisahnya, balik je cabut gigi semalam, anak aku masih demam dan membawa ke hari ini demamnya tu. Jadi makin risau jugalah kita tengoknya. Bila Tanya, ada sakit kepala ke, jawabnya tidak (tak tahulah kalau dia tak beritahu perkara sebenar sebab takut nak cabut gigi lagi) tapi memang badan panas dan tak ada selera makan langsung.
Apa pun, aku sekeluarga harap anak sulung aku cepat sembuh. Kita yang dewasa ni pun, kalau Cabut Gigi Geraham Bawah boleh jadi demam inikan anak anak kecil kan? Tambah pula aku memang tengah risau ni sebab Gigi Geraham Bongsu Senget! last jumpa doctor gigi dia dah beritahu yang gigi belakang aku ni senget. Jadi, korang tahukan akibatnya? Arghhh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/03/gigi-geraham-bongsu-bengkak.html