Hanya Kabinet Boleh Putuskan Cadangan Pengambilalihan Lebuh Raya


Kumara Sabapatty Baru Bian
KUALA LUMPUR – Sebarang cadangan pengambilalihan mana- mana lebuhraya akan hanya diputuskan oleh Jemaah Menteri.

Menteri Kerja Raya Baru Bian memaklumkan, sebarang keputusan Kabinet  itu boleh dibuat selepas kajian dan syor daripada Kementerian Kerja Raya berhubung hala tuju tol di negara ini secara menyeluruh.

“Laporan kajian itu hanya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Julai 2019,” katanya.

Menurut Baru Bian, kementerian telah melantik perunding audit bebas bartauliah pada Januari 2019 bagi meneliti dan mengkaji secara holistik hala tuju industri tol di negara ini.

“Antara prinsip atau kriteria utama kajian berkenaan ialah mencadangkan opsyen-opsyen yang munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak yang berkepentingan iaitu kerajaan, syarikat konsesi, dan juga rakyat sebagai pengguna

“Meminimumkan beban kewangan kerajaan dan memastikan piawaian operasi dan selenggara lebuh raya sedia ada tidak terjejas, juga antara perkara yang harus diutamakan,” tegasnya lagi.

Baru Bian berkata demikian selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mengenai tawaran Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) kepada empat pemegang konsesi tol yang membabitkan kos sebanyak RM6.2 bilion.

Keempat-empat lebuh raya itu dikuasai oleh Gamuda Berhad.

Cadangan pengambilalihan itu melibatkan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) pada nilai RM2.47 bilion dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) pada kos RM1.984 bilion.

Manakala KESAS Sdn Bhd pada RM1.377 bilion dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) RM369 juta.

Guan Eng berkata, jika semua proses berjalan lancar, proses pengambilalihan itu akan dibuat pada 31 Disember ini.

Gamuda Bhd yang juga pemegang saham terbesar dalam keempat-empat pengendali lebuh raya terbabit dalam notis kepada Bursa Malaysia semalam memberitahu, surat tawaran itu bagi mengambil alih semua kepentingan termasuk saham biasa, saham keutamaan dan saham pinjaman.

Menurutnya, tawaran itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc yang akan dikenal pasti kemudian. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/hanya-kabinet-boleh-putuskan-cadangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya Selepas Laporan Kepada Kabinet

Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya Selepas Laporan Kepada Kabinet

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 327 hits
Cadangan pengambilalihan mana mana lebuh raya hanya akan diputuskan selepas laporan kajian dibentangkan kepada kabinet bulan depan JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TEL...
Pengambilalihan Lebuh Raya Keputusan Akan Diumum Beberapa Minggu Lagi

Pengambilalihan Lebuh Raya Keputusan Akan Diumum Beberapa Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 272 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pengambilalihan Lebuh Raya Dijangka Dibincang Dalam Tempoh Terdekat

Pengambilalihan Lebuh Raya Dijangka Dibincang Dalam Tempoh Terdekat

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 249 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Tolong Tulis Tololnya Beli Lebuh Raya Tol

Tolong Tulis Tololnya Beli Lebuh Raya Tol

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 209 hits
Rosli Khan Free Malaysia TodayKelmarin kawan saya yang agak rapat menghantar satu pesanan SMS dengan tajuk yang tersebut di atas Dia agak marah dan kecewa kerana kerajaan Pakatan Harapan seolah olah menangguk di air keruh dalam menangani is...
Kerajaan Ambil Alih 4 Konsesi Lebuh Raya Mulai 1 Januari Ini

Kerajaan Ambil Alih 4 Konsesi Lebuh Raya Mulai 1 Januari Ini

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 221 hits
PUTRAJAYA Pengambilalihan empat konsesi lebuh raya bertol di negara ini dijangka bermula 1 Januari 2020 dengan harga yang ditawarkan kerajaan sebanyak RM6 2 bilion bagi keempat empat lebuh raya terbabit Lebuh raya itu Lebuhraya Damansara Pu...
Al Fatihah 2 Maut 7 Cedera Kemalangan Babitkan 3 Buah Kenderaan Di Lebuh Raya Senai Desaru

Al Fatihah 2 Maut 7 Cedera Kemalangan Babitkan 3 Buah Kenderaan Di Lebuh Raya Senai Desaru

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 908 hits
Johor Dua maut manakala tujuh lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 59 5 Lebuh Raya Senai Desaru dalam kejadian awal pagi tadi Ketiga tiga kenderaan terlibat adalah jenis Honda HRV P...
Hanya Berkongsi Gambar Di Media Sosial Boleh Dapat Duit Dalam Usd

Hanya Berkongsi Gambar Di Media Sosial Boleh Dapat Duit Dalam Usd

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 423 hits
CN percaya pasti rata rata dikalangan kita ada satu akaun media sosial sama ada facebook atau instagram Ataupun konon konon media social influencer macam CN ni mesti ada kedua dua akaun facebook dan instagram untuk menyebarkan pengaruh dan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching