Hanya Bawa Anak Telefon Bimbit Diana Rafar Masih Trauma Cerita Detik Cemas Banjir


Melihat daratan yang berubah menjadi lautan sekelip mata meninggalkan trauma yang cukup mendalam di hati mangsa banjir. Pelakon, Diana Rafar turut merasakan hal yang sama malah masih berada dalam keadaan trauma dan masih sukar melupakan kejadian banjir yang melandanya dan anak-anak pada Sabtu lalu.
Kata Diana menerusi perkongsiannya di Berita Harian, insiden itu tidak mungkin dapat dilupakannya sampai bila-bila malah kini dia trauma untuk pulang ke kediaman jenis kondominium yang menjadi rumah persinggahan mereka sekeluarga di Seksyen 13, Shah Alam.

Kedudukan kediamannya yang berada di aras enam membolehkan Diana melihat semua yang berlaku sekelip mata. Malah sempat melihat seorang warga emas yang melambai-lambai meminta bantuan. Semuanya berlaku sekelip mata.
“Hujan sangat lebat dan angin bertiup kencang. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dalam sekelip mata, air mula memenuhi kawasan persekitaran kondominium.
“Saya sempat meninjau ke luar tingkap. Saya ternampak seorang warga emas melambai-lambai meminta bantuan kerana keretanya ditenggelami air.

“Saya jadi panik kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Alhamdulillah, lelaki terbabit akhirnya berjaya menyelamatkan diri,” katanya berkongsi.

Mula panik bila ada penduduk terperangkap
Menurut kata Diana, dia kemudiannya mendengar pengumuman dibuat pengurusan kondominium agar semua penduduk turun. Untungnya ketika itu dia berada berdekatan dengan rumah kakaknya, Linda Rafar.
“Saya panik semula. Kebetulan kakak (Linda) tinggal bertentangan rumah saya. Kami kelam-kabut turun tanpa sempat mencapai apa-apa.
“Saya hanya membawa telefon bimbit dan anak. Rumah juga dibiarkan tidak berkunci akibat terlalu kelam-kabut. Kami juga terpaksa turun menggunakan tangga kerana perkhidmatan lif tergendala,” katanya.

Diana berkata, sebaik tiba di arah bawah, keadaan bertambah huru-hara apabila semua penduduk berkumpul dan air di luar kondominium makin deras seperti ombak.
Keadaan bertambah kecoh apabila dua penduduk dikatakan terperangkap dalam kenderaan di parkir aras bawah ketika dipercayai cuba menyelamatkan kereta.
“Saya sangat panik lebih-lebih lagi mendapat tahu ada penduduk terperangkap dan dikhuatiri lemas. Air dari sungai berhampiran melimpah dengan deras lalu memasuki ruang parkir aras bawah,” kongsi Diana yang sempat merakam video ketika situasi cemas itu.
Diana berkata, risau kemungkinan air naik dan mula terfikirkan anak-anak, dia dan Linda kembali ke unit kediaman masing-masing.

“Saya dan Linda sangat bimbang jika keadaan bertambah buruk. Lebih-lebih lagi, bekalan elektrik sudah terputus. Kami tidak mampu bertenang.
“Jantung saya berdegup laju sepanjang malam akibat terlalu risau. Linda pula sukar bernafas disebabkan macam-macam bermain dalam fikiran.
“Ketika itu, kami hanya memikirkan soal mati. Saya hanya mampu berdoa dan berzikir sepanjang malam melihatkan air yang bertakung seperti lautan di sekeliling kondominium,” katanya.

Tak mampu lelapkan mata
Malah kata Diana lagi, sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan pelbagai perkara buruk tambah pula suaminya ketika itu tidak ada bersama. Dia tidak mampu melelapkan mata.
“Saya merasakan malam terlalu panjang sehingga terfikir apakah dunia akan kiamat. Saya pernah terbaca, sebelum kiamat dunia akan gelap selama tujuh hari,”kongsinya lagi.
Tambah Diana, dia dan Linda masing-masing memakai tudung dan menyarung jaket sepanjang malam supaya andai berlaku kejadian tidak diingini, mereka sudah bersedia. Namun dia bersyukur keesokan harinya, air mula surut.

“Saya dan Linda buat keputusan meninggalkan kediaman kami dan menumpang sementara di rumah kakak.
“Saya sangat trauma. Suami ada mengajak menjenguk kondominium kami, tetapi saya masih belum bersedia.
“Saya terkejut dan tidak sangka sebaik mendapat tahu banyak tempat yang lebih teruk seperti di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam,” kongsinya lagi.
Kata Diana, sehingga kini dia masih trauma dengan insiden itu malah setiap kali mengenangkan kejadian ‘hitam’ itu, hatinya amat tersentuh dan bulu roma berdiri.
Menarik: Baru 1 Tahun 10 Bulan Dah Tak Pakai Pampers, Cara Ibu Ni Potty Train Anak Memang Sempoi

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Harian Metro
The post “Hanya Bawa Anak & Telefon Bimbit” Diana Rafar Masih Trauma, Cerita Detik Cemas Banjir! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-bawa-anak-telefon-bimbit-diana-rafar-masih-trauma-cerita-detik-cemas-banjir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalaulah Anak Tak Bangun Ke Toilet Shila Amzah Kongsi Cerita Detik Cemas Lalui Banjir

Kalaulah Anak Tak Bangun Ke Toilet Shila Amzah Kongsi Cerita Detik Cemas Lalui Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 202 hits
Tanpa persediaan mental dan fizikal banjir besar yang melanda Lembah Klang pada Sabtu lalu benar benar meninggalkan kesan pada semua Penyanyi Shila Hamzah antara yang turut berdepan detik cemas melalui situasi banjir apabila rumahnya tiba t...
Hiburan Saya Hanya Ingat Mati Diana Rafar Akui Trauma Dengan Insiden Banjir

Hiburan Saya Hanya Ingat Mati Diana Rafar Akui Trauma Dengan Insiden Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 384 hits
Pelakon berhadapan suasana kelam kabut dengan persekitaran yang berubah menjadi lautan bergelora membuatkan dia hanya terfikir soal ajal Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar mengakui tidak dapat melupakan peristiwa itu Malah sehing...
Saya Hanya Ingat M4ti Diana Rafar Luah Rasa Trauuma Kongsi Apa Yg Telah Terjadi Pada Kediamannya

Saya Hanya Ingat M4ti Diana Rafar Luah Rasa Trauuma Kongsi Apa Yg Telah Terjadi Pada Kediamannya

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Suasana kelam kabut persis babak filem bencana alam Hollywood dengan persekitaran berubah menjadi lautan bergelora disaksikan Diana Rafar di kediamannya di Shah Alam Sabtu lalu membuatkan pelakon itu hanya terfikir soal ajal
Mungkin Salah Faham Anak Arwah Gmie Sangsi Ds Vida Buka Cerita Soal Minta Bantuan

Mungkin Salah Faham Anak Arwah Gmie Sangsi Ds Vida Buka Cerita Soal Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 377 hits
Anak sulung kepada Allahyarham Gmie Siti Hadirah tampil menafikan mengenai dakwaan bapanya itu pernah meminta bantuan kewangan daripada jutawan kosmetik itu Ujar Siti apa yang diceritakan DS Vida mengenai wakil kepada arwah bapanya pernah m...
Video Ingat Nak Iibas Bawa Tali Pinggang Nak Marah Anak Rupanya Jadi Uiar Buat Warganet Terhibur

Video Ingat Nak Iibas Bawa Tali Pinggang Nak Marah Anak Rupanya Jadi Uiar Buat Warganet Terhibur

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 224 hits
Menjadi seorang yang bergeIar ayah bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang disangkakan Selain merupakan ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjaga kestabilan keluarga ayah juga merupakan pelindung buat anak a...
Hampir Setahun Berhijrah Ke Australia Dayah Bakar Bawa Suami Anak Pulang Ke Tanah Air

Hampir Setahun Berhijrah Ke Australia Dayah Bakar Bawa Suami Anak Pulang Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 395 hits
Pengacara Dayah Bakar selamat pulang ke tanah air tercinta bersama suami Kapten Muhammad Hanif Hamidi dan cahaya mata mereka Achbar Muhammad Fahri setelah hampir setahun berhijrah ke Australia Menerusi perkongsian di laman Instagram Dayah a...
Pengalaman Bawa Anak Pi Cucuk Vaksin Covid 19

Pengalaman Bawa Anak Pi Cucuk Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 348 hits
Assalammualaikum Dunia Huhuuu citer lama sebab ini adalah jarang jarang berlaku kan maka cikbunga letak sini juga Simpan sini Nie jugak Nak jugak budak nie Untuk tatapan diri sendiri jew Alhamdulillah anakanda cikbunga sudah lengkap 2 dos v...
Isteri Pm Anak Sulung Lawat Mangsa Banjir

Isteri Pm Anak Sulung Lawat Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 215 hits
SHAH ALAM Beberapa Pusat Pemindahan Sementara di Selangor menerima kunjungan daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin bersama anak perempuannya Datin Nina Sabrina Ismail Sabri pada Isnin Menurut satu kenyataan media ...
Jangan Biar Anak Main Air Banjir Dr Izzar Kongsi Kotornya Air Banjir Boleh Jadi Punca Penyakit

Jangan Biar Anak Main Air Banjir Dr Izzar Kongsi Kotornya Air Banjir Boleh Jadi Punca Penyakit

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 266 hits
Doktor selebriti Dr Izzar Anwar berkongsi beberapa pesanan berkenaan penjagaan kesihatan buat semua masyarakat memandangkan sekarang ini merupakan musim hujan dan banjir Menurutnya jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan jika terdapat s...
7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco