Hanya 730 Hektar Diguna Untuk Dusun Durian Mb Kedah



ALOR SETAR: Rekod terkini menunjukkan hanya kira-kira 730ha (1,800 ekar) hutan di Kedah dijadikan dusun durian, kata Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor, susulan beberapa dakwaan mengenai dusun “Musang King terbesar” di dunia yang sedang dibangunkan di daerah pedalaman Baling dan Kulim.
Sebuah video tidak bertarikh yang tersebar menunjukkan seorang lelaki mendakwa kawasan Gunung Inas akan bertukar menjadi “dusun durian terbesar” seluas 30,000 ekar tidak lama lagi, dengan 500 anak pokok Musang King sudah ditanam.
Sanusi berkata, walaupun terdapat maklumat sekitar 30,000 ekar tanah sedang dibersihkan, pihak berkuasa negeri tidak pasti jika semua tanah itu terdiri daripada dusun durian.
Katanya, siasatan sedang dilakukan untuk memastikan angka terkini. Rekod terbaru di Jabatan Perhutanan Kedah menunjukkan hanya 5% atau 15,380ha hutan di negeri ini dibenarkan untuk dibangunkan menjadi hutan pertanian (ladang hutan).
Beliau berkata, hanya 20% atau 3,076ha daripada 5% kuota ladang hutan itu dibenarkan untuk aktiviti penanaman durian oleh kerajaan Kedah terdahulu sebelum Mei 2020.
Katanya, daripada tanah seluas 3,076ha itu, kira-kira 730ha ditukar menjadi dusun durian, kebanyakannya di Gunung Inas, tenggara Kedah.
“Mengenai sebuah video yang tular itu, saya difahamkan ia adalah video lama, sebelum saya mengarahkan projek itu dihentikan Julai tahun lalu. Saya tidak tahu siapa orang-orang dalam video itu, atau jika syarikat mereka dibenarkan untuk membangunkan ladang hutan.

“Saya tidak tahu mengapa video itu disebarkan lagi. Tetapi, saya telah meminta laporan terperinci dan terkini, serta tindakan lanjut akan diambil selepas itu,” katanya ketika dihubungi.
Dalam kronologi pembangunan Gunung Inas, Sanusi berkata, kawasan yang dibersihkan pada 2007 dimulakan sebagai projek “penanaman hutan gantian” oleh Kedah Agro Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar, dengan sebuah syarikat usaha sama lain yang tidak dinamakan.
Semasa PAS mengambil alih kerajaan Kedah pada 2008, projek itu diteruskan syarikat berkaitan kerajaan negeri, Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd. Balak yang dihasilkan di hutan itu diserahkan kepada Jabatan Perhutanan negeri untuk dijual menerusi tender terbuka.
Pada 2012, kawasan itu ditukarkan menjadi projek getah klon balak (TLC), seluas 400 ekar dalam fasa pertamanya sebagai sebahagian projek Ladang Rakyat. Dividen daripada hasil pertanian TLC kemudiannya diagihkan kepada 300 penduduk miskin di Baling dan kawasan sekitarnya, kata beliau.
Sanusi berkata, ketika kerajaan negeri bertukar tangan kepada Barisan Nasional pada 2013, projek Ladang Rakyat dihentikan dan projek TLC diserahkan kepada syarikat lain.
Beliau berkata, projek TLC kemudian dibatalkan untuk memberi laluan kepada penanaman durian Musang King dan daripada hutan pengeluaran seluas 12,355 ekar yang diluluskan sebelum itu, kawasan yang dibersihkan itu diperluas kepada 30,000 ekar menjelang 2019.

Katanya, syarikat yang diberikan projek itu pada 2013 kemudiannya menjual hak mereka di ladang berkenaan kepada syarikat lain.
Pada 2019, beliau berkata, banyak kejadian banjir kilat dan lumpur yang menjejaskan penduduk di bawah lembah bukit itu.
Katanya, selepas mengambil alih jawatan menteri besar pada Mei tahun lalu, beliau mengarahkan syarikat itu menghentikan semua dusun durian di sana.
Sejak itu, beliau berkata, syarikat terlibat dalam penanaman durian diberikan perintah tegas untuk menanam semula pokok di kawasan yang dibersihkan bagi mengurangkan hakisan tanah.
“Pendirian kami jelas, semua undang-undang harus dipatuhi. Projek ladang hutan seperti ini tertakluk kepada peraturan di bawah Jabatan Perhutanan, yang hanya membenarkan 20% daripada ladang tersebut memiliki pokok buah-buahan.
“Pada waktu itu, dalam Julai tahun lalu, 2,000 ekar sudah ditanam dengan pokok Musang King.”

The post Hanya 730 hektar diguna untuk dusun durian – MB Kedah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/07/hanya-730-hektar-diguna-untuk-dusun-durian-mb-kedah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hanya-730-hektar-diguna-untuk-dusun-durian-mb-kedah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dusun Musang King Terbesar Dunia Di Kedah

Dusun Musang King Terbesar Dunia Di Kedah

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 274 hits
Dusun Musang King terbesar dunia di Kedah Kami akan siasat kata MB KedahPredeep NambiarSeorang individu mendakwa dalam video bahawa lereng bukit akan dibersihkan untuk menanam pokok durian dalam dusun terbesar di dunia ALOR SETAR Kedah akan...
Craving Roti Jala Cicah Serawa Durian Ayuh Buat

Craving Roti Jala Cicah Serawa Durian Ayuh Buat

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 317 hits
Salam to all readers Craving Roti Jala Cicah Serawa Durian Ayuh Buat Sekarang musim durian macam macam pesen durian keluar durian kawenlah durian king durian kampung Ahh sudah aku beli guna foodpanda je haritu Dah lama tak beli simpan peti ...
Kucing Berebut Durian Sampai Kena Gigit Dengan Tuan

Kucing Berebut Durian Sampai Kena Gigit Dengan Tuan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 189 hits
Sesiapa yang memiliki kucing di rumah pasti tahu bagaimana aksi kucing mereka apabila terhidu bau busuk Mereka akan cuba menggali dan menimbus sumber bau busuk itu seperti mana mereka lakukan selepas membuang najis Apa yang lucu itulah juga...
Melayat Warga Meninggal Kepala Dusun Di Kupang Ditikam Tetangga Pakai Sangkur

Melayat Warga Meninggal Kepala Dusun Di Kupang Ditikam Tetangga Pakai Sangkur

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 189 hits
Kasus penganiayaan menggunakan senjata tajam yang mengakibatkan orang luka berat ini sudah dilaporkan kerabat korban ke Polres Kupang
Beli Durian Box Musang King Box D24

Beli Durian Box Musang King Box D24

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 352 hits
Beli Durian Musang King Box Segar Dah dekat sebulan gambar durian lalu lalang kat wall FB dan juga group delivery yang saya join Macam macam versi durian yang ada dan kebanyakannya saya nampak datang dari Pahang Hmm saya memang pantang namp...
Kluster Binaan Kilang Terus Meningkat Tapi Dibenar Operasi Prinsip Apa Diguna Pakai

Kluster Binaan Kilang Terus Meningkat Tapi Dibenar Operasi Prinsip Apa Diguna Pakai

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 161 hits
ismaweb comBezakan jerung dan ikan bilis tak bantu kembang ekonomi rakyatBANGI 12 Jamadilakhir 1442H Isnin Walaupun kluster tapak binaan dan kilang menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes COVID 19 sektor berkenaan bagaimanapun ma...
Warganet Sekolahkan Ketua Pemuda Umno Tengku Zafrul Sahkan Tabung Harapan Diguna Bayar Hutang 1mdb

Warganet Sekolahkan Ketua Pemuda Umno Tengku Zafrul Sahkan Tabung Harapan Diguna Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 218 hits
Pada 26 Januari 2021 di Parlimen pasal Tabung Harapan Aku harap PRU dpn org Pasir Puteh bgi la chance pulak kt Dr Asyraf Wajdi jdi YB kesian kt dia byk isu kt Parlimen dia terlepas sbb lama tak masuk Parlimen PKP Pipit Kena Picit Terdapat j...
Durian Planter Pls Appoints Nazir Razak As New Chairman

Durian Planter Pls Appoints Nazir Razak As New Chairman

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Durian company has appointed former boss Datuk Seri Nazir Razak as its new chairman effective Feb 10 Joining Nazir on board is former CIMB senior banker Tan Hong Kheng PLS current chairman Tan Sri Lim Kang Hoo will be redesigna...
Kedah Tunggu Isyarat Perlawanan Persahabatan

Kedah Tunggu Isyarat Perlawanan Persahabatan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 218 hits
Alor Setar Kedah Darul Aman FC sedang merancang beberapa siri perlawanan persahabatan menjelang aksi Liga Malaysia yang bermula dengan perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta zim bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah pada 5 Mac depan ...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Jika Pasangan Anda Di Spektrum Autisme

Makanan Retort Mudahkan Pengurusan Bantuan Makanan

Aplikasi Teknologi Geofizik Dalam Pengurusan Tanah Tercemar

Kuih Buah Tanjung Kelantan

Kad Ic Suica Dan Menikmati Ramen Pertama Di Nikoniko Mazemen Akihabara

Perbezaan Antara Heavy Cream Dan Cooking Cream Panduan Terperinci