Hantar Etnik Rohingya Pulang Ke Myanmar Penyelesaian Terbaik



KUALA LUMPUR: Penghantaran pulang etnik Rohingya di Malaysia ke Myanmar, dilihat sebagai penyelesaian terbaik bagi polemik membabitkan etnik itu yang hangat dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini

Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, berkata saranan itu selaras keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Januari lalu, yang mengarahkan Myanmar mengambil langkah segera melindungi etnik Rohingya serta menyimpan bukti jenayah yang dilakukan terhadap mereka

Shahul Hamid berkata, semua pihak perlu menyedari bahawa status asal etnik Rohingya di negara ini adalah pendatang tanpa izin (PATI) dan hanya diterima berlindung di Malaysia atas dasar kemanusiaan

"Seperti mana kita menangkap PATI dari India, Pakistan atau negara lain, yang kemudian dihantar pulang ke negara asal, begitu juga boleh kita lakukan pada etnik Rohingya

"Jaminan keselamatan mereka sebaik pulang ke Myanmar pula adalah di bawah tanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia bukan urusan kita


"Dulu memang perkara ini tidak boleh dilakukan kerana Myanmar enggan menerima mereka, namun selepas keputusan ICJ, saya kira ini adalah langkah terbaik dan tiba masa untuk kerajaan bertindak tegas," katanya kepada BH, hari ini

Polemik membabitkan etnik Rohingya di Malaysia timbul baru-baru ini susulan tersebar surat daripada Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani kepada kerajaan, menuntut etnik itu dibenarkan bekerja, mengurangkan kos rawatan mereka dan mewajibkan majikan yang menggajikan etnik Rohingya menyediakan perlindungan insurans

Zafar Ahmad turut didakwa menuntut hak kerakyatan penuh dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa menghalang kapal membawa pelarian etnik itu daripada mendarat di negara ini, namun beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu dan menyifatkannya sebagai tuduhan palsu, selain menafikan beliau melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Shahul Hamid berkata, langkah lain yang boleh dilakukan kerajaan ialah menempatkan etnik Rohingya di satu kawasan khusus, seperti dilakukan terhadap pelarian Vietnam yang ditempatkan di Pulau Bidong, Terengganu antara 1978 hingga 1990

"Kita boleh tempatkan mereka di satu kawasan khas dan minta PBB uruskan, sama ada untuk hantar ke negara ketiga atau kembali ke negara asal," katanya

Selain Rohingya, Shahul Hamid berkata, kerajaan juga perlu menghantar pulang semua pelarian lain yang memegang kad pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ke negara asal masing-masing secara berperingkat

Jelasnya, ia termasuk lebih 50,000 etnik Chin, Mun dan lain-lain dari Myanmar, selain warga Sri Lanka, Syria, Yaman dan lain-lain

"Hakikatnya, kita sudah tidak mampu menampung jumlah PATI atau pelarian yang terlalu ramai kerana negara sedang berdepan cabaran ekonomi, dan tumpuan kerajaan perlu fokus pada rakyat negara ini," katanya

Menurut maklumat sumber, seramai 154,080 pelarian Myanmar berdaftar merangkumi 101,010 etnik Rohingya, Chin (22,810) serta lain-lain (30,250) direkodkan berada di negara ini setakat Februari lalu

Selain itu, seramai 24,900 pelarian lain turut direkodkan berada di negara ini, antaranya 6,600 dari Pakistan, Yaman (3,680), Somalia (3,290), Syria (3,290), Afghanistan (2,590), Sri Lanka (1,830), Iraq (1,270), Palestin (790) dan lain-lain

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/2SkbZdO
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/hantar-etnik-rohingya-pulang-ke-myanmar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Tuntut Kerajaan Hantar Pulang Pelarian Myanmar

Rakyat Malaysia Tuntut Kerajaan Hantar Pulang Pelarian Myanmar

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1018 hits
Surat terbuka tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya MalaysiaDari MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR Kepada ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI Tarikh 23 APRIL 2020TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGY...
Tetapkan Had Jumlah Etnik Rohingya Di Malaysia Berdasarkan Kemampuan Negara Prof Uum

Tetapkan Had Jumlah Etnik Rohingya Di Malaysia Berdasarkan Kemampuan Negara Prof Uum

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu menetapkan had jumlah pelarian Rohingya yang dibenarkan berada di negara ini berdasarkan kemampuan Malaysia menguruskan etnik itu Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof D...
Sentimen Kebencian Kepada Etnik Rohingya Membimbangkan Macsa

Sentimen Kebencian Kepada Etnik Rohingya Membimbangkan Macsa

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 248 hits
Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat Malaysia menyuarakan kebimbangan dalam perdebatan berhubung isu mengimbangi hak kedaulatan negara Malaysia dan tanggungjawab negara terhadap pelarian membabitkan etnik kumpulan Rohingy...
Apmm Tahan Empat Lagi Dalang Seludup Etnik Rohingya Ke Malaysia

Apmm Tahan Empat Lagi Dalang Seludup Etnik Rohingya Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 338 hits
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan empat lagi lelaki warga Myanmar yang disyaki menjadi dalang dalam penyeludupan 202 etnik Rohingya ke negara ini di perairan Langkawi pada 5 April lepas Timbalan Pengarah Operasi APMM Kedah dan ...
Katanya Baru Discaj Dari Wad Polis Hantar Warga Emas Berkerusi Roda Pulang Rumah

Katanya Baru Discaj Dari Wad Polis Hantar Warga Emas Berkerusi Roda Pulang Rumah

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 632 hits
Sejak PKP dilaksanakan pelbagai kisah mengenai nasib nasib golongan memerlukan berlegar di media sosial Kebanyakan perkongsian pastinya mendapat perhatian warganet dan secara tidak langsung menyentuh hati mereka Menerusi banyak perkongsian ...
Ingkar Pkp Remaja Hantar Mayat Kekasih Pulang Mengaku Salah

Ingkar Pkp Remaja Hantar Mayat Kekasih Pulang Mengaku Salah

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 577 hits
Terdahulu tular kes seorang remaja lelaki menghantar pulang mayat teman wanitanya di rumah mangsa tanpa pengetahuan keluarga selepas terlibat dalam satu kemalangan Susulan daripada itu seorang pelajar tingkatan lima yang merupakan teman lel...
Simpati Bukan Bererti Terima Masuk Etnik Rohingya Ke Malaysia Profesor Upm

Simpati Bukan Bererti Terima Masuk Etnik Rohingya Ke Malaysia Profesor Upm

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR Tidak semestinya perasaan simpati kepada etnik Rohingya perlu diterjemah kepada kesediaan menerima masuk mereka ke negara ini Penyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Prof Dr Abdul Muati Ahmad berpandang...
Surat Terbuka Tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia

Surat Terbuka Tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 569 hits
Dari MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR Kepada ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI Tarikh 23 APRIL 2020TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGYA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL TERMASUK JUGA PRESIDEN Menurut perkara diatas surat tuntutan ...
Pas Umno Sebelum Pru14 Lancar Misi Bantu Etnik Rohingya Sekarang Dalam Pn

Pas Umno Sebelum Pru14 Lancar Misi Bantu Etnik Rohingya Sekarang Dalam Pn

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 381 hits
Apabila kerajaan Perikatan Nasional telah berkuasa pendekatan yang diambil pendekar Melayu Islam tersebut terhadap nasib pelarian Rohingya dilihat sudah berbeza selar Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin S...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism