Hannah Delisha Mahu Terus Istiqamah







Selepas tampil bertudung awal bulan ini, pelakon Hannah Delisha, 24, kini berdepan ujian sama ada dia cukup bersedia atau tidak untuk menutup aurat.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch berkata, dia bersyukur keputusannya itu mendapat reaksi positif yang luar biasa dan meminta doa semua supaya dirinya terus istiqamah.

"Sebenarnya, penghujung Ramadan lalu saya sudah tergerak hati mahu bertudung. Saya pasang niat selepas tamat penggambaran drama Cinta Sekali Lagi, saya akan bertudung.

"Selepas tamat penggambaran, saya bertanya kepada diri sendiri betulkah saya bersedia untuk bertudung? Biasalah, apabila sudah pasang niat baik, ada sahaja bisikan yang mengganggu.

"Tak sangka pula dapat reaksi luar biasa. Apabila baca komen-komen, banyak yang positif dan mendoakan saya terus istiqamah. Ramai yang bertanya apa sebab saya memutuskan untuk bertudung. Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan, namun rasanya memang sangat indah. Ada rasa perasaan bercampur baur antara tenang, rasa kurang selamat, sayu sebab saya hanya cuma mahu jadi hamba Allah yang baik," katanya.

Bagaimanapun, Hannah menafikan keputusan itu dibuat disebabkan dia mahu berkahwin dalam masa terdekat ini.

Pelakon berasal dari Singapura itu berkongsi mengenai sebab dia bertudung menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube.

Hannah berharap perkongsiannya itu akan menjadi inspirasi kepada wanita Islam lain yang berdepan keraguan sama.

"Tiada siapa yang boleh menilai iman kita kecuali Allah. Saya harap kisah ringkas saya ini boleh menjadi inspirasi kepada wanita lain yang rasa masih persoalkan diri, tercari jawapan sama ada mahu pakai tudung atau tak.

"Insya-Allah, apabila kita sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah, semuanya akan terjaga. Cuma ingat, apabila Allah tarik nyawa kita, kita sudah tidak fikir pendapat orang lain. Kita hanya perlu fikir apa yang Allah fikir mengenai kita," katanya.

Terdahulu, pelakon itu memuat naik gambar dia bertudung dengan menulis kapsyen 'Bismillah' pada 7 September lalu di Instagram.

Ia mendapat lebih 300,000 tanda suka dan lebih 5,000 komen positif.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/09/hannah-delisha-mahu-terus-istiqamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tampil Berhijab Dengan Kapsyen Bismillah Di Instagram Netizen Doakan Hannah Delisha Terus Istiqamah

Tampil Berhijab Dengan Kapsyen Bismillah Di Instagram Netizen Doakan Hannah Delisha Terus Istiqamah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 409 hits
Pelakon cantik Hannah Delisha nampaknya telah mencetuskan teka teki dalam kalangan peminat apabila memuat naik foto dirinya mengenakan hijab menerusi ruangan Instagram miliknya Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch 23 t...
Bertudung Bukan Sebab Nak Kahwin Tapi Mahu Jadi Muslimah Yang Baik Hannah Delisha

Bertudung Bukan Sebab Nak Kahwin Tapi Mahu Jadi Muslimah Yang Baik Hannah Delisha

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 1121 hits
Pelakon drama Cinta Sekali Lagi iaitu Hannah Delisha memuatnaik foto bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah mendapat perhatian dan pujian ramai Foto dan kapsyen tersebut seolah memberi bayangan bahawa pelakon kelahiran Singapura ini su...
Niat Berhijrah Terpaksa Ditangguhkan Dahulu Muatnaik Foto Bertudung Hannah Delisha Buka Cerita

Niat Berhijrah Terpaksa Ditangguhkan Dahulu Muatnaik Foto Bertudung Hannah Delisha Buka Cerita

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 914 hits
Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk berhijrah akhirnya pelakon kelahiran Singapura Hannah Delisha 24 tekad untuk terus berhijab Menerusi perkongsian menerusi entri Instagram Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch ...
Hiburan Tampil Manis Dan Cantik Netizen Doakan Emelda Rosemila Terus Istiqamah Dalam Berhijab

Hiburan Tampil Manis Dan Cantik Netizen Doakan Emelda Rosemila Terus Istiqamah Dalam Berhijab

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 367 hits
Memuat naik foto tampil berhijab pelakon Imelda Rosemila kelihatan cantik dan manis ketika menggayakan tudung di ruangan instagram miliknya Lantas ianya ternyata telah menarik perhatian netizen dan peminat yang mengikuti perkembangan pelako...
Hiburan Sudah Lama Simpan Niat Hannah Delisha Nekad Berhijab

Hiburan Sudah Lama Simpan Niat Hannah Delisha Nekad Berhijab

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 635 hits
Kecoh di laman Instagram kelmarin apabila pelakon jelita Hannah Delisha seakan menjadi tumpuan warganet selepas dirinya tampil memuat naik sekeping gambarnya mengenakan hijab dengan kapsyen Bismillah Seolah memberi gambaran positif terhadap...
Manisnya Bila Hannah Delisha Berhijab

Manisnya Bila Hannah Delisha Berhijab

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 458 hits
Thank you all for your kind dua a My dua a may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan kongsi Hannah Delisha yang kini bertambah manis bila berhijab Menurutnya dia sudah berniat mahu memakai hijab s...
Hero Heroin Yang Saya Suka Foto Aeril Zafrel Dengan Hannah Delisha

Hero Heroin Yang Saya Suka Foto Aeril Zafrel Dengan Hannah Delisha

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 585 hits
Kedua duanya bergelar pelakon dan bukanlah terlalu baru dalam industri hiburan tanah air Aeril Zafrel yang cukup terkenal dengan watak lakonan serius namun di sosial media boleh tahan kelakar juga orangnya Memiliki perniagaan sendiri namun ...
Menteri Pn Jangan Terus Membuli Vevenoah Mahasiswa Ph

Menteri Pn Jangan Terus Membuli Vevenoah Mahasiswa Ph

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 333 hits
Kerajaan Perikatan Nasional seharusnya peka dengan penderitaan rakyat bukannya terus membuli pihak yang mengkritik kelemahan mereka Bagi Mahasiswa Pakatan Harapan tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidi...
Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 4 Bella Aliff Terus Tabah Hadapi Ujian

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 4 Bella Aliff Terus Tabah Hadapi Ujian

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 436 hits
Hari ini menandakan ulang tahun ke 4 untuk kita sayang Saling mengenali selama tujuh tahun dan menempuh banyak rintangan bersama selama itu Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat ujar Aliff Aziz...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation