Hang Fitnah Aku Aku Fitnah Hang


 
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar, membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung kenyataan fitnah yang dibuat pada 2020.
Hakim Dr Arik Sanusi Yeop Johari membuat keputusan itu selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Muhammad Sanusi selaku plaintif terhadap Mahfuz sebagai defendan.

Mahkamah mendapati Mahfuz melakukan fitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dibuat Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang dikatakan adalah untuk kegunaan Menteri Besar.
Mahkamah memerintahkan Mahfuz membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM50,000 selain defendan perlu menanggung kos guaman berjumlah RM30,000 yang semuanya perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari.
Defendan turut diperintahkan membuat permintaan maaf secara terbuka di akhbar bahasa Melayu dan Inggeris selain turut membuat perkara sama di laman sosial Facebook milik Mahfuz mengikut yang ditetapkan Sanusi dalam tempoh 14 hari.
Mahkamah turut mengekalkan injuksi dimohon Sanusi bagi menghalang Mahfuz, ejen dan penyokongnya mengulangi kenyataan fitnah berkenaan termasuk tidak mengulang siar kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.
Dalam penghakimannya, Arik berkata tuduhan Mahfuz bahawa Muhammad Sanusi mengarahkan SADA membeli Toyota Vellfire bagi kegunaan peribadi Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu sebagai fitnah dan berniat jahat.
"Mahkamah mendapati kenyataan yang dikeluarkan defendan terhadap plaintif melalui Facebook bahawa kenderaan Vellfire yang menggunakan dana SADA adalah untuk kegunaan dan kepentingan peribadi plaintif adalah bersifat fitnah dan dibuat dengan niat jahat terhadap plaintif.
"Defendan sendiri mengakui dalam keterangannya bahawa kenyataan yang dikeluarkan beliau itu adalah berdasarkan satu dokumen kertas kerja yang beliau sendiri telah gagal mengesahkan sumber dan ketulenan sumber tersebut
"Plaintif berjaya membuktikan terdapat kenyataan media pihak SADA dan saksi plaintif mengesahkan bahawa kenderaan Toyota Vellfire dibeli untuk pengurusan tertinggi SADA dan orang-orang yang diberi kebenaran SADA dan bukan untuk kegunaan Menteri Besar Kedah," katanya.

Dalam prosiding berkenaan Muhammad Sanusi diwakili barisan peguam diketuai Yusfarizal Yussoff, Wan Rohimi Wan Daud, Mohd Faizi Che Abu dan Adam Luqman Amdan, manakala Muhammad Faiz Fadzil dan Faizal Abdullah mewakili Mahfuz.
Pada Oktober 2020, Muhammad Sanusi dilaporkan memfailkan saman fitnah ke atas beberapa pemimpin pembangkang yang mendakwa pembelian MPV Toyota Vellfire milik SADA itu adalah bagi kegunaannya.
Antara pemimpin berkenaan adalah Mahfuz yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena; bekas ADUN Pengkalan Kundor, Dr Ismail Salleh dan dua individu lain.
Muhammad Sanusi menjelaskan, pembelian kenderaan terbabit dibuat Jawatankuasa Perolehan Aset SADA secara dalaman dan dilakukan mengikut had perbelanjaan ditetapkan.
Sementara itu, Muhammad Faiz ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan secepat mungkin bagi penangguhan hukuman sementara defendan memfailkan rayuan berkenaan - BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/01/hang-fitnah-aku-aku-fitnah-hang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Sebar Fitnah Puteri Sarah Bakal Saman Pegawai Pemasaran Kita Tak Cari Publisiti Kita Guna Saluran Betul

Didakwa Sebar Fitnah Puteri Sarah Bakal Saman Pegawai Pemasaran Kita Tak Cari Publisiti Kita Guna Saluran Betul

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 227 hits
Aktres Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia bakal memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan mereka Wanita berkenaan telah ditemu bual program Melodi baru baru ini di mana dia telah men...
Kena Cergas Lawan Fitnah

Kena Cergas Lawan Fitnah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 150 hits
Pakatan Harapan perlu pemikiran luar kebiasaan ketika situasi lanskap politik cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat Justeru sudah tiba masanya semua barisan kepimpinan Pakatan Harapan memainkan per...
Walaun Cuba Fitnah Lagi

Walaun Cuba Fitnah Lagi

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 163 hits
Semalam aku kongsi satu post dari X yang paparkan keluhan seseorang akan kepayahan hidup Su pemilik posting tu cuba menyalahkan Madani Sekali rupanya post itu posting dari 2022 masa tu PN masih dalam kerajaan Tapi walaun tu crop bahagian ta...
Barua Ni Fitnah Lagi

Barua Ni Fitnah Lagi

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 176 hits
Puteri Jannah Pandai betul mkcik naga ni spin ayat kan Oiii mkcik sejak PMX jd PM ni aku tak pernah lagi nampk rakyat kibar bndera putih mkcik mabuk laut ke mabuk ape ni
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi