Handphone Murah Bawah Rm500 Edisi 2021
Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan, ramai yang mula mencari peranti seperti handphone/tablet/komputer untuk memenuhi kepeluan anak-anak mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Handphone murah bawah RM500 sudah memadai untuk mereka yang memiliki bajet sederhana.
Anda tidak memerlukan telefon berspesifikasi tinggi. Cukup sekadar lancar dan dapat memuat naik aplikasi terkini seperti Google Meet, Zoom Google Classroom, dan Microsoft Teams.
Mungkin juga anda memerlukan telefon kedua untuk handle urusan perniagaan atau sebagainya. Handphone bajet ini amat sesuai tugasan-tugasan ringan seperti video call, WhatsApp, menonton penstriman, dan sosial media.
Saya senaraikan handphone murah bawah RM500 berserta spesifikasi dan link pembelian online agar anda boleh beli pada harga yang lebih murah.
Handphone Murah Bawah RM500
1. Realme C11
Dilancarkan pada Julai 2020, C11 merupakan peranti kelas pertengahan yang baik dengan cipset Helio G35, 2GB RAM + 32GB, dan hadir dengan bateri sebesar 5000mAh.
Sekali pandang, C11 ini kelihatan seperti telefon flagship dek kerana skrin bernisbah 20:8 dan hampir penuh. Cukup lancar untuk kegunaan harian, tidak lag biarpun menggunakan beberapa aplikasi dalam satu masa. Bahkan, sesuai untuk gaming seperti PUBG Mobile dan Mobile Legend.
Baca: Realme C11 - Handphone Murah Bawah RM500 Terbaik
Chipset: MediaTek Helio G35 (12 nm)
Processor: Android 10, realme UI 1.0
Memori: 2GB RAM, 32GB ROM
Skrin: 6.5 inci
Bateri: 5000 mAh
Kamera: 13 MP, 2 MP, (Belakang), 5MP (Selfie)
Harga: RM448
Beli di sini: https://invol.co/cl2uy2i
2. Vivo Y11
Dengan RAM 3GB + ROM 32GB sudah cukup untuk membantu anda dalam menjalankan tugasan harian seperti video call, text, dan lain-lain. Cipset Snapdragon 439 ini lancar, dan dipadankan mula dengan kamera yang menghasilkan kualiti memuaskan.
BACA: 5 Handphone Murah Bawah RM400
Vivo bawah RM500 ini dan menjadi pilihan ramai khususnya pengguna sederhana. Malah, design telefon ini juga masih segar.
Chipset: Snapdragon 439
Processor: Android 9, Funtouch OS 9
Memori: 3GB RAM, 32GB ROM
Skrin: 6.35 inci
Bateri: 5000 mAh
Kamera: 13 MP, 2 MP, (Belakang), 8MP (Selfie)
Harga: Rm410
Beli di sini: https://invol.co/cl2uywx
3. Oppo A5S
Biarpun dilancarkan pada 2019, Oppo A5S masih menjadi pilihan mereka yang mencari telefon bajet. Designnya juga masih lagi boleh diterima pakai dan relevan untuk digunakan pada 2021. 3GB RAM + 32 GB ROM sudah mampu menjalankan tugasan harian seperti menonton penstriman Netflix, video call, dan permainan video yang ringan.
Oppo bawah RM500 ini amat sesuai dijadikan sebagai telefon pertama anak-anak.
Chipset: Mediatek MT6765 Helio P35
Memori: 3GB RAM, 32GB ROM
Skrin: 6.2 inci
Bateri: 4230 mAh
Kamera: 13 MP, 2 MP, (Belakang), 8MP (Selfie)
Harga: RM399
Beli di sini: https://invol.co/cl2uyy0
4. Redmi 8A
Handphone murah bawah RM500 yang seterusnya adalah Redmi 8A. Jenama di bawah naungan Xiaomi ini dilancarkan pada 2018 tetapi masih relevan untuk digunakan. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya sendiri guna telefon Redmi 8A ini sebagai telefon kedua.
Pada saya ia masih lancar dan dapat menerima update terkini dari semua aplikasi. Tak ada masalah lag untuk buat video call dan browsing. Recommended.
Chipset: Qualcomm Snapdragon 439
Processor: Android 9
Memori: 2GB RAM, 32GB ROM
Skrin: 6.22 inci HD Dot Drop Display
Bateri: 5000 mAh
Kamera: 12MP, (Belakang), 8MP (Selfie)
Harga: RM459
Beli di sini: https://invol.co/cl2uyzo
5. Realme C12
Ini merupakan versi yang dikemaskini, lebih lancar berbanding Realme C11 yang saya sebut di atas. Dikeluarkan pada September tahun 2020, C12 menjadi telefon yang cukup popular di kalangan golongan muda kerana memenuhi kehendak hiburan.
BACA: Handphone Murah Bawah RM300 [Edisi 2020]
Mana tidaknya, lihat sahaja designnya bak telefon premium. Pemproses MediaTek Helio G35 dengan gabungan memori 3GB RAM dan ruang storan 32GB sudah cukup untuk menikmati hiburan seperti permainan video, penstriman, sosial media, dan lain-lain.
Saiz bateri 6000mAh juga cukup besar dan anda tidak perlu risau akan bateri habis. Realme bawah RM500 ini memang berbaloi!
Chipset: MediaTek Helio G35
Processor: Android 10, Realme UI
Memori: 3GB RAM, 32GB ROM
Skrin: 6.5 inci
Bateri: 6000 mAh
Kamera: Triple camera 13 MP, 2 MP, 2 MP (Belakang), 5MP (Selfie)
Harga: RM489
Beli di sini: https://invol.co/cl2uz20
6. Redmi 9
Pada harga bawah RM500, anda boleh nikmati pelbagai spesifikasi mantap seperti chipset Helio G80, mengguna empat buah kamera, bateri sebesar 5020mAh, dan menggunakan kabel USB Type-C.
Redmi 9 ini hadir dengan 3GB RAM + 32 GB ROM, malah anda boleh tambah RM100 lagi kalau nak yang 4GB RAM.
Telefon ini juga agak besar, kalau tengok video memang puas hati. Penggunaan harian memang memuaskan!
Chipset: MediaTek Helio G80
Processor: Android 10, MIUI 12
Memori: 3GB RAM + 32GB ROM | 4GB RAM + 64GB ROM
Skrin: 6.53 inci FHD
Bateri: 5020 mAh | 18W Fast Charge
Kamera: Rear AI Quad 13MP (Belakang), 5MP (Selfie)
Harga: RM439
Beli di sini: https://invol.co/cl2uz2z
7. Honor 9a
Saya tak temui telefon Huawei bawah RM500. Bagaimanapun, anda boleh cuba lihat Honor 9a di mana Honor pernah berada di bawah syarikat Huawei.
Apa yang menarik pada Honor 9a? Ia menggunakan Mediatek MT6762R yang cukup efisyen untuk harian, terdapat 3 buah kamera belakang yang pada saya cukup impresive untuk tanda harganya.
Saiz bateri 5000mAh, bermakna anda tidak perlu kerana ia bakal bertahan sepanjang hari biarpun untuk penggunaan berpanjangan.
Chipset: Mediatek MT6762R
Processor: Android 10
Memori: 3GB RAM + 64GB ROM
Skrin: 6.3 inci
Bateri: 5000 mAh
Kamera: 3MP+5MP+2MP, FHD 1080p (Belakang), 8MP (Selfie)
Harga: RM482
Beli di sini: https://invol.co/cl2uz49
8. realme C3
Handphone murah tapi berkualiti seterusnya adalah realme C3 yang dipasarkan pada Mac 2020. realme C3 cukup berkuasa untuk kegunaan harian dan prestasi gamingnya juga amat memuaskan. Sesuai untuk anda yang nak main PUBG Mobile atau Mobile Legend.
Kualiti kamera pula tidak mengecewakan. Anda masih boleh mendapatkan kesan bokeh dan selfie yang menawan. Sangat berbaloi untuk dimiliki, terutamanya golongan remaja.
Chipset: Mediatek Helio G70
Processor: Android 10, realme UI 1.0
Memori: 32GB+2GB RAM | 32GB+3GB RAM | 64GB+3GB RAM | 64GB+4GB RAM
Skrin: 6.5 inci
Bateri: 5000 mAh
Kamera: 12 MP + 2 MP (Belakang), 5MP (Selfie)
Harga: RM499
Beli di sini: https://invol.co/cl2uz5h
Semoga artikel handphone murah bawah RM500 ini dapat menjadi rujukan anda dalam mendapatkan telefon bajet. Biarpun murah, tak bermakna murahan tau. Ia masih berspesifikasi mantap dan membantu anda menjalankan tugasan harian.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2021/02/handphone-murah-bawah-rm500.html