Hampir 600 Cawangan Bank Di Malaysia Dijangka Tutup



Hampir 600 cawangan perbankan runcit di Malaysia jangka ditutup dalam tempoh 10 tahun akan datang, demikian menurut kajian terkini oleh Roland Berger.
Menurut kajian syarikat perunding terkemuka Eropah bertajuk Branching out - The future of retail banking networks, pengecilan operasi perbankan itu selaras dengan ledakan teknologi kewangan (fintech) yang menyaksikan pelanggan beralih kepada perkhidmatan digital.

"Kami menjangkakan 18 peratus atau lebih 11,000 cawangan bank ditutup di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Penutupan cawangan perbankan runcit ini dijangka berlaku di enam pasaran termasuk Malaysia.
"Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina mengalami fasa pertumbuhan selama 10 tahun terakhir, namun jumlah cawangan dijangka mulai menurun atau terus mengecil di negara yang sudah menyaksikan trajektori penurunan.
"Indonesia, Thailand dan Malaysia akan memperlihatkan penggabungan cawangan yang ketara ketika ekonomi terus berkembang, selain dipacu insentif dan peraturan kerajaan yang menyokong lebih banyak aktiviti perbankan digital," katanya.

Rakan Kongsi Kanan Roland Berger, Philippe Chassat, berkata penutupan cawangan bank di Malaysia juga selaras dengan sasaran jelas kerajaan terhadap perkhidmatan digital.
Katanya, langkah mempromosikan infrastruktur pelaburan dan menyokong pembentukan ekosistem fintech yang rancak adalah untuk memastikan peralihan yang stabil ke arah kewangan digital.
"Sebagai contoh, Malaysia berhasrat mengumpul sekurang-kurangnya 15 juta pengguna e-dompet iaitu hampir separuh daripada populasi menjelang 2025.
"Kerajaan juga menyokong pelaburan dalam infrastruktur yang diperlukan. Malaysia turut memperkenalkan program insentif besar bagi mempercepat penggunaan e-dompet," katanya.
Tahun lalu, kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menyalurkan insentif RM50 kredit e-dompet yang dimanfaatkan 11.36 juta rakyat.
Program itu menyaksikan RM567.9 juta dimanfaatkan penerima.
Malah, penyedia e-dompet yang terbabit dalam program berkenaan iaitu Boost, GrabPay dan Touch n Go eWallet juga menyumbang manfaat berbentuk padanan kredit serta pelbagai insentif lain berjumlah RM433.8 juta dalam usaha merancakkan ekonomi Malaysia.

Mengulas lanjut, Chassat berkata, menjelang 10 tahun ke hadapan, keadaan sosioekonomi dan teknologi di kebanyakan rantau bersedia untuk menyaksikan transformasi dalam rangkaian cawangan bank yang berterusan.
Katanya, memandangkan perubahan radikal berlaku dalam sektor perbankan, bank di seluruh dunia perlu mempercepatkan perjalanan transformasi cawangan, mengoptimumkan kedudukan dan model perniagaan.
Justeru, beliau menegaskan, bank perlu menggunakan kerangka kerja transformasi yang tersusun dan holistik bagi memastikan kejayaan dan kelestarian jangka panjang.
"Bidang utama yang harus dipertimbangkan adalah lokasi terbaik bagi penempatan cawangan untuk memaksimumkan perkhidmatan pelanggan dan penjanaan pendapatan.
"Selain itu, bank perlu meningkatkan produktiviti cawangan bagi memaksimumkan keuntungan, memperkayakan pengalaman pelanggan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan untuk bersaing dengan bank yang lebih inovatif serta mengubah pemikiran, selain menanamkan teknologi baharu dalam organisasi.
"Bank mesti bersedia untuk memikirkan kembali jaringan cawangan mereka secara radikal untuk 10 tahun ke hadapan," katanya.

Sementara itu, Prinsipal di Roland Berger, Dr Luca Turba, berkata dengan kepantasan dan kemudahan perkhidmatan digital yang kini ditawarkan kepada pelanggan perbankan, bank perlu mengembangkan cawangan daripada pusat aktiviti transaksi kepada penyediaan perkhidmatan lebih dekat dengan pelanggan.
Katanya, di pasaran perbankan runcit lebih matang seperti Thailand, Malaysia dan Singapura, perkhidmatan juruwang rutin seperti memeriksa tunai, mendeposit wang dan proses pengeluaran wang semakin banyak digunakan oleh subsegmen pelanggan berusia yang kurang memahami teknologi.

"Berdasarkan trend semasa, cawangan bank besar dengan ramai juruwang yang khusus untuk melaksanakan transaksi mudah akan tinggal menjadi kenangan. Justeru, peranan cawangan bank terus berkembang pada dekad yang akan datang ke arah menguruskan set aktiviti yang lebih fokus

"Cawangan bank terus memainkan peranan penting walaupun dalam keadaan berbeza

"Cawangan bank masa depan di Asia Tenggara mungkin beralih daripada menawarkan transaksi mudah kepada perkhidmatan tambah nilai yang lebih tinggi seperti bancassurance dan produk pelaburan," katanya ~ BH



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/hampir-600-cawangan-bank-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5656 Peniaga Wajar Marah Kerajaan Ekoran Keputusan Tergesa Gesa Tutup Bazar Nadzim Malaysia Gazette 11 05 2021

5656 Peniaga Wajar Marah Kerajaan Ekoran Keputusan Tergesa Gesa Tutup Bazar Nadzim Malaysia Gazette 11 05 2021

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Kekesalan para peniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri yang diarahkan menutup perniagaan masing masing ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah sesuatu yang wajar diambil perhatian oleh kerajaan Menurut Ketua Aktiv...
Covid 19 Lhdn Tutup Pejabat Cawangan Terengganu Pahang Untuk Santasi

Covid 19 Lhdn Tutup Pejabat Cawangan Terengganu Pahang Untuk Santasi

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 302 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang bagi tujuan sanitasi KUALA LUMPUR Lembaga Hasil Dalam Negeri menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang ...
Wow Ini 50 Foto Malaysia Di Era 60an Dulu

Wow Ini 50 Foto Malaysia Di Era 60an Dulu

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 739 hits
Mesti kita sering tertanya tanya bagaimanakah keadaan sebenar Malaysia atau Kuala Lumpur yang gah pada hari ini Jika wujudnya mesin masa mesti kita semua ingin kembali di masa lampau dan menelusuri sejarah pembangunan di malaysia Dengan itu...
Not A Failed State Yet But Is Malaysia Headed There

Not A Failed State Yet But Is Malaysia Headed There

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 309 hits
A failed state is defined as a nation in which the government has lost political authority and control resulting in being unable to fulfil the basic responsibilities of a sovereign state Among some of the causes are economic collapse breakd...
Cara Semak Waktu Jam Dan Minit Malaysia

Cara Semak Waktu Jam Dan Minit Malaysia

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 446 hits
Ini cara semak waktu jam dan minit yang betul supaya waktu yang kita rujuk tu sama antara satu sama lain Ini penting kerana waktu jam dan minit yang tepat amat di perlukan untuk menetapkan waktu solat waktu berbuka dan sebagai nya Jika di s...
Ura Ura Tentang Perlaksanaan Mco 3 0 Di Malaysia Betul Atau Tidak

Ura Ura Tentang Perlaksanaan Mco 3 0 Di Malaysia Betul Atau Tidak

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 285 hits
Akibat kedegilan rakyat Malaysia sendiri sejak seminggu yang lepas jumlah kes positif terkini Covid 19 kembali naik sehingga mencecah angka 3000 Mungkin sebab ini pihak berwajib terpaksa mengambil langkah baru dan mengemas kembali pelan ran...
Coretan Berkenaan Amalan Rasuah Yang Wajib Rakyat Malaysia Jauhi Artikel Sumbangan Azad Jasmi

Coretan Berkenaan Amalan Rasuah Yang Wajib Rakyat Malaysia Jauhi Artikel Sumbangan Azad Jasmi

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 213 hits
Amalan rasuah sudah jadi budaya kerja di negara kita Budaya bermaksud amalan yang sering diulang ulang sehingga menjadi kebiasaan dan selamber rock Perkara ini semua orang tahu berlaku dengan amat berleluasa Tapi disebabkan dah terlalu lama...
Malaysia Kesan Kes Pertama Mutasi Berganda Dari India

Malaysia Kesan Kes Pertama Mutasi Berganda Dari India

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 275 hits
Mutasi berganda dikenali sebagai B 1 617 1 itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu hasil saringan di pintu masuk utama negara https bit ly 3eb4elD Muzik https artlist io
Ramadan Buffet Citarasa Timur Tengah Di Syrian House Restaurant Malaysia

Ramadan Buffet Citarasa Timur Tengah Di Syrian House Restaurant Malaysia

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 356 hits
Syrian House Restaurant Sudah menjadi amalan warga kita di Malaysia bila tibanya bulan puasa pasti ada diantara kita akan berbuka puasa di luar bersama sama kaum keluarga atau sahabat handai Ramai juga yang tercari cari hotel atau restauran...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati