Hampir 10 Tahun Allah Makbulkan Doaku
Assalamualaikum...
Kali ni aku nak share pasal life aku dengan harapan boleh jadi inspirasi untuk semua and pembangkit semangat aku untuk teruskan hidup. Cewah dah macam tak lama je kan nak hidup. huhu
Setiap orang mesti ada target dalam hidup kan? Nak beli itu, nak beli ini, impikan keluarga bahagia dan macam-macam lagi. Tak mustahil aku juga ada impian aku sendiri.
Setiap fasa perjalanan hidup pasti ada target yang berbeza. Contoh time sekolah memang target keputusan cemerlang and banggakan mak abah. Tak mustahil itu juga impian semua orang.
Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, apalah sangat ujian aku dengan orang lain sepanjang menjalani liku-liku kehidupan tapi itulah janji Allah, ujian didatangkan mengikut kemampuan masing2. =')
Bukan senang nak senang, tapi itulah aku cuba jugak untuk capai impian aku walaupun kadang-kadang aku pertikaikan kenapa macam ni? kenapa macam tu? End up, aku kena pasrah dan redha dengan apa yang berlaku dan teruskan juga perjalanan hidup ini.
Dalam entry yang lalu, aku pernah ceritakan hasrat aku untuk dijodohkan dengan seseorang, tapi apa yang aku dapat kat SINI. Kali ni, aku nak cerita, apa yang aku impikan kini jadi kenyataan.
Sejak aku bergelar lepasan SPM, kerja part time di merata-rata tempat bukan asing bagi aku. Mostly aku bekerja di restoran "fast food" dimana kebanyakan owner nya non-muslim atau pon environment nya yang sosial.
Tapi, aku cuba berkawan je dengan semua and jaga diri untuk tidak menghampakan harapan mak abah dan juga cuba untuk jadi hambaNya yang taat. Sepanjang aku kerja part time, boleh kira berapa kerat je yang pergi solat walaupun semua staff adalah muslim.
Mula2 aku kerja, sampai nak pergi solat pon susah sebab selalu dipersoalkan dan masa yang diberi amatlah terhad lagi2 time maghrib surau selalu penuh dan perlu menunggu turn.
Tapi aku cuba untuk tidak menghampakan kepercayaan manager kat aku. aku cuba tepati waktu yang diberi. Sebab staff sebelum2 ni cakap nak pergi solat tapi sebenarnya melencong pergi tempat lain. Tapi alhamdulillah aku jaga kepercayaan bos dekat aku.
Lepas SPM aku bertukar2 tempat kerja antara sebab aku bertukar-tukar kerja aku ada cerita kat SINI: TIPS AKU LULUS TEMUDUGA KERJA Sama jugak. Mana-mana tempat pon aku kena struggle curi masa untuk solat lagi2 time bulan puasa.
Fuhhh, kena bagi customer berbuka dulu, kau minum air je dulu and then baru berbuka secara proper cuma nak tercekik lah makan laju2 pastu nak rushing pergi solat plak.
Maghrib dahla sekejap je waktunya. huhu... Tapi dari situlah aku tak berhenti berdoa supaya suatu hari nanti aku dapat majikan yang mengamalkan gaya hidup islamic dan kini nak masuk 2 tahun lebih aku di sini, di Pharmaniaga =')
Benda yang paling aku bersyukur sangat majikan Islam dan mengamalkan gaya hidup islamic =') Inilah yang paling aku nantikan selama ni walaupun kadang-kadang stress biasalah kerja mana-mana pon stress.
Tapi bila aku fikir balik, macam mana struggle nya aku nak masuk sini, korang boleh BACA SINI sampai orang cakap aku pakai cable =p jadi aku tak nak sia-sia kan apa yang aku harapkan selama hampir 10 tahun ni. =') Terima Kasih ya Allah.
Sekian sahaja perkongsian aku untuk harini. So buat semua, bersyukur dan hargailah apa yang ada. Never lose hope in Allah walaupun kadang-kadang tergelincir, never stop. =) Semoga bermanfaat buat semua.. =)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cinqleafclover.com/2018/12/hampir-10-tahun-allah-makbulkan-doaku.html