Hamil 4 Bulan Doktor Minta Gugurkannya Sampai Hari Ni Syahmi Istimewa Buat Kami


Baru-baru ini tular kisah anak lelaki yang meminta hadiah hari lahirnya sepasang kaki seperti orang lain sehingga membuatkan ibunya sebak. Perkongsian itu juga menyebabkan ramai yang mendoakan agar adik Syahmi dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat.
Menerusi laporan Metro, kedua ibu bapa Syahmi bersyukur dengan anugerah kurniaan Allah pada mereka. Walaupun ketika dalam kandungan doktor menyarankan untuk mengugurkannya pasangan ini tidak bersetuju.

Dia anugerah istimewa
“Dia anugerah Allah yang sangat istimewa buat saya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasan, 40, malah semua urusan saya dipermudahkan sejak melahirkannya,” kata ibu dua anak, Azlindahani Othman.
Azlindahani, 38, berkata demikian ketika menceritakan kisah anak bongsunya, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf, 9, atau mesra dengan panggilan Syahmi yang dilahirkan tanpa betis, masalah jantung berlubang dan sebelah buah pinggang saja.
Minta hadiah sepasang kaki 

Kisah Syahmi mendapat perhatian warganet selepas Azlindahani berkongsi kisah anaknya itu di Facebook (FB).
Salah satu hantaran yang menyentuh hati ialah ketika Syahmi meluahkan hasratnya untuk mempunyai kaki dan ketinggian sama seperti Azlindahani serta abangnya, Syed Nabil Syarifuddin, 13.
Syahmi meluahkan hasratnya itu ketika Azlindahani bertanya apa hadiah dimahukan sempena hari ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu.

Banyak kali Syahmi minta untuk berlari dan berjalan
Azlindahani yang menetap di Taman Jati, Ipoh, Perak berkata, reaksi Syahmi membuatkannya tergamam dan sebak kerana menyedari tidak mampu untuk menunaikannya.
“Saya sedih kerana tidak mampu tunaikan hajatnya itu sedangkan sejak Syahmi lahir, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk beri apa yang dia mahukan.
“Malah, bukan sekali tetapi pernah beberapa kali Syahmi luahkan keinginan sama iaitu berlari dan berjalan seperti abangnya tetapi saya cuba memujuknya dengan mengatakan dia tidak perlukan semua itu kerana sudah cukup istimewa,” katanya.

Hamil 4 bulan doktor dapat tahu ada kecacatan 
Menceritakan perihal Syahmi, Azlindahani berkata, dia dimaklumkan mengenai keadaan anaknya itu sewaktu hamil lagi.
“Menurut doktor, Syahmi kemungkinan meninggal dunia dalam kandungan atau hanya mampu hidup untuk tempoh setahun saja selepas dilahirkan.
“Ketika hamil empat bulan, doktor beritahu ada kecacatan dalam kandungan dan meminta saya melakukan ujian untuk mengenal pasti sekiranya ada kromosom yang berbahaya.
” Sekiranya ada, doktor akan mengesyorkan saya menggugurkan kandungan tetapi saya enggan lakukan ujian kerana bimbang,” katanya.

Anak yang mudah dijaga
Dia berkata, dengan izin Allah, Syahmi selamat dilahirkan cuma dia mulanya tidak dapat menerima keadaan anaknya itu.
“Saya bimbang dia tidak hidup lama seterusnya meninggalkan saya tetapi saya dapat semula semangat selepas doktor di Institut Jantung Negara (IJN) memberitahu jantungnya boleh dirawat,” katanya.
Di sebalik kekurangan, Azlindahani berkata, Syahmi mudah dijaga kerana pernah dua kali saja dimasukkan ke hospital akibat demam dan cirit-birit.
“Sejak itu, Syahmi tidak pernah jatuh sakit dan jika ada sekalipun, dia tidak akan ceritakan kepada saya kerana enggan saya bersedih,” katanya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana seluruh keluarga menyayangi Syahmi terutama anak sulung yang rajin membantu menguruskan adiknya itu.
Kredit: Metro & Azlindahani Bt Othman
**Dapatkan harga istimewa untuk barangan bayi di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Hamil 4 Bulan Doktor Minta Gugurkannya. Sampai Hari Ni Syahmi Istimewa Buat Kami” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hamil-4-bulan-doktor-minta-gugurkannya-sampai-hari-ni-syahmi-istimewa-buat-kami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Staff Pasaraya Yang Sedang Hamil 5 Bulan Ditampar Oleh Seorang Pemandu Lori Staff Tampil Jelaskan Apa Yang Terjadi

Staff Pasaraya Yang Sedang Hamil 5 Bulan Ditampar Oleh Seorang Pemandu Lori Staff Tampil Jelaskan Apa Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 443 hits
loading Hanya kerana tidak sengaja tercampak barangan terkeluar daripada plastik seorang lelaki naik angin dengan men4mpar seorang juruwang wanita yang hamil lima bulan dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini baru baru ini
Hiburan Hamil 4 Bulan Ain Edruce Enggan Tahu Jantina Anak

Hiburan Hamil 4 Bulan Ain Edruce Enggan Tahu Jantina Anak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 396 hits
Mengetahui dirinya kini hamil anak sulung pelakon dan pengacara Ain Edruce akui bersyukur dikurniakan rezeki tersebut selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga Katanya beliau dan suami langsung tidak pernah merancang dan mendedahkan me...
Sarat Hamil 9 Bulan Faye Kusairi Lumpuh Sebelah Muka

Sarat Hamil 9 Bulan Faye Kusairi Lumpuh Sebelah Muka

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 539 hits
Sarat hamil 9 bulan anak kedua baru baru ini pelakon Faye Kusairi berdepan detik cemas apabila tiba tiba mendapat serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka pada Jumaat lalu Menurut Faye semasa kejadian dia sedang menggosok gigi di ruma...
Hamil Lapan Bulan Mawar Rashid Mengidam Nak Renovate Rumah

Hamil Lapan Bulan Mawar Rashid Mengidam Nak Renovate Rumah

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 407 hits
Bakal menimang cahaya mata kedua dan usia kandungan kini mencecah lapan bulan menerusi perkongsian di Instagram pelakon Mawar Rashid meluahkan hasratnya untuk mengubahsuai rumah Namun apa yang menjadi perhatian Mawar berkata kebiasaannya wa...
Dilahirkan Tanpa Betis Kisah Anak Istimewa Minta Kaki Sempena Hari Lahir Buat Netizen Sebak

Dilahirkan Tanpa Betis Kisah Anak Istimewa Minta Kaki Sempena Hari Lahir Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 336 hits
Sejak semalam hantaran mengenai seorang kanak kanak lelaki yang meminta kepada ibunya Azlindahani Othman sepasang kaki sempena hari lahirnya bukan sahaja mengundang sebak ibu yang melahirkan tetapi warga netizen yang membaca Mahukan keadaan...
Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan

Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan dia kini sedang hamil empat bulan Pengumuman tersebut dibuat olehnya ketika siaran langsung sidang media pelancaran Beausiti X Wonderlab yang diadakan se...
Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Jadi Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Datuk Awie Di Atas Kelahiran Anak Ke 6 Kelak

Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Jadi Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Datuk Awie Di Atas Kelahiran Anak Ke 6 Kelak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 255 hits
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia bersama dengan rakan seperjuangan Datuk Awie Dalam foto itu dia dilihat sedang memberikan hadiah istimewa kepada penyanyi...
Tup Tup 14 Hari Bulan Saya Sihat Sedap Pula Saya Nyanyi

Tup Tup 14 Hari Bulan Saya Sihat Sedap Pula Saya Nyanyi

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 246 hits
Penyanyi Nabila Razali seperti memberi bayangan ingin beraksi sendiri mendendangkan lagu Peluang Kedua pada Separuh Akhir Muzik Muzik ke 35 pusingan ketiga yang bakal berlangsung 15 Disember ini Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd R...
Wanita Hamil 9 Bulan Warga Emas Redah Banjir Sejauh 500 Meter

Wanita Hamil 9 Bulan Warga Emas Redah Banjir Sejauh 500 Meter

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 282 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN NURUL Asyikin Mamat ketika ditemui di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Tok Kah Dungun Terengganu hari ini DUNGUN Seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan terpaksa meredah banjir sepa...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment