Hamid Gurkha Kian Uzur Badan Tinggal Tulang



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang
Keadaan pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, kini hanya terlantar atas katil selepas diuji jangkitan COVID-19, dua bulan lalu.
Namun, bintang yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun.
Biarpun keadaannya semakin uzur, Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman masih bersemangat, sesekali melayan setiap pertanyaan ketika wakil BH menziarahinya di kediaman beliau di Taman Seri Andalas, Klang, baru-baru ini.
Kunjungan BH Online disambut isterinya, Timah Abdul Hamid, 80, dan anak bongsunya, Nor Ashita, 47. Sepanjang kunjungan, Hamid hanya baring di katil.
Hamid berkata, dia tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya kian merosot dek faktor usia.
“Alhamdulillah, saya sihat. Sakit tiada, tetapi kesihatan merosot dan sekarang, badan hanya tinggal tulang. Saya pun tidak tahu berapa lama sudah terbaring, tetapi Alhamdulillah, puasa tak tinggal,” katanya kepada BH Online.
Kongsi Timah pula, suaminya masih mampu berjalan seperti ke bilik air dan menunaikan solat.
“Suami boleh bangun dan berjalan ke bilik air, malah boleh menunaikan solat di kerusi. Cuma, agak sukar untuk menyeimbangkan badan.
“Dia tidak mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung atau kencing, cuma kian uzur disebabkan sakit tua. Sebelum terbaring, suami masih boleh memandu.
“Namun, kesihatan suami makin merosot selepas dijangkiti COVID-19 Februari lalu. Ketika jangkitan, keadaannya tidak teruk, tetapi selera makan berkurangan.
“Suami juga tidak boleh banyak bercakap kerana cepat penat,” katanya.
Timah meluahkan rasa syukur, anak-anak tinggal berdekatan. Justeru, tidak sukar bertukar giliran menjaga bintang yang pernah diangkat Artis Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ketiga pada 1982 itu.
Katanya, Syawal juga disambut meriah bersama di Klang sejak hari raya pertama.
“Suami suka tengok anak berkumpul, sebab itu tak izinkan mereka tinggal berjauhan.
“Jadi anak pulang ke Klang setiap hujung minggu. Begitu juga ketika sambutan Aidilfitri, semua akan berkumpul di rumah ini.
“Alhamdulillah, saya juga seronok tengok anak tinggal berdekatan. Jika ada kecemasan, senang hendak berhubung,” katanya.
Sementara itu, anak Hamid, Nor berkata, bapanya tetap berpuasa penuh sepanjang Ramadan, cuma selera makan ketika berbuka tidak lagi seperti dahulu.
“Jika dihidangkan makanan kegemarannya seperti asam pedas dan kari, abah tetap tidak lalu makan. Abah tidak mahu tinggal sehari pun puasa.
“Kami nasihatkan abah tidak berpuasa kerana keadaannya sangat uzur, namun, baginya itulah saham akhirat. Abah beritahu, jika nyawanya ditarik, biar dia pergi dalam keadaan sempurna iman.
“Kami pernah membawa abah ke klinik kerana cirit-birit pada bulan puasa. Doktor menyuruhnya berbuka puasa. Namun, abah menangis enggan berbuka, jadi kami ikutkan sahaja kemahuannya,” katanya.
Nor bersyukur, bapanya masih mempunyai kudrat dan dipanjangkan usia.

Bertanya amalan bapanya sehingga tidak mempunyai sebarang penyakit, Nor berkata, Hamid mengamalkan pemakanan sihat.
“Abah banyak minum air kosong dan tidak minum air berais. Sewaktu sihat, bangun subuh, abah terus minum satu gelas besar air kosong.
“Dia juga tidak makan yang bukan-bukan dan lebih banyak makan makanan direbus.
“Sayur dan buah pun abah pilih, tidak makan semuanya. Antaranya, abah gemar makan sayur bayam dan betik.
“Abah juga lasak dan banyak bertukang,” katanya.
Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu.
Kali terakhir berlakon menerusi filem Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019.
Anak tidak menggalakkan Hamid berlakon berikutan masalah pendengaran dihadapi, meskipun penglihatan masih baik untuk membaca skrip.
Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang
Baca Artikel Menarik:
Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya… Pencemaran bau diesel: Premis terima perintah tahan operasi Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama Sherry Ibrahim berusaha untuk kahwin Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni Lelaki ditahan larikan isteri orang, rempuh kereta polis Polis ‘jemput’ 2 remaja di rumah selepas pamer aksi ‘wheelie’, ‘scorpion’ Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/05/hamid-gurkha-kian-uzur-badan-tinggal-tulang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allahuakbar Mohon Doakan Pak Hamid Gurkha Isteri Dedah Keadaan Terkini Beliau

Allahuakbar Mohon Doakan Pak Hamid Gurkha Isteri Dedah Keadaan Terkini Beliau

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 321 hits
Klang Meskipun usia sudah mencecah 90 tahun semangat suka berdikari pelawak legenda Hamid Gurkha menjadi sumber kekuatan isteri dan anak anaknya sehingga kini
Suara Tetap Padu Peminat Sedih Lihat Tulang Belakang Zamani Kian Melengkung Akhirnya Ini Yg Berlaku

Suara Tetap Padu Peminat Sedih Lihat Tulang Belakang Zamani Kian Melengkung Akhirnya Ini Yg Berlaku

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 163 hits
Tahap kesihatan penyanyi legend Zamani Slam sememangnya diketahui umum tidaklah seperti dahulu lagi Dia juga tidak merahsiakan tahap kesihatannya dan ia terlihat melalui fizikalnya yang sedikit berubah RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI Sebe...
Keadaan Terkini Hamid Gurkha Ramai Terharu Pak Hamid Berjaya Puasa Penuh Biarpun Dalam Keadaan Uzvr

Keadaan Terkini Hamid Gurkha Ramai Terharu Pak Hamid Berjaya Puasa Penuh Biarpun Dalam Keadaan Uzvr

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 167 hits
Bagi pengemar drama atau filem tempatan pasti ramai yang akan familiar dengan seorang pelakon bernama Hamid Gurkha Mana tidaknya figura ini sering menghiasi kaca televisyen dengan telatah lucu serta loghat Negeri Sembilan yang pekat
Serangan Militer Myanmar Paksa Warga Tinggal Di Dalam Gua

Serangan Militer Myanmar Paksa Warga Tinggal Di Dalam Gua

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 152 hits
Serangan Militer Myanmar Paksa Warga Tinggal di Dalam Gua Kelompok kemanusiaan Free Burma Rangers merilis keprihatinan warga sipil yang terpaksa tinggal di dalam gua usai rumah mereka hancur di serang militer Myanmar pada
10 Common Sense Pergi Beraya Rumah Orang Tolong Bawa Adab Jangan Tinggal Adab Dekat Rumah

10 Common Sense Pergi Beraya Rumah Orang Tolong Bawa Adab Jangan Tinggal Adab Dekat Rumah

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 238 hits
Aidilfitri nanti tolonglah Minta tolong sangat ajarkan benda ni kat anak anak buah anak angkat anak tekak seumpamanya 1 Jangan meminta minta duit raya melainkan diberi Jangan dok cangak dpt pintu tunggu duit raya lpstu buat muka kesianJanga...
Bumbung Khemah Berlantai Batu Tradisi Syawal Terus Hidup Walau Rumah Tinggal Tangga

Bumbung Khemah Berlantai Batu Tradisi Syawal Terus Hidup Walau Rumah Tinggal Tangga

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 161 hits
HULU LANGAT Kira kira lima bulan lalu kawasan Batu 18 di sini bertukar menjadi pekan lumpur selepas dilanda banjir yang dianggap terburuk dalam sejarah daerah itu Walaupun keadaan semakin pulih tidak semua penduduk dapat meraikan Aidilfitri...
Wanita Terpinga Pinga Kena Tinggal Tanpa Sebab Oleh Pemandu E Hailing Di Lebuh Raya

Wanita Terpinga Pinga Kena Tinggal Tanpa Sebab Oleh Pemandu E Hailing Di Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 171 hits
nbsp Pemandu e hailing tinggalkan pelanggan di tepi jalan Itu situasi malang dihadapi seorang wanita apabila ditinggalkan sendirian di lorong kecemasan di Kilometer 452 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan Difahamkan maangsa ditinggalkan t...
Saya Cari Bakal Isteri Yang Sanggup Tinggal Bersama Mak Mertua Kata Wak Doyok

Saya Cari Bakal Isteri Yang Sanggup Tinggal Bersama Mak Mertua Kata Wak Doyok

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 261 hits
nbsp pelakon dan usahawan Wak Doyok tidak dapat lari daripada ditanya tentang jodoh setiap kali bertemu saudara mara ketika musim perayaan Bagi Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor 42 dia ada alasan sendiri mengapa memilih untuk tidak...
Tinggal Lapan Hari Sebelum Pendaftaran Pickids Dos Pertama Ditutup

Tinggal Lapan Hari Sebelum Pendaftaran Pickids Dos Pertama Ditutup

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 153 hits
PUTRAJAYA Tinggal lapan hari sahaja lagi sebelum tarikh akhir 15 Mei dan ibu bapa disaran mengambil peluang untuk melindungi anak mereka menerusi pemberian vaksin Covid 19 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan ringkas d...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan