Halidan Akhirnya Bersara Wajib Selepas 30 Tahun Perjuangannya Pusat Kutipan Zakat Pahang




KUANTAN: Perjuangan selama 30 tahun, Datuk Halidan Md Daud, 66, dalam menerajui Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang akhirnya menemui titik noktah apabila dia bersara wajib pada 30 Jun lalu.
Dalam tempoh tersebut, pelbagai bakti telah dicurahkan bekas Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang itu dalam memperkasa dan meletakkan institusi berkenaan pada tahap seperti yang ada hari ini.
Daripada RM5.4 juta kutipan zakat harta dengan hanya 5,000 pembayar pada awal penubuhannya, kini PKZ Pahang mampu berbangga apabila kutipan zakat harta pada 2023 mencecah RM215 juta dengan hampir 99,000 pembayar.
Halidan berkata, PKZ Pahang bermula sebagai sebuah syarikat swasta yang ditubuhkannya bersama beberapa individu lain untuk menguruskan kutipan zakat harta di daerah Kuantan pada 1994.
Menurutnya, syarikat yang ditubuhkan itu mendapat kepercayaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memandangkan sistem kutipan berkomputer yang diperkenalkan ketika itu lebih sistematik.
"Pada tahun 1996, pihak MUIP mengambil alih syarikat itu sebagai anak anak syarikat dan memperluaskan kutipan zakat harta ke seluruh daerah secara berperingkat.
"Saya diberi amanah menerajui PKZ Pahang dengan hanya lapan kakitangan ketika itu dan banyak cabaran terpaksa dilalui untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kewajipan berzakat dan meyakinkan umat Islam terhadap peranan agensi ini," katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, anak kelahiran Jerantut itu berkata, 10 tahun pertama penubuhan PKZ Pahang mengalami satu tempoh yang amat mencabar.
"Awalnya kami mendapat penolakkan daripada sesetengah anggota masyarakat yang tidak boleh menerima kaedah kutipan zakat yang dilaksanakan.
"Bagi mereka ketika itu, ibadah urusan dan tanggungjawab peribadi jadi mereka tidak suka apabila ada kakitangan PKZ mengadakan kempen dengan mengedarkan risalah di tempat umum dan dari rumah ke rumah," katanya.
Halidan berkata, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan kejadian kakitangannya dimaki hamun dan diugut serta dihalau dengan parang oleh seorang individu sekiranya mengedar risalah kempen kutipan zakat ke rumahnya.


"Kejadian itu berlaku pada peringkat awal penubuhan cawangan PKZ Pahang di sebuah daerah di negeri ini.
"Bukan hanya itu, kami juga turut berdepan tekanan masyarakat mempersoalkan tentang agihan wang zakat malah ada tohmahan menuduh kami menyalahgunakan wang tersebut," ujarnya.
Menurutnya, salah faham itu timbul disebabkan kebanyakan masyarakat tidak faham dan tahap kesedaran terhadap kewajipan berzakat masih rendah.
"Mungkin bagi mereka ibadah adalah tanggungjawap peribadi dan tidak boleh menerima kaedah kutipan zakat yang dilaksanakan.
"Pada masa sama, mereka juga tidak nampak manfaat zakat memandangkan ketika itu jumlah kutipan rendah dan jumlah penerima juga agak kecil," ujarnya.
Halidan berkata, pengalamannya selama 13 tahun dalam sektor perbankan dengan jawatan terakhir sebagai pengurus cawangan memberi satu kelebihan kepadanya terutama berkaitan kewangan dan pemasaran untuk membawa PKZ Pahang sebagai sebuah agensi kutipan zakat yang diyakini.
"Alhamdulillah, perkhidmatan PKZ Pahang mendapat kepercayaan masyarakat Islam di negeri ini apabila jumlah kutipan dan bilangan pembayar meningkat setiap tahun.
"Masyarakat juga mula membuka mata dengan data-data kutipan dan agihan yang dilakukan sekaligus membuktikan PKZ Pahang satu badan yang kompeten dalam menguruskan kutipan zakat harta di negeri," katanya.
Halidan berkata, selain menerajui PKZ Pahang, dia juga diberi amanah dalam Pengurusan Wakaf Pahang oleh MUIP pada 2021.
Selepas 30 tahun berkhidmat, Halidan berkata dia lega apabila meninggalkan agensi itu dalam keadaan seperti mana hari ini.


Bagaimanapun katanya, jika diambil kira bilangan pembayar zakat di negeri ini tahun lalu, jumlahnya belum mencapai 50 peratus berbanding jumlah penduduk yang produktif.
"Masih banyak ruang boleh ditambah baik kerana ramai belum membayar zakat harta dan mereka adalah golongan sasar berpotensi yang perlu sentiasa didekati," katanya.
Menyentuh mengenai perancang selepas persaraannya, Halidan berkata, dia sudah ada perancangan dan akan menumpukan lebih perhatian kepada kerja-kerja kemasyarakatan termasuk kepada tugasnya sebagai Pengerusi Masjid Saidina Ali bin Abi Talib, Bukit Sekilau dan Pengerusi Jawatankuasa Rumah Anak Yatim Permata Camar. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/07/halidan-akhirnya-bersara-wajib-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 10 Tahun Britain Akhirnya Kesan Petunjuk Penting Kehilangan Mh370 Di Australia Barat

Selepas 10 Tahun Britain Akhirnya Kesan Petunjuk Penting Kehilangan Mh370 Di Australia Barat

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 159 hits
Selepas sedekad hilang dari radar penyelidik di Britain dikatakan telah mengesan petunjuk penting bagi misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi Difahamkan dari sebuah portal isyarat penting itu telah di...
Pertikaian Harta Rm2 Bilion Milik Jamaludin Jarjis Selesai Secara Baik Selepas 6 Tahun

Pertikaian Harta Rm2 Bilion Milik Jamaludin Jarjis Selesai Secara Baik Selepas 6 Tahun

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR Kes tuntutan harta berjumlah lebih RM2 bilion yang dikemukakan oleh balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis Puan Sri Kalsom Ismail terhadap empat anak dan ibu mentuanya sejak enam tahun lalu berakhir hari ini Dalam prosiding ...
Selepas 20 Tahun Jepun Perkenal Wang Kertas Baharu

Selepas 20 Tahun Jepun Perkenal Wang Kertas Baharu

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 429 hits
Dalam kepesatan pembangunan dan kemajuan teknologi di Jepun negara matahari terbit itu kurang mesra dengan pembayaran tanpa tunai sebaliknya majoriti menggunakan kertas wang Walaupun trend penggunaan pembayaran tanpa tunai semakin meningkat...
Saya Terkilan Amp Berat Hati Guru 60 Tahun Ajar Lebih Had Umur Bersara Diarah Pulangkan Semula Gaji Rm21k

Saya Terkilan Amp Berat Hati Guru 60 Tahun Ajar Lebih Had Umur Bersara Diarah Pulangkan Semula Gaji Rm21k

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 147 hits
Melalui laporan Serambinews seorang guru berusia 60 tahun telah diarah untuk memulangkan gaji yang diterima sebanyak Rp75 juta kepada kerajaan Kena pulang gaji lebihan Guru pra sekolah yang asal dari Indonesia itu diarahkan untuk be
Bukan Di Korea Kim Jisoo Kembali Berlakon Selepas 3 Tahun Dalam Drama Ini

Bukan Di Korea Kim Jisoo Kembali Berlakon Selepas 3 Tahun Dalam Drama Ini

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 241 hits
Lama menyepi selepas terpalit kes buli Kim Ji soo nampaknya telah kembali dalam industri lakonan Artikel Berkaitan Terbaru Kim Ji soo telah disahkan akan muncul dalam drama Filipina berjudul Black Rider yang diterajui Ruru Madrid dan Yassi ...
Lelaki Lupa Lokasi Parking Kereta Berjaya Temui Semula Selepas 20 Tahun

Lelaki Lupa Lokasi Parking Kereta Berjaya Temui Semula Selepas 20 Tahun

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 231 hits
Pasti kita selalu dengar kereta hilang motor hilang bukan Namun ini adalah yang paling rare pernah berlaku iaitu terlupa di mana letak kenderaan namun terjumpanya kembali selepas 20 tahun Pada tahun 1977 seorang lelaki di Jerman membuat lap...
Selepas 43 Tahun Siasat Rupanya Suami Bunuh Isteri

Selepas 43 Tahun Siasat Rupanya Suami Bunuh Isteri

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 253 hits
Agensi Margaret dan Allen Carol dibunuh ketika berusia 36 tahun FOTO AgensiBedfordshire Seorang lelaki disabitkan bersalah oleh Mahkamah Luton Crown di Bedfordhire di sini pada 19 Jun lalu atas tuduhan merancang pembunuhan isterinya 43 tahu...
Selepas 3 Tahun Baru Dapat Makan Durian

Selepas 3 Tahun Baru Dapat Makan Durian

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum 3 tahun ye tak makan durian bukan x nak makan lebih kepada tak sampai hati nak makan bila arwah Mak Pah x boleh makan durian x sampai hati jugak nak makan kat luar sudahnya kuburkan impian walau geram aje bila ada je yang up...
Sultan Pahang Berkenan Berangkat Untuk Merasmikan Pusat Alami Cytopeutics Di Cyberjaya

Sultan Pahang Berkenan Berangkat Untuk Merasmikan Pusat Alami Cytopeutics Di Cyberjaya

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 148 hits
CYBERJAYA Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan Pusat Alami Cytopeutics di sini pada Rabu Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Tengku Mahk...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation