Half Moon Eyes Pinky Fruity Mask Ada Packaging Baru
hai assalammualaikum
Wash Of Mask Half Moon Eyes Pinky FruitHalf Moon Eyes Pinky Fruit Mask - Semingu sekali buat mask muka. Selalu pakai mask jenis topeng tu, kali ni pakai mask jenis sapu dekat muka. Lama dah tak pakai mask jenis krim ni..haha. Tapi mask ni bukan jensi pakai, lepas tu tarik untuk cabut, ni mask, pakai lepas tu basuh. Half Moon Eyes Pinky Fruit Mask, cute je packaging mask ni, bentuk dia pun comel je, tahanla pakai untuk 3kali. Bukan pakai hari-hari pun mask kan..hehee. Mask ni nad dapatkan dekat althea.kr . Dah nak habis mask ni, jadi haritu kita kasi habis la.
Masker Fruity Pink adalah mask berasaskan tanah liat, terdapat dalam pek kapsul 10ml. Teksturnya macam tanah liat, macam palydoh budak-budak tu..Tapi takdala liat sangat..kihkih. Warnanya macam pink, macam coklat pun ye. Korang perasan ada bintik-bintik hitam, sebbakan dia diperbuat daripada ekstrak buah naga, jadi tu seperti biji buah naga. Biji tu dapat membaik pulih muka kita.
Pakainya pun senang je, calit-calit dan sapu dekat muka. sapu bagi rata ya. Sapu dekat keseluruhan muka gitu. Boleh sapu pakai tangan, atau berus. Nad pakai tangan je. Tak kisahla korang nak pakai tebal ke nipis. Biarkan selama 10 minit, atau sampai mask kering. Seriusla, pakai mask ni sejuk je. Baunya memang harum, wangi semerbak bunga kasturi..hahaa..Pakai pun syok je. Serius, wangi sangat!! Dah agak-agak 10 minit. Lepas tu, boleh basuh dengan air suam. Basuh macam biasa. Memang mudah dicuci mask ni. Takdela keras macam tanah liat tu..hahaha..basuh macam cuci muka..Kena air je terus hilang.
Memang best, mask yang lain daripada yang lain. Selalunya, kalau pakai mask jenis sapu ni, akan buat muka jadi kering, tapi Pinky Fruity Mask ni, tak buat muka kering malah bertambah lembut dan kenyal macam tu..ahhaa. Masker naga ini mmbuatkan muka saya tanpa minyak dan kering. Kulit terasa bersih dari teras dan berseri selepas setiap penggunaan.
Mempunyai 8 faedah dalam masker ni iaitu Pengetatan lubang, Pengelupasan, Kawalan sebum, Penghidratan, Pelembapan, Kesan pendinginan, Penjagaan tekstur dan Nourishment.
Masker ni bukan sahaja boleh digunakan di bahagian muka, malah di bahagian dada, leher, lengan, kaki. Tapi, nad macam sayang sangat nak habiskan cepat mask ni, sebba dia best, nad pakai dekat muka je..hahaha.
Sekarang, masker Half Moon Eyes Pinky Fruity ni keluar dengan packaging baru. Lagi lawa. Masih lagi gambar buah naga.
Kalau barang kecantikan dari korea ni memang kebanyakannya best. Lepas ni boleh beli lagi Pinky Fruty Mask ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2018/10/half-moon-eyes-pinky-fruity-mask-ada.html