Halatuju Moa 2019 2020 Pelaksanaanya Tuntut Kerjasama Semua Pihak


RENCANA KHAS

Salahuddin menekapkan jari meluncurkan
Halatujuh MOA.HALATUJU: Prioriti dan Strategi 2019 - 2020 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang dilancarkan oleh Salahuddin Ayub 14 Februari lalu merupakan kerangka besar atau road map yang perlu dilangkahi MOA dalam tempoh itu.

Ia dirangka demi membina dan mensasakan kehidupan rakyat khusus di bawah naungannya.  
Dengan terluncurnya Halatuju itu bermakna MOA kini sudah ada rangka atau pelan lengkap untuk dijadikan panduan kemudian dilaksanakan untuk memenuhi hasrat dan aspirasi kerajaan baharu, Kerajaan Pakatan Harapan. 

Sepatah tanggapan jauh Salahuddin sebelum pelan atau dasar MOA itu disempurnakan, kenapa kehidupan warga petani tidak berubah sebelum ini antaranya disebabkan kegagalan dasar diperkenalkan. 

Salahuddin bersama ketua-ketua agensi di kementeriannya.Makanya Halatuju dilancarkan itu dikira syumul dengan mengambil pandangan semua pihak dan penelitian yang mendalam.
Dan bagi Salahuddin sebagai seorang menteri baru, kejayaan merangka pelan itu ia merupakan satu kesusksesan buatnya. Memang di luar sana setelah sembilan bulan memegang jawatan itu, orang menanti-nanti apakah perancangan dan blue print beliau di kementerian itu. 

Penilaian awal terhadap jaya atau tidak beliau sebagai anggota kabinet dibuat ke atas pelan startegi halatuju itu. Halatuju atau pelan itu menjadi bahan penilaian awal.
MOA dalam tempoh dua tahun 2019 hingga 2020, akan bergerak berpandukan kepada peta atau rangka tersebut. Halatuju itu adalah bingkai MOA yang dibina berasaskan amanah dan tanggungjawab berorentasikan  Rahmatan li-alamin. Tempoh atau masa itu sangat singkat, justeru seluruh jentera dalam MOA perlu digerak secara optimum.
 Halatuju itu sangat penting bagi sesebuah kementerian. Justeru semua jentera atau karyawan dibawah MOA, yang hadir semasa peluncurannya tempoh hari diharap hadir bukan sekadar memenuhi jemputan, mengambil hati atau menadah telinga, sebaliknya pulang dengan penuh iltizam dan komitmen untuk melaksankannya.

Sebahagian yang hadir di majlis peluncuran itu. Pemerhati cuak.
Kini tidak ada alasan lagi kalangan pegawai dibawah MOA atau para "pemerhati cuak kementerian itu" untuk mengatakan mereka kabur atau ketidaktentuan halatuju ekoran perubahan tampuk kerajaan. Kerana idea, wawasan dan gagasan sudah terbina dan dibentang dengan luas dan jelas. 

Tugas semua pihak sekarang ini ialah mengimplimentasikan segala dasar yang dibangunkan berlandaskan keutamaan dan kebijaksanaan — prioriti yang startegis.
Salahuddin diapit timbalannya dan KSU.Seperti mana dijelaskan Salahuddin, Halatuju itu dirangka berkonsepkan kepada tiga dimensi sektor  argomakanan, iaitu sekuriti makanan negara (food security and safety), pembangunan sektor luar bandar serta swasta dan perdagangan antarabangsa. Ertinya skop Halatuju itu memenuhi keperluan dan mengharapkan komitmen semua pihak.   
Sementara menurut Ketua Setiausaha (KSU) MOA, Mohd Sallehhuddin Hassan pula Halatuju itu bukan wewenang tetapi ia dibuat setelah menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) analysis) Kementerian selaras dengan Matlmat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) dan membangunkan komiditi tinggi sebagai sumber kekayaan baharu kepada negara. 
Ada lima halatuju besar digariskan sebagai latar belakang atau kompas perjalanan MOA dengan perincian dan huraian 18 strategi dan 51 inisiatif. 
Lima Halatujuh ialah ialah:

1. Memoden dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam subsektor padi, ruminan, dan perikanan. Terdapat lima strategi dengan 16 inisiatif untuk mencapai halatuju ini.
2. Merancak penglibatan pelaburan swasta dan pertanian secara komersial serta meningkatkan dagangan eksport pertanian. Dalam halatuju ini mempunyai tiga strategi dan enam inisiatif.

3. Menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan untuk petani, penternak, nelayan dan Agroprenneur muda. Hala tujun ini mempunyai tiga stretgi dengan sembilan inisiatif.
4. Menambah baik ekosistem industri pertanian untuk menyokong pemodenan pertanian, pelaburan sektor swasta dan aktiviti pengembangan untuk petani, penternak dan nelayan. Terdapat lima strategi utama dengan 13 inisiatif.
5. Memperkukuhkan struktur organisasi jabatan dan agensi di bawah MOA untuk menambahkan sistem peyampaian dan tadbir urus (Governans). Ada dua strategi dengan tujuh inisiatif.

Golongan NGO dan pengamal media ikut menerima
buku dasar MOA.Kemantapan dan kesempurnaan Halatuju ini tidak perlu disangsikan kerana mereka yang terlibat dalam merangkanya, terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pertanian dari berbagai aspek. 

Ianya ditunjangi oleh Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) yang ditubuh oleh MOA. Ertinya ia dizahirkan bukan tergesa-gesa melainkan setelah dibuat kajian dan analisa mendalam, untuk melihat sejauh mana praktikal dan logikal Halatuju atau dasar berkenaan.
Hanya yang diperlukan kini ialah pelaksanaan segala perancangan itu seperti dirancangkan. Perancangan yang mampan dan kemas tidak akan ke mana, kalau semua karyawan di bawa MOA tidak mengambil peranan masing-masing atau berbuat sambil lewa. Semua warga di bawah MOA dari pegawai rendah hingga ke peringkat tertinggi, Menteri, Timbalan Menteri, KSU, Timbalan KSU ketua-ketua jabatan dan agensi menjadi implimentor, dengan sokongan padu petani, nelayan dan penternak. 
Sama ada jaya atau tidak halatuju itu, ia terletak kepada sejauh mana peranan dimainkan oleh para implimentor itu. Yang akan menjadi tulang utama diperingkat penyampai ialah kesemua 12 agensi dan jabatan dibawa MOA. Setiap pegawai dan individu yang berada dibawah agensi itu pula diberi tanggungjawab dan akan dipertanggungjawabkan. Kegagalan MOA mencapai halatuju itu menjadi risiko mereka. Tidak kira apakah mereka dari lantikan politik atau terdiri dariapa kalangan pegawai kerajaan. 
Kita yakin dengan peruntukan dan segala macam kemudahan, peralatan, tenaga manusia serta penglibatan gigih para petani, tidak ada sebab dan alasan lagi untuk tidak mencapainya. Seandainya berlaku kelemahan dan hasrat menteri tidak dicapai untuk membawa perubahan dan semangat baru dalam sektor pertanian dengan meletakkan sasaran utama membebaskan petani dari terus dibelenggu berpendapatan B40, kesalahannya terletak dibahu semua.  
Apabila berbicara dan membayangi mengenai pelaksaaan ini, ucapan Salahuddin semasa meluncurkan Halatuju itu perlu dijadikan azimat. Semasa meluncur beliau menekankan komitmen semua peringkat agar bekerja dengan gigih penuh jujur dan ikhlas. Paling terkesan dan dirasakan, bahawa beliau serius dengan kementeriannya apabila memberi amaran tegas khas kepada pegawai MOA lantik politik dan juga kerajaan agar jujur dalam berkhidmat, tidak sesekali menggunakan kuasa dan kedudukan yang ada untuk kepentingan diri.
"Saya akan tegas dan tidak akan teragak-agak akan mengenakan tindakan hatta memecat mana-mana pegawai yang diketahui terlibat dengan melakukan rasuah," begitulah tegasnya.

Penegasan itu menjelaskan kesungguhan Salahuddin menjadikan MOA sebagai kementerian utama bukan sahaja mempertingkatkan daya saing dan pengeluaran makanan sebagai sumber kekayaan baharu negara, tetapi paling penting dari segala wawasan dan misi itulah, ialah membebaskan warga petani dari belenggu B40. 
Atas kesungguhan itulah baru difahami kenapa semasa membaca surat Wak Ibas Hamud 78, dalam gimik peluncuran itu Salahuddin menangis dan mengalirkan airmata sebab beliau yang kamil dengan nasib dan derita petani yang terus diperdebatan walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun. 

Beliau telah meletakkan dirinya berdosa jika tidak berjaya mencapai hasrat itu membebaskan pertani. Atas rasa itulah beliau tidak dapat menahan sebak dan menangis. Namun bagi mereka yang berhati kayu tidak dapat merasai kelembutan hati Salahuddin, dan tidak melihat apa yang berlaku itu dengan mata kejujuran, apabila ada yang menempelak beliau berlakon dan politik dalam tangisan. 

Diulang sekali lagi kesempurnaan dan betapa syumulnya Halatuju itu ia tidak mencapai sasaran sekiranya warga MOA seluruhnya tidak ikhlas melaksanannya. [wm.kl.11:16 am 20/02/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/02/halatuju-moa-2019-2020-pelaksanaanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Agung Perkep Kajang Sesi 2019 2020

Mesyuarat Agung Perkep Kajang Sesi 2019 2020

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 561 hits
8 Februari 2019 Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019 2020 telah diadakan di Sg Long Golf Resort Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019 2020 kali ini telah dirasmikan oleh YDH ACP Ahmad Dzaffir Bin Mohd Yussof Penaung PERKEP Kajang Majli...
Paypal Malaysia Bakal Ditutup Bermula April 2019 Semua Kakitangan Terkesan

Paypal Malaysia Bakal Ditutup Bermula April 2019 Semua Kakitangan Terkesan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 739 hits
Hari ini kami digemparkan dengan berita bahawa Paypal syarikat pembayaran atas talian yang cukup terkenal bakal menutup pejabat Malaysia mereka dan akan memulakan proses VSS bermula bulan April 2019 sehingga Ogos 2019 kelak
Pelawaan Penajaan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong Sesi Pengajian 2019 2020

Pelawaan Penajaan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong Sesi Pengajian 2019 2020

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 592 hits
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2019 2020 Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat untuk memohon Biasiswa Yang di Pertuan Agon...
Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam Politeknik Kolej Komuniti Dan Institut Latihan Kemahiran Awam 2019 2020

Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam Politeknik Kolej Komuniti Dan Institut Latihan Kemahiran Awam 2019 2020

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 530 hits
Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam Politeknik Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam 2019 2020 Pemberitahuan terkini khususnya kepada individu lepasan SPM dan STPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih t...
Mendikbud Ajak Semua Pihak Bahu Membahu Tingkatkan Kualitas Pendidikan Kebudayaan

Mendikbud Ajak Semua Pihak Bahu Membahu Tingkatkan Kualitas Pendidikan Kebudayaan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 300 hits
Rembuk Nasional Pendidikan dan Kebudayaan 2019 mengambil tema Menguatkan Pendidikan Memajukan Kebudayaan Presiden Jokowi dan Mendagri tampak hadir
Berikut Panduan Lengkap Daftar Penerimaan Pppk 2019 Di Portal Sscasn

Berikut Panduan Lengkap Daftar Penerimaan Pppk 2019 Di Portal Sscasn

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 296 hits
Kepala Biro Humas Badan Kepegawaian Negara Mohammad Ridwan mengatakan pendaftaran PPPK akan dilakukan secara terintegrasi melalui portal nasional SSCASN via https sscasn bkn go id pada tanggal 10 hingga 16 Febuari 2019
Kementerian Bumn Pln Terbitkan Komodo Bond April 2019

Kementerian Bumn Pln Terbitkan Komodo Bond April 2019

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 197 hits
Deputi Bidang Usaha Energi Logistik Kawasan dan Pariwisata Kementerian Badan Usaha Milik Negara Edwin Hidayat Abdullah mengatakan rencananya penerbitan obligasi ini pada April 2019
Bei Targetkan Investor Saham Semester I 2019 Capai 1 Juta Sid

Bei Targetkan Investor Saham Semester I 2019 Capai 1 Juta Sid

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 303 hits
Direktur Pengembangan BEI Hasan Fawzi menjelaskan pada saat ini jumlah investor saham telah mencapai 880 000 SID Pihaknya pun mengaku telah menyiapkan sejumlah strategi guna mendorong target 1 juta investor SID dapat tercapai
Walk For Kids 2019

Walk For Kids 2019

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 338 hits
Walks for kids 2019 Jom bawa anak anak untuk sertai larian ni 5km run and 3km Fun walk Bertempat di Mutiara Rini The post appeared first on
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator