Halalkah Haiwan Yang Disembelih Tanpa Nama Allah



Islam menganjurkan umatnya untuk berbuat ihsan terhadap sekeliling sama ada terhadap haiwan untuk disembelih atau dibunuh.
Bahkan, selalunya kita akan melihat proses penyembelihan umat Islam yang amat berbeza dengan cara Barat. Bermula dengan memastikan pisau yang digunakan untuk disembelih diasah agar tidak menyakitkan penyembelihan, memberi haiwan tersebut makan dan juga menyebut nama Allah sebelum disembelih.
ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻛَﺘَﺐَ ﺍﻟْﺈِﺣْﺴَﺎﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻗَﺘَﻠْﺘُﻢْ ﻓَﺄَﺣْﺴِﻨُﻮﺍ ﺍﻟْﻘِﺘْﻠَﺔَ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺫَﺑَﺤْﺘُﻢْ ﻓَﺄَﺣْﺴِﻨُﻮﺍ ﺍﻟﺬَّﺑْﺢَ ﻭَﻟْﻴُﺤِﺪَّ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﺷَﻔْﺮَﺗَﻪُ ﻓَﻠْﻴُﺮِﺡْ ﺫَﺑِﻴﺤَﺖَ
Maksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh, maka berbuat ihsanlah dalam cara pembunuhan dan jika kalian menyembelih, maka berbuat ihsanlah dalam cara menyembelih, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan parangnya dan menyenangkan sembelihannya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1955)
Dari sekecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya, kita perlu menitikberatkan ihsan terhadap mereka agar dikurangkan kesakitan.
Berikutan dengan membaca nama Allah sebelum penyembelihan, jumhur ulama berpendapat bahawa ia merupakan salah satu syarat penyembelihan bagi menghalalkan binatang tersebut.
Bahkan, terdapat sebahagian ulama yang berpendapat bahawa, haram memakan makanan yang tidak disembelih tanpa nama Allah.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita akan makan di restoran-restoran yang tidak diketahui sama ada daging yang dimasak itu menggunakan nama Allah dalam proses penyembelihannya. Barangkali mereka menggunakan daging import yang diproses menggunakan mesin.
Jadi, apakah hukum memakan daging ini dan bagaimana pula dengan statusnya?
Terdapat dua pendapat daripada empat mazhab yang telah dibahaskan oleh para ulama, iaitu:
#1 – Halal Dimakan
Mazhab Syafi’e, Hanbali dan Maliki menghukumkan daging ini adalah halal dimakan walaupun semasa proses penyembelihannya tidak disebut nama Allah kerana ia hanya sunnah dan bukan syarat sah untuk penyembelihan.
Yang menjadikannya tidak halal ialah jika haiwan tersebut disembelih dengan nama tuhan lain. Hal ini ada disebut dalam kitab-kitab dari golongan mazhab Syafi’e:
وأجاب عنه الشافعية أن المراد مما لم يذكر اسم الله عليه بأن ذكراسم غيره عليه فنزلت الآية ناهيا لهم عن أن يأكلوا مما سموا عليه آلهتهم بخلاف ما لم يسم عليه أصلا فيحل، لأن التسمية سنة عندنا
Maksud: “Golongan Syafi’iyyah menjawab bahawa yang dimaksudkan tidak disebut dengan nama Allah adalah menyebut dengan nama tuhan lain selain Allah. Maka, disebabkan itu turunlah ayat yang melarang mereka memakan makanan yang telah disembelih dengan menyebut nama tuhan-tuhan mereka. Berbeza jika pada awalnya telah disedari (sembelihan itu) tanpa basmallah, maka itu adalah halal. Kerana mengucapkan basmallah adalah sunnah.” (Hadis Riwayat Baihaqi, 1/286)
Tambahnya lagi, cukuplah proses memasak atau sebelum makan itu disebut dengan nama Allah, maka makanan itu adalah halal dimakan (terhadap makanan yang halal).
Manakala dalam Mazhab Hanbali, menyebutkan tasmiyyah atau nama Allah adalah syarat sah tetapi tidak mengapa sekiranya terlupa.
#2 – Haram Dimakan
Mazhab Hanafi berpendapat haram dimakan daging yang tidak disembelih dengan nama Allah berdasarkan dalil daripada Al-Quran yang menyebut:
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّـهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
Mafhum: “Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa).” (Surah Al-An’am, 6:121)
Pendapat ini juga dipegang oleh Mazhab Maliki – bacaan tasmiyyah adalah syarat sah dan tidak boleh ditinggalkan secara sengaja namun tidak mengapa sekiranya tidak sengaja.
Kesimpulan
Walau bagaimanapun, melihat kepada pendapat jumhur ulama yang mewajibkan untuk menyebut nama Allah untuk menyembelih, umat Islam seeloknya memilih untuk memakan haiwan yang diyakini cara penyembelihannya adalah halal.
Wallahu a’alam.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Halalkah Haiwan Yang Disembelih Tanpa Nama Allah appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/halalkah-haiwan-yang-disembelih-tanpa-nama-allah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Lupa Allah Kadang Allah Tarik Nikmat Zahir Dan Batin 9589

Sebab Lupa Allah Kadang Allah Tarik Nikmat Zahir Dan Batin 9589

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1194 hits
Dah Allah tarik nikmat zahir dan batin Allah tarik lagi nikmat xsedar sedar dengan kelemahan diri sebab Allah bagi dia rasa sentiasa betul sahaja Nauzubillahminzalik Doa berlindung dari dicabut nikmat lahir batin
Hidayah Milik Allah 2 Hari Ceramah Di Sabah Ustaz Ebit Bantu 4 Orang Ucap Kalimah Syahadah

Hidayah Milik Allah 2 Hari Ceramah Di Sabah Ustaz Ebit Bantu 4 Orang Ucap Kalimah Syahadah

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 388 hits
Tidak pernah lekang dengan kerja kerja dakwah itulah dia ustaz Ebit Lew yang cukup dikenali dengan kelembutan bicaranya dalam menyampaikan ajaran Islam Keperibadian dan cara dakwahnya telah banyak menarik minat ramai untuk mengenali Islam T...
Melakukan Sesuatu Yang Baik Untuk Diri Famili Kenalan Dan Alam Dengan Niat Kerana Allah 9585

Melakukan Sesuatu Yang Baik Untuk Diri Famili Kenalan Dan Alam Dengan Niat Kerana Allah 9585

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 293 hits
Sahabat In Syaa Allah Marilah kita melakukan sesuatu yang baik untuk diri famili kenalan dan alam dengan niat kerana Allah
Bila Berbuat Baik Kerana Allah 9584

Bila Berbuat Baik Kerana Allah 9584

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1311 hits
Sabda Rasulullah dalam menyampaikan perintah dan larangan Allah
Ucapan Di Antara Allah Nabi Muhammad S A W

Ucapan Di Antara Allah Nabi Muhammad S A W

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 532 hits
Master cerita pasal tadi dia dapat daripada khutbah minggu lepas Rupa rupanya bacaan tahiyyat yang manusia Muslim duk baca dalam solat itu adalah ucapan2 di antara Rasulullah sollallahu alaihi wassalam dan Allah subhanahu wa ta ala 3 ucapan...
Kerana Allah Saya Tetap Senyum Walau Dilukai Berjuang Walau Ketakutan Ozil

Kerana Allah Saya Tetap Senyum Walau Dilukai Berjuang Walau Ketakutan Ozil

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 228 hits
Pemain bintang pasukan Arsenal iaitu Mesut Ozil yang teruk dikritik oleh pelbagai pihak selepas menyuarakan tentang penindasan etnik Uighur di China pada hujung tahun lalu telah memuat naik satu ciapan terbaru seolah olah menyatakan tentang...
Hati Kita Milik Allah

Hati Kita Milik Allah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 559 hits
Assalamualaikum Salam jumaat Apa pun yang kita rasa semuanya dari Allah Setiap rasa yang kita rasai pastinya ada hikmah di sebalik perasaan tu Jangan pernah kesali apa sahaja perasaan yang hadir dalam hidup kita okay
Berdoa Untuk Allah Kurniakan Famili Yang Bagus 9548

Berdoa Untuk Allah Kurniakan Famili Yang Bagus 9548

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 249 hits
DOA MEMOHON DIBERI KELUARGA YANG BAIK Ya Rabb kami anugrahkanlah kepada kami isteri isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang orang yang bertaqwa
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang