Hakim Benarkan Bekas Staf Anwar Kemuka Dokumen Saman Serangan Seksual Dalam Bicara Kes Senjata Dadah


 

(MN) – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dokumen saman sivil serangan seksual melibatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dimasukkan sebagai bahan eksibit pembelaan dalam perbicaraan kes dadah dan senjata api bekas staf presiden PKR itu, Muhammed Yusoff Rawther, tahun lalu.
Semasa pemeriksaan balas saksi pertama pihak pendakwaan, Inspektor Wan Muhammad Wan Ali, peguam bela Rafique Rashid menunjukkan senarai saksi berkaitan saman sivil anak guamnya terhadap Anwar.
Wan Muhammad merupakan antara pegawai dari Bahagian Siasatan Khas D9, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, yang terlibat dalam operasi serbuan ke atas kenderaan milik Yusoff pada 6 September tahun lalu.
Timbalan pendakwaraya Mohd Sabri Othman membantah dokumen saman Yusuff terhadap Anwar dikemukakan pasukan peguam bela, dengan alasan ia tiada kaitan dengan kes jenayah.
“Kes sivil tersebut dirujuk berdasarkan undang-undang sivil. Jika mahkamah membenarkan, banyak lagi dokumen-dokumen sivil bakal dikemukakan dan tumpuan (terhadap) kes dadah dan senjata akan menjadi huru-hara,” kata Sabri.
Rafique kemudian menjelaskan bahawa Yusoff telah memberitahu polis bahawa Anwar dan bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador tidak berpuas hati dengan Yusoff disebabkan aduan yang dilaporkan terhadap mereka.
“Hendak mengatakan barang ini ‘planted’ atau Yusoff diperangkap, kena ada asasnya. Inilah asasnya yang kita bawa dokumen-dokumen. Kita mahu tunjukkan rentetan tarikh-tarikh berkaitan,” kata Rafique.
“Jika tidak, ia hanya menjadi penafian kosong.”
Hakim Muhammad Jamil Hussin bagaimanapun membenarkan dokumen saman itu ditunjukkan kepada Wan Muhammad.
Dalam jawapannya, Wan Muhammad berkata beliau menerima panggilan daripada pihak tidak dikenali, yang memberitahunya terdapat senjata dalam kenderaan tersebut.
Yusoff berdepan tuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36 Akta Senjata Api.
Pada 6 September tahun lalu, polis mendakwa menemui dadah dan senjata dalam kenderaan milik Yusoff di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kes itu mendapat perhatian selepas timbul pelbagai tanda tanya mengenai cara Yusoff diserbu dan ditangkap sekumpulan anggota polis.
Tangkapan itu dibuat seminggu selepas Yusoff memfailkan senarai saksi dalam samannya terhadap Anwar, yang bakal dibicarakan pada 16 Jun ini.
Yusoff dan keluarganya telah membuat dua laporan polis dengan menamakan beberapa individu terkenal yang perlu disiasat, termasuk Farhash.
Polis masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai status laporan itu.
Yusoff, cucu aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang, Allahyarham SM Idris, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan memiliki dua pucuk pistol dan 305g ganja di dalam keretanya seperti didakwa polis.
Rafique berkata pihaknya mahu meletakkan asas-asas pembelaan Yusoff menerusi dokumen saman tersebut.
“Kita kena letakkan asas siapa yang bagi arahan (perangkap) kalau betul ada arahan. Kenapa dia rasa dia perangkap? Kita tak boleh hanya cakap di luar. Dalam mahkamah kita kena tampil dengan bukti. Kalau tidak, hanya akan jadi cakap kosong.
“Dari hari pertama Yusoff kekal mengatakan dia adalah mangsa perangkap,” katanya.
Sementara itu, Rafique turut mengemukakan rakaman percakapan Yusoff kepada pihak polis sebagai eksibit pembelaan.
Yusoff pernah bertugas sebagai bekas pembantu penyelidik Anwar di sebuah pejabat banglo di Petaling Jaya pada 2018.
Tidak lama selepas itu, dia membuat laporan polis mendakwa presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang menyaksikan Anwar kembali ke Dewan Rakyat empat tahun selepas disabitkan kesalahan liwat.
Pada Julai 2021, Yusoff memfailkan saman sivil terhadap Anwar.
Sumber : MalaysiaNow
The post Hakim benarkan bekas staf Anwar kemuka dokumen saman serangan seksual dalam bicara kes senjata/dadah appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2025/04/08/hakim-benarkan-bekas-staf-anwar-kemuka-dokumen-saman-serangan-seksual-dalam-bicara-kes-senjata-dadah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Felda Diberi Tempoh Sebulan Kemuka Pelan Hala Tuju Baharu Pm Anwar

Felda Diberi Tempoh Sebulan Kemuka Pelan Hala Tuju Baharu Pm Anwar

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 182 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Felda terus berdaya maju bagi memastikan nasib para peneroka terus terjamin KUALA LUMPUR 26 Mar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutu...
Kes Dadah Hangpa Nak Bela Dia

Kes Dadah Hangpa Nak Bela Dia

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 160 hits
MMMS Dia punya plot twist kalah sinetron Sebab itu kena tabayyun dan biar polis siasat Semua nak jadi terpaling influenza nak kejar clout Ini belum apa apa dah makin hamun orang yang berbeza pendapat Moga pendakwaan segera di lakukan demi k...
Bekas Penjawat Awam Sarawak Dihukum 468 Tahun Penjara Dan Denda Rm180 Juta Atas Kes Money Laundering Cbt

Bekas Penjawat Awam Sarawak Dihukum 468 Tahun Penjara Dan Denda Rm180 Juta Atas Kes Money Laundering Cbt

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 165 hits
Mahkamah Sessions Kuching hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 468 tahun dan denda RM180 juta kepada seorang bekas pembantu pentadbiran kewangan Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak setelah beliau didapati bersalah atas 39 pertuduhan jen...
Peniaga Belon Viral Di Jalan Tar Rupanya Ada 13 Rekod Jenayah Kebanyakan Kes Dadah

Peniaga Belon Viral Di Jalan Tar Rupanya Ada 13 Rekod Jenayah Kebanyakan Kes Dadah

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 134 hits
Polis kini menyiasat insiden di mana penguatkuasa DBKL terlibat dalam pertikaian fizikal dengan seorang peniaga belon Namun mereka menemui sesuatu yang menarik tentang peniaga itu Peniaga belon ini mempunyai 13 rekod jenayah kebanyakannya b...
Syarikat As Saman Trump Bantah Kenakan Tarif Ke Atas China

Syarikat As Saman Trump Bantah Kenakan Tarif Ke Atas China

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 120 hits
Saman itu difailkan terhadap Trump oleh Perikatan Kebebasan Sivil Baharu bagi pihak syarikat tersebut Foto AFPWASHINGTON 5 Apr Sebuah syarikat alat tulis di Florida yang mendapatkan produk dari China menyaman pentadbiran Presiden Amerika Sy...
Menjawab Fitnah Kl Tower Jual Arak Dan Tiada Surau Surat Saman Akan Sampai

Menjawab Fitnah Kl Tower Jual Arak Dan Tiada Surau Surat Saman Akan Sampai

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 132 hits
Tjerealjoker Faiq Khalifa ni tuduh Restoran kat KL Tower jual arak sebelum Hamid Hydroshoppe tu masuk jaga Lepas si Hamid tu ambil alih dia stop laa semua penjualan arak So nampak Hamid ni terpaling Islamic laa Dan kononnya dulu kat KL Towe...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran