Hakim Banyak Masalah Keterangan Najib Berhubung Derma Arab Saudi


KUALA LUMPUR -- Terdapat ‘banyak masalah’ dengan keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai derma Arab Saudi yang diterima dalam akaun bank peribadinya, kata Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. 
Hakim Mohd Nazlan, yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Najib berhubung penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd berkata tertuduh, dalam keterangannya sebagai saksi, tidak mendengar sendiri atau dimaklumkan oleh Almarhum Raja Abdullah atau kerabat diraja Arab Saudi mahu menawarkan bantuan kewangan untuk menyokong kepimpinannya.
“Tiada bukti daripada tertuduh yang berusaha untuk mengesahkan niat yang dikaitkan dengan Raja Abdullah itu dengan sesiapapun. Tidak dengan Raja secara langsung, atau dengan mana-mana pegawai kerajaan yang dengan mudah boleh diperiksa untuk mengesahkan maklumat itu untuk Perdana Menteri.

“Berikutnya, tidak ada keterangan jika derma yang dimaksudkan itu akan disertakan dengan apa-apa syarat penggunaan. Tiada apa-apa. Tertuduh hanya menerima kata-kata ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low.
“Tanpa mempedulikan pengaruh Jho Low dalam segmen kerabat diraja Arab Saudi, dan kepercayaan tertuduh terhadapnya berdasarkan apa yang telah dicapai, saya dapati bahawa kegagalan tertuduh memastikan pengesahan rasmi mengenai sumbangan yang ingin diberikan oleh Raja Abdullah menunjukkan yang beliau percaya derma yang akan diberikan oleh Raja Abdullah itu adalah sukar diterima akal. Dalam perkataan lain, tertuduh tidak mempercayainya,” kata hakim dalam penghakiman ringkasnya.
Mengenai dakwaan bahawa Raja Abdullah ingin memberikan derma peribadi kepada tertuduh, Hakim Mohd Nazlan menyatakan bagi pemimpin negara lain memasukkan wang ke dalam akaun bank peribadi tertuduh, kelihatan janggal dalam hubungan antarabangsa, walaupun pada tahap peribadi antara pemimpin negara berbeza.
“Tiada pengesahan daripada pegawai kerajaan sama ada kerajaan Arab Saudi dan Malaysia, bahawa tertuduh, sebagai Perdana Menteri sebenarnya telah menerima dalam akaun peribadinya derma daripada Raja Abdullah dalam tempoh yang berkenaan.
"All roads lead to Rome and in this case it leads to Riyadh (semua kekayaan pergi kepada Rom dan dalam kes ini ia mengarahkannya ke Riyadh). Banyak hujah tertuduh berkaitan dengan inti pembelaan tertuduh iaitu kepercayaan dan pengetahuannya mengenai akaunnya dan operasi mereka adalah berasaskan wang derma Arab Saudi yang didakwa.
“Saya sebelum  ini telah menyatakan bahawa hujah bahawa tertuduh tidak mempunyai pengetahuan tentang pengiriman wang RM42 juta itu, bukan hanya bergantung pada dakwaannya tidak terlibat dalam pengurusan akaunnya sendiri dan ketiadaan pengetahuan mengenai baki, tetapi juga mengenai kepercayaannya tentang derma wang daripada Arab Saudi. Ini menimbulkan persoalan sama ada dakwaan kepercayaan dan pengetahuan bahawa pengiriman wang asing dari Raja Abdullah adalah tulen atau dibuat-buat,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Hakim Mohd Nazlan juga berkata Ahli Parlimen Pekan itu tidak mengambil langkah logik untuk mengembalikan RM42 juta itu kepada syarikat (SRC) selepas dimaklumkan tentangnya oleh Pengarah Ihsan Perdana Sdn Bhd Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Yayasan Rakyat 1Malaysia (YRIM) Ung Su Ling.
"Tetapi sewaktu hujahan balas walaupun soalan diulang, tertuduh kekal menyatakan dia tidak pulangkan duit kerana siasatan masih belum selesai. Ini adalah tidak meyakinkan kerana memandangkan keraguan itu, dia seharusnya menawarkan untuk mengetepikan RM42 juta untuk kemungkinan mengembalikan semula kepada SRC atau seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Tetapi ia tidak berlaku.
“Daripada keseluruhan bukti, pihak pembelaan gagal untuk membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Saya berpuas hati bahawa ia telah berjaya dibuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa tertuduh, sebagai pengarah bayangan dan sebagai seorang pengarah SRC  (seperti yang didefinisikan di bawah Seksyen 402A Kanun Keseksaan) yang diberi kepercayaan untuk menguasai harta syarikat, dengan niat tidak jujur telah menyalahgunakan (menukar untuk kegunaan sendiri) dana milik SRC dengan jumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta seperti dinyatakan dalam tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT),” katanya.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, hakim itu berkata berdasarkan fakta dan keterangan seperti yang dinyatakan, selaku pemegang akaun, tertuduh tidak boleh dikatakan sebagai seorang yang waspada dan telah mengambil langkah untuk memastikan RM42 juta yang diterima dalam akaunnya bukan daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang dan dia tahu bahawa sumber wang itu adalah sah.
Beliau mengatakan, dalam hal ini ia menimbulkan keraguan luar biasa menyebabkan kesimpulan yang tidak dapat ditolak bahawa tertuduh sengaja memilih tidak mempersoal dan menyelidik pertanyaan yang jelas memerlukan kesahan, jadi dia dapat menyatakan tidak mengetahuinya dan tindakan ini adalah disengajakan.
“Namun tertuduh tidak mengambil satu langkah pun untuk menyiasat bagi mengetahui kebenaran masalah tersebut. Pembelaan tertuduh yang beliau percaya dana itu dimasukkan ke akaunnya adalah sumbangan daripada Raja Abdullah tidak lain adalah rekaan semata-mata.
“Untuk mengelakkan keraguan, saya mesti menekankan bahawa walaupun dapatan mengenai tertuduh dengan sengaja mendiamkan penerimaan hasil daripda aktiviti tidak sah di dalam akaunnya 880 dan 906 seperti yang didakwa dalam kesalahan pengubahan wang haram, fakta dan keterangan dalam kes ini yang relevan dengan niat tidak jujur dan pengetahuan untuk tuduhan CBT juga menjamin inferen bahawa tertuduh mengetahui bahawa RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya adalah dari SRC International di bawah Seksyen 4(2)(a) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA). 
“Oleh itu saya dapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tertuduh di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA seperti yang dijelaskan dalam tiga pertuduhan pengubahan wang haram. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pengubahan wang haram seperti yang dinyatakan dalam tiga pertuduhan terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah,” kata hakim.
Semalam, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.
Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan CBT dan tiga kes pengubahan wang haram dan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Hakim memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan serentak. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/07/hakim-banyak-masalah-keterangan-najib.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hakim Tak Percaya Raja Arab Derma

Hakim Tak Percaya Raja Arab Derma

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 264 hits
Ipohmali Agak menarik membaca Teks penghakiman Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali asas kepada sabitan kepada DS Najib sama seperti status yang aku tulis malam tadi yang bukti dan asas pendakwaan kukuh 1 DERMA ARAB Pertama aku tulis malam tadi s...
Hakim Sah Najib Saling Berhubung Dengan Jhow Low

Hakim Sah Najib Saling Berhubung Dengan Jhow Low

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 275 hits
Hakim berkata tertuduh iaitu Dato Seri Najib Razak tahu berkaitan transaksi wang ke dalam akaun di AmBank Islamic tetapi tidak mendedahkannya Berkaitan akaun bank hakim berkata Jho Low dan ketua setiausaha sulit Najib Azlin Alias saling ber...
Arab Saudi Umum Ibadat Haji Bermula 29 Julai Ini

Arab Saudi Umum Ibadat Haji Bermula 29 Julai Ini

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 195 hits
RIYADH Ibadat haji tahun ini yang bilangan umat Islam mengerjakannya dikurangkan kepada hanya kira kira 1 000 orang ketika Arab Saudi berusaha menangani pandemik koronavirus akan bermula pada 29 Julai ini kata pihak berkuasa pada Isnin Pada...
Kerajaan Arab Saudi Tetapkan 1 Dzulhijjah 22 Juli Wukuf Di Arafah Kamis 30 Juli

Kerajaan Arab Saudi Tetapkan 1 Dzulhijjah 22 Juli Wukuf Di Arafah Kamis 30 Juli

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 238 hits
Kerajaan Arab Saudi menetapkan 1 Dzul Hijjah 1441 H jatuh pada Rabu 22 Juli 2020 Keputusan tersebut dikeluarkan Kerajaan Saudi melalui Mahkamah Tinggi Agama setelah pihaknya tidak melihat hilal pada Senin 20 Juli kemarin Dengan demikian Ins...
Hakim Najib Tahu Baki Dalam Akaunnya Tapi Tidak Bertindak Pulangkan

Hakim Najib Tahu Baki Dalam Akaunnya Tapi Tidak Bertindak Pulangkan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mengetahui baki dalam akaunnya berdasarkan hujahan pembelaan bahawa ahli perniagaan Jho Low dan bekas Ketua Setiausaha Peribadinya Allahyarham arwah Datuk Seri Azlin Alias menguruskan akaun bek...
Perdana Menteri Iraq Tangguh Lawatan Ke Arab Saudi

Perdana Menteri Iraq Tangguh Lawatan Ke Arab Saudi

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 231 hits
Perdana menteri Iraq tangguh lawatan ke Arab Saudi nbsp Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul 2020 11 30PM
Malaysia Mohon Tiga Rakyatnya Di Arab Saudi Dibenar Tunai Haji Zulkifli

Malaysia Mohon Tiga Rakyatnya Di Arab Saudi Dibenar Tunai Haji Zulkifli

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 206 hits
KLANG 22 Julai Kerajaan memohon kepada Arab Saudi agar membenarkan tiga rakyat Malaysia yang berada di negara itu menjadi antara 1 000 jemaah terpilih bagi menunaikan ibadah haji tahun ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri ...
Arab Saudi Lulus Permohonan Lapan Jemaah Malaysia Tunai Haji

Arab Saudi Lulus Permohonan Lapan Jemaah Malaysia Tunai Haji

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR 28 Julai Lapan rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi terpilih dalam kalangan 1 000 jemaah yang dibenarkan negara itu untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr Zulk...
Pak Arab Ucap Tahniah Tu Dia Najib Nak Jawab Macam Mana Lebai Pula Lupa Lupa Lena

Pak Arab Ucap Tahniah Tu Dia Najib Nak Jawab Macam Mana Lebai Pula Lupa Lupa Lena

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 313 hits
W FAUDZINDapat ucapan tahniah dari Arab kerana berjaya buktikan siapa perompak duit rakyat yang digelar MO1 itu Dia kata duit daalm akaun dia tu adalah derma dari Arab tapi Arab ucap tahniah bila dia kena pelik kan
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun