Hak Dalam Pilihan Raya Demokrasi


PENGETAHUAN mendalam mengenai selok-belok pilihan raya perlu difahami oleh setiap rakyat khususnya lebih 15 juta pengundi. ISNIN lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Satu lagi pilihan raya negeri mengejut selepas Sabah pada tahun lalu.
Kini, kita sedang menanti tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak yang bakal ditetapkan sebaik sahaja tempoh pelanjutan darurat gantung pilihan raya berakhir pada 2 Februari 2022. Dalam pada itu, cakap-cakap mengenai pilihan raya umum (PRU) nasional juga terus kedengaran, sekali gus mencerminkan pilihan raya telah menjadi sebahagian daripada ekosistem rakyat.
Di sebalik pelbagai spekulasi yang terus bermain dalam arena politik negara, dewasa ini rakyat memang arif tentang sejarah kemerdekaan negara. Pelbagai aspek tentang pengisian kemerdekaan dirakam dalam pelbagai bentuk tulisan. Majoriti rakyat turut mengetahui tentang politik dan sistem demokrasi yang diamalkan.
Namun, ramai yang belum begitu terdedah kepada maklumat khusus mengenai perkembangan demokrasi dalam konteks pilihan raya. Pendidikan mengenai pilihan raya juga dilihat belum menyeluruh.
Sistem pilihan raya yang diperkenalkan di Melaka dan Pulau Pinang menjadi perintis apabila Pilihan Raya Perbandaran buat pertama kali diadakan dari 5 hingga 20 Disember 1857. Sejak awal 1950-an, rakyat khususnya yang bermastautin di bandar-bandar besar mula mengenali erti politik dan demokrasi secara lebih meluas.
Dalam arena politik dan pilihan raya yang lebih luas, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 1955 telah membuka ruang kepada parti-parti politik untuk mengambil bahagian lebih aktif dalam pilihan raya. Segala urusan dikendalikan secara lebih sistematik dengan tertubuhnya SPR, dua tahun kemudian. Dan maklumat dalam konteks pilihan raya telah dapat dihayati khususnya aspek perundangan dan sistem pilihan raya itu sendiri.
Bertolak dari itu, buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia setebal lebih 800 halaman ini menyediakan satu huraian lengkap yang diperlukan oleh setiap rakyat sama ada pemilih, parti politik, calon atau agensi yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya bagi menjayakan objektif sistem demokrasi, dan akan menjadi penting sementara kita mula menuju untuk melaksanakan sistem undi 18 tahun.
Selari dengan perkembangan sistem dan undang-undang pilihan raya, proses pilihan raya dan persaingan kini dilihat semakin kompleks. Pilihan raya tidak hanya terhad kepada proses keluar mengundi semata-mata. Sebaliknya, ia turut membabitkan proses pendaftaran pemilih, penamaan calon, syarat-syarat berkaitan kempen, pengiraan undi, pengisytiharan keputusan dan juga petisyen serta pilihan raya kecil. Keseluruhannya, pada hari ini ada 30 proses dalam pengurusan pilihan raya.
Maka, pengetahuan mendalam mengenai selok-belok pilihan raya bukan hanya hak dan perlu diketahui oleh para calon, malah perlu difahami oleh setiap rakyat iaitu lebih 15 juta pengundi. Pilihan raya merupakan satu komponen amat penting di negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia. Oleh itu, ketersediaan dan kedapatan bahan rujukan berkaitan proses pilihan raya demokrasi amat penting.
Bagi memenuhi keperluan setiap pemegang taruh, buku terbitan Penerbit Universiti Malaya ini menyediakan satu panduan bernilai lagi menyeluruh bagi setiap pemegang taruh – pengundi, calon, ejen calon, penyokong, pembuat dasar, pelajar atau sesiapa sahaja yang ada peranan dan minat dalam proses pilihan raya, seterusnya membantu mewujudkan barisan mereka yang diberikan amanah untuk mentadbir negara.
Bagi tujuan itu, karya ini menghidangkan data dan fakta penting berkaitan sejak PRU pertama 1959 dalam bentuk kronologi dan trivia yang menarik serta senarai keputusan penuh PRU-14 sebagai rujukan bagi menghadapi PRU-15 dan PRN ke-12 Sarawak serta pilihan raya mengejut di Melaka, bulan depan.
Bagi tujuan itu, buku ini terdiri daripada 14 bab, iaitu huraian mengenai Kerajaan dan Pilihan Raya, Sistem dan Proses Pilihan Raya, Undang-undang dan Peraturan, Penamaan Calon, Daftar Pemilih, Kempen Pilihan Raya, Pengundian dan Pengiraan Undi, Setelah Selesainya Pilihan Raya dan Petisyen Pilihan Raya. Satu bab dikhususkan untuk menghuraikan perkembangan sejak selepas PRU 2018, termasuk mengenai hak dan tanggungjawab pengundi dan wakil rakyat.
Diyakini karya ini akan membantu usaha menyuburkan lagi demokrasi di Malaysia.
DR. G. Manimaran ialah pengamal media dan bekas Ahli Tetap Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC).
Baca Artikel Menarik :
PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR DAP tentang Norhizam sebagai calon PH Muhammad nama popular di UK? Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH Timah, hanya modal untuk serang PAS – Tuan Ibrahim Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui Lelaki Terkaya Di Asia Miliki Aset RM415 Billion Setara Elon Musk dan Jeff Bezos Anak Pengasas Microsoft Bill Gates Kahwini Dengan Pemuda Muslim Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai polis Mana ada orang betul-betul kaya baling duit Layari Laman Facebook MYKMU
Dua penjuru milik BN, tiga penjuru peluang PH

The post Hak dalam pilihan raya demokrasi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/20/hak-dalam-pilihan-raya-demokrasi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Calon Pilihan Raya Umno Bukan Lagi Hak Presiden Seorang

Pemilihan Calon Pilihan Raya Umno Bukan Lagi Hak Presiden Seorang

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 199 hits
BERNAMA Zahid berkata perkara itu akan dibincangkan bersama timbalan dan naib presiden Umno Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya Mohamad Hassan dan barisan kepimpinan Umno melambaikan tangan ketika Persidangan Umno 2020 di P...
Pilihan Raya Atas Nama Demokrasi Ketika Negara Masih Diancam Covid 19 Tidak Wajar

Pilihan Raya Atas Nama Demokrasi Ketika Negara Masih Diancam Covid 19 Tidak Wajar

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 201 hits
Tidak wajar pilihan raya diadakan atas nama demokrasi ketika negara masih dilanda ancaman pandemik COVID 19 Justeru kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya disaran mengambil pendekatan dengan melaksanakan strategi tertentu sekiranya mahu meng...
Umno Tetap Tidak Akan Bekerjasama Dengan Bersatu Di Dalam Mana Mana Pilihan Raya

Umno Tetap Tidak Akan Bekerjasama Dengan Bersatu Di Dalam Mana Mana Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 204 hits
MELAKA UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam mana mana dalam pilihan raya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara terbabit sudah diputuskan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO Tidak timbul isu UMNO ce...
Perhimpunan Berkaitan Pilihan Raya Dilarang Bermula Esok

Perhimpunan Berkaitan Pilihan Raya Dilarang Bermula Esok

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 231 hits
Oleh KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan melarang apa juga bentuk perhimpunan yang berkaitan dengan pilihan raya berkuat kuasa esok hingga 27 November depan Menterinya Khairy Jamaluddin berkata perhimpunan itu termasuk termasuk penganjuran m...
Kementerian Kesihatan Melarang Apa Juga Bentuk Perhimpunan Berkaitan Pilihan Raya

Kementerian Kesihatan Melarang Apa Juga Bentuk Perhimpunan Berkaitan Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan melarang apa juga bentuk perhimpunan yang berkaitan dengan pilihan raya berkuat kuasa esok hingga 27 November depan Menterinya Khairy Jamaluddin berkata perhimpunan itu termasuk termasuk penganjuran majlis...
Pilihan Raya Negeri Prn Melaka Parti Amanah Negara Sasar Bertanding 10 Kerusi

Pilihan Raya Negeri Prn Melaka Parti Amanah Negara Sasar Bertanding 10 Kerusi

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 209 hits
PETALING JAYA Amanah menyasarkan untuk bertanding lapan hingga 10 kerusi pada pilihan raya negeri Melaka bulan depan Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional Asmuni Awi berkata jumlah kali ini bertambah berbanding hanya enam kerusi daripada 28...
Suruhanjaya Pilihan Raya Tetapkan 20 November Ialah Hari Pengundian Prn Melaka

Suruhanjaya Pilihan Raya Tetapkan 20 November Ialah Hari Pengundian Prn Melaka

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 224 hits
MELAKA Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Melaka Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November ...
Pilihan Raya Negeri Melaka Siapa Ingkar Mou

Pilihan Raya Negeri Melaka Siapa Ingkar Mou

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 285 hits
Katanya disebabkan dalam masa tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum pertukaran Perdana Menteri berlaku tiga kali maka kerana itu pimpinan PAKATAN HARAPAN menandatangani demi ketenangan suasana politik Dalam keadaan tenang ini tiba tiba berla...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp