Hajiji Bertahan Di Kubu Sendiri Sahaja Tidak Keluar Kempen Luar Kawasan


Persoalan mengenai siapa calon Ketua Menteri dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih belum terungkai walaupun kempen pilihan raya negeri Sabah hampir ke penghujungnya.
Salah seorang calon ketua menteri yang disebut-sebut adalah Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor, 65, yang menjadi anggota dewan undangan (Adun) Sulaman selama lapan penggal.
Dua calon lain adalah Presiden Warisan, Shafie Apdal dan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin.
Walaupun Shafie dan Bung memiliki pengaruh yang besar di kubu kuat masing-masing iaitu di Semporna dan Kinabatangan, kedua-duanya menghabiskan banyak masa untuk menjelajah seluruh Sabah.
Bagaimanapun, kempen Hajiji, berdasarkan undangan media nampaknya terbatas di daerah Tuaran.
Tuaran adalah sebuah bandar yang terletak kira-kira satu jam perjalanan ke utara Kota Kinabalu, yang mana Dun Sulaman terletak di parlimen ini.
Hajiji mula berkempen di luar Tuaran, untuk pertama kalinya pada petang Selasa lalu dengan beberapa kali berhenti untuk berkempen di Papar.
Di sebelah malam, dia kembali ke Tuaran untuk mengadakan ceramah.
Di Tuaran, Hajiji menjemput beberapa nama besar dalam kempennya, termasuk Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali; Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman.
Langkah Hajiji ini menyebabkan pemerhati politik tertanya-tanya apakah dia tidak yakin untuk mempertahankan kerusi Sulaman.
Dalam pilihan raya ini, Hajiji tidak akan menggunakan logo BN untuk pertama kalinya sepanjang kariernya di Dun Sulaman.
Sebelum menyertai Bersatu pada tahun 2019, Hajiji merupakan pengerusi BN dan Umno Sabah.
Sepanjang pilihan raya umum lalu, dia mencatat kemenangan besar di Sulaman.
Pada pilihan raya umum 2018, Hajiji memperoleh 69 peratus undi dan menjadi calon BN dengan prestasi terbaik di negeri ini.
Walaupun lima kawasan mengundi di Sulaman kini diletakkan di bawah Dun baru iaitu Pantai Dalit, sebanyak enam daripada tujuh daerah mengundi yang masih kekal di Sulaman memilih Hajiji pada pilihan raya lalu.
Setiap kali muncul di khalayak di Tuaran, Hajiji dilihat sebagai tokoh yang cukup terkenal dan mampu menarik orang ramai ketika dia berucap.
Mesej utamanya serupa dengan Muhyiddin iaitu rakyat Sabah hanya akan mendapat manfaat sekiranya memilih kerajaan negeri yang sehaluan dengan kerajaan persekutuan.
Imej Muhyiddin sebagai pemimpin yang menerajui negara ketika penularan wabak Covid-19 juga menghiasi kempen PN-Bersatu di Sabah.
Gambar Hajiji sendiri jarang dilihat pada poster PN, selain di Sulaman.
Persoalan apakah Hajiji akan menjadi ketua menteri dari GRS bergantung kepada berapa banyak kerusi yang dimenangi PN dalam pilihan raya ini, namun kempennya ketika ini tidak menjurus ke arah itu. Mk
Tawaran buat rakyat Sabah Hajiji calon Ketua menteri – Muhyiddin

The post Hajiji bertahan di kubu sendiri sahaja, tidak keluar kempen luar kawasan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/24/hajiji-bertahan-di-kubu-sendiri-sahaja-tidak-keluar-kempen-luar-kawasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mi Store Bergerak Diperkenalkan Di India Memfokuskan Kawasan Luar Bandar

Mi Store Bergerak Diperkenalkan Di India Memfokuskan Kawasan Luar Bandar

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 250 hits
Xiaomi Mi Store adalah kedai fizikal Xiaomi yang berada di merata tempat di seluruh negara Pada kami kedai fizikal di Shenzhen adalah antara yang menarik kerana rekaan dalamannya tawaran produk serta suasana yang selesa Di Malaysia kedai fi...
Kebenaran Akan Keluar Sendiri Terpulang Nak Cakap Apa Suami Nadia Brian

Kebenaran Akan Keluar Sendiri Terpulang Nak Cakap Apa Suami Nadia Brian

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 633 hits
Kebenaran dan keadilan pasti akan terbukti satu hari nanti Saya percaya Allah akan permudahkan segalanya Saya tak nak komen lebih Cuma satu hari nanti kebenaran akan keluar sendiri Terpulang kepada netizen nak cakap apa sebab itu hak mereka...
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 668 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Mungkin Kerana Terlalu Geram Dengan Kawannya Yang Comel Anjing Ini Hampir Sahaja Makan Kawannya Sendiri

Mungkin Kerana Terlalu Geram Dengan Kawannya Yang Comel Anjing Ini Hampir Sahaja Makan Kawannya Sendiri

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 302 hits
Mungkin ramai yang melihat anjing dan kucing adalah musuh tradisi yang tidak boleh bersua muka Jika mereka bertemu ada sahaja yang mahu digaduhkan dan keadaan di rumah tidak akan pernah aman dengan pergaduhan dan pertengkaran mereka Namun b...
Pengundi Diminta Keluar Mengundi Esok Tanpa Sebarang Keraguan Polis Sabah

Pengundi Diminta Keluar Mengundi Esok Tanpa Sebarang Keraguan Polis Sabah

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 262 hits
M Update 25 9 2020 Polis memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri Sabah akan berjalan lancar esok tanpa sebarang gangguan dan meminta orang ramai keluar mengundi tanpa sebarang keraguan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata...
Pengundi Berpusu Pusu Keluar Mengundi

Pengundi Berpusu Pusu Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 308 hits
Hari ini adalah hari penentuan masa hadapan politik Sabah Setelah 2 minggu tempoh kempen tamat maka tibalah masanya untuk rakyat Sabah memilih kerajaan baru mereka Kelihatan di beberapa Pusat Pengundian pengundi berpusu pusu keluar untuk me...
Demi Survival Singapore Airlines Keluar Dengan Idea Giler Tawar Penerbangan Tanpa Destinasi

Demi Survival Singapore Airlines Keluar Dengan Idea Giler Tawar Penerbangan Tanpa Destinasi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 254 hits
Memandangkan ketika ini masih banyak negara yang belum membuka pintu sempadan masuk dan keluar masing masing maka banyak juga syarikat penerbangan yang masih menanggung kerugian kerana ketiadaan penumpang Tidak mahu terus menanggung kerugia...
Day Light Fright Tawar Kelainan Hantu Keluar Siang

Day Light Fright Tawar Kelainan Hantu Keluar Siang

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 235 hits
JIKA sepanjang tujuh tahun lalu pengunjung ke acara tahunan Nights of Fright akan mengerumuni Sunway Lagoon pada waktu malam untuk merasai suasana seram sempena Halloween Namun pada tahun ini hantu hantu mereka nak keluar pada waktu siang p...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid