Hairul Azreen Throwback Gambar Kereta Saga Lama Netizen Seronok Duk Bahan Sekali Siti Elizad Pun Datang Komen
Baru-baru ini sebuah gambar tular seorang artis lelaki muka jambu bersama kereta Saga Iswara beliau berwarna biru. Kalau nama glamer, kereta tu orang panggil kereta ‘kebal’.
Lepas ditilik, rupanya gambar Hairul Azreen. Terdahulu Hairul telah berkongsi gambar tersebut di Instagram beliau.
” Ramai tanya kereta kebal kau masih ada ke Rul?? inilah kereta pertama saya tetapi mulai hari ini ia milik @shahrul181094 staff saya 2006-2018″
Demikian entri yang ditulis oleh Hairul Azreen bersama beberapa gambar kereta Saga Iswara keluaran tahun 2006. Sungguh nostalgia gambar Hairul itu, dengan mukanya yang suci acah budak U, memang terhibur netizen dibuatnya haha..
Apa yang menarik adalah, rakan artis Hairul Azreen pun tumpang sekaki bagi reaksi di ruangan komen entri gambar tersebut.
” Hambaaaa masihh ingattt kete ni ! Kite semua ronda2 melaka dikala shooting abihh awallll”, tulis Siti Elizad
Komen Siti Elizad lantas dibalas oleh Hairul, ” Masa tu Ezad belum popular lagi skrg alhamdulillah murah rezeki berkat usaha tanpa henti Ezad! bangga tgok..”
Hairul Azreen juga dilihat sempat bergosip dengan Ammar Alfian, mengimbau kisah lama kehebatan beliau masa tengah nak up, haha.
” Ni kete gangster byk sejarah ni” tulis Ammar Alfian
” @ammar_alfian biasa ny kereta ni kalau lalu mesti bising dgn lagu Tekno nak bagi tau aku sampai”, kata Hairul
Bangga tengok pencapain Hairul Azreen sekarang. Kalau peminat ingin tahu, Hairul sekarang memiliki sebuah sportcar, Skyline GTR R35 yang berharga lebih kurang RM290 ribu.
Sementara itu isteri Hairul, Hanis Zalikha mengakui, dia begitu emosi hingga air matanya mengalir apabila kemunculan Hairul Azreen dalam filem terbaru, Paskal menerima pujian ramai.
Kata Hanis, dia akur andai sebelum ini, segelintir pihak masih meragui kemampuan Hairul sebagai pelakon. Namun, dia berbangga filem arahan Adrian Teh itu mengubah persepsi ramai terhadap keupayaan sebenar suaminya.
“ Paskal membuatkan saya berbangga dengan kemampuannya hingga saya dan mengalirkan air mata ketika menonton filem itu. Saya terkenang kerja keras dan dedikasinya untuk memastikan lakonannya meninggalkan kesan.
“ Banyak ujian dan cabaran yang dilalui Hairul ketika penggambaran filem itu. Dia berbakat besar, malah empat drama lakonannya iaitu Setia Hujung Nyawa, Salam Pelukan Ramadan, Pak Pong dan Misiku Kuza menyerlahkan potensi Hairul sebagai pelakon.
“ Cuma, mungkin rezekinya untuk menonjol agak lambat. Melihat lakonannya sebagai Arman dalam Paskal, saya menangis kerana terharu. Mengenang kesabarannya, saya turut berkongsi debaran menanti maklum balas umum terhadap filem itu,” katanya.
Dia yang mendirikan rumah tangga dengan Hairul pada 5 Jun 2015 berkata, suaminya pernah hampir putus asa selepas beberapa produksi lakonannya tidak begitu menjadi.
“Suami mengakui, skil lakonannya hampir hilang selepas berehat lama untuk memberi perhatian kepada keluarga. Ketika membintangi Qhaliq, dia berusaha memberikan lakonan terbaik, namun kecewa filem itu gagal menarik penonton.
“Dia jadi lemah semangat, namun tetap ingin bangkit memperbaiki kelemahan. Semangatnya kembali membara selepas menerima tawaran watak pembantu dalam filem Evo 2 dan Operasi X.
“Apabila ditawarkan membawa watak utama dalam Paskal, dia mengambil tanggungjawab itu sebaik mungkin. Dia sanggup menyertai kelas lakonan untuk merealisasikan watak sebagai skuad elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Jom baca apa komen netizen di bawah
1) lu bang..jumpa kat taiping skali kita lepak dekt mamak tu.. lepas tu pulau pinang jom heboh abg dgn ayah abg..ish rindu nk jumpa
2) Kereta ni jugak time try hanis annn ann hahaha
3) kete ni yg selalu kejar info kt area sunway subang federal highway kn bang @hairulazreen #callman. Masa belajar upm selalu jumpe dgn krreta ni …kat sri serdang
4) Kenangan sgt kereta “kebal” tu…
5) pnjg umor lg kete nie. makin segak mcm tuan yg jg dia. Ptt la nampak tgah try dekat sri serdang tdi , haha . Btol x bang ? @hairulazreen
6) Hahaha…memang kebal kereta ni. Sy masih pakai lg kereta jenis ni…sayang ooooo semoga Allah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..amin.
7) kereta first @hairulazreen sama macam kereta saya guna sekarang ni untuk cari rezeki dan kereta hairul guna sekarang ni merupakan kereta idaman saya. Hopefully dapat memiliki kereta gtr mcm hairul ada sekarang ni
8) Kereta kebal nih..kalau jual berebut org nak beli..sebab enjin tip top badan langgar tiang..tiang kemek..keta sikit pn x rosak
Sumber: IG HairulAzreen
The post Hairul Azreen Throwback Gambar Kereta Saga Lama, Netizen Seronok Duk Bahan. Sekali Siti Elizad Pun Datang Komen appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/04/hairul-azreen-throwback-gambar-kereta-saga-lama-netizen-seronok-duk-bahan-sekali-siti-elizad-pun-datang-komen/