Hair Loss Scalp Treatment Di Sozo Hair Weave
Salam uolls ,
Panjang kaki ini melangkah ye gais sejak dah boleh merentasi daerah. Tambah pula memang Ty dalam perancangan nak pergi kedai rambut untuk repair segala kecelaruan rambut Ty. Sejak PKP menghantui dan menganggu rutin seharian rasa dah tak terurus sangat rambut. Rambut putih atau uban pun makin melampau naik. Stress kerja saja mesti naik mendadak, makanya lagi stress jadinya gais. Jadi Ty ke SOZO HAIR WAEVE di Kajang
APA MENARIK DI SOZO HAIR WAEVE?
Ty ke sini sebab dekat sini boleh buat rawatan keguguran rambut (hair loss treatment) dan rawatan kulit kepala (scalp treatment). Kedua - dua ini saling berkait dan sebagai seorang wanita memang akan jadi tidak keruan bila rambut mula gugur dengan banyak sekali , kan
Untuk Ty , sekali imbas hair stylish tengok dan belek sahaja dia sendiri dah tahu yang bahagian mana kerap menjadi punca keguguran rambut sehinggakan kita sendiri boleh rasa hampir botak. Oh No
Perkhidmatan di sini memang laju dan tiptop! Semestinya juga pekerja friendly dan mudah untuk berkomunikasi mengenai penjagaan rambut dan penggunaan produk rambut yang bersesuaian dengan kondisi rambut dan kulit kepala kita
Bilik khas untuk golongan muslimah juga disediakan. Ianya besar dan selesa.
Tempat cuci rambut juga terlindung dari pelanggan lain , jadi tidak la ada rasa segan silu bila terbaring ketika mencuci rambut
DYE / WARNA RAMBUTAs Ty kongsi dari awal , Ty minta untuk warnakan rambut untuk menutupi segala rambut putih / uban Ty. Part ni memang kadang Ty pun serabut sebab Ty bukan nak fancy-fancy colour memandangkan Ty juga bekerja di sebuah pusat pentadbiran kerajaan. Jadi sekadar kod warna yang memadai dan lebih yakin tampil tanpa uban. Masa nak pilih warna , Ty minta cadangan dan apa yang dicadangkan oleh hair stylish dan penjelasan darinya sangat Ty jelas dan berpuas hati. Mereka lagi expert untuk warna yang mana menjadi pilihan bagi "cover-up" rambut uban ni gais
Oh ya , memandangkan nak warnakan rambut dulu. Makanya proses hair loss & scalp treatment dilakukan selepas semuanya selesai.
Dan satu knowledge untuk Ty dan semua juga , andaikata nak buat rebonding , relaxing , atau softening etc uolls boleh buat semua treatment ini dulu baru next proses nya ialah dye / warnakan rambut. Sebabnya kalau uolls buat juga dye / warnakan rambut , hasilnya nanti kiranya tidak berapa nak berjaya. So bila buat rawatan tu semua? Jawapannya selepas satu atau dua bulan selepeas dye / warnakan rambut barulah uolls boleh buat ye
Lebih kurang sejam lebih juga sesi mewarnakan rambut ku
SCALP TREATMENT
Rawatan keguguran rambut ini Ty sarankan pada semua yang mengalami masalah ini sampai tahap bergumpal rambut setiap kali sikat tu datang ke sini. Sebab orang yang check on you guys adalah seorang specialist. Bukan kaleng-kaleng , ahghitu wak! Jangan tunggu sampai nak rupa botak dah baru rasa menyesal nanti
Rawatan ini akan dibuat dengan menggunakan alat yang canggih dan akan mengesan spot -spot yang bermasalah. Pakar ini sendiri akan tunjuk keadaan di kulit kepala uolls tu bertapa kritikal la ibaratnya stuasi yang uolls alami dari view pada gambarajah di screen laptop mereka
Ini contoh hasil sebelum dan selepas Scalp Treatment pada kawan Ty , Kak Sue Izza
Punca keguguran rambut ni selalunya daripada kulit kepala yang berminyak sebab tu nampak sekali sekala rambut pun berminyak. Dan sebab itu juga gais akan banyak kelumumur
Alhamdulillah , Ty tak alami keadaan yang sangat serius thadap kulit kepala berminyak dan dengan bangganya Ty tak ada kelumumur.
Nak kata Ty jaga rambut , memang tapi tak da lah beriya sebab pemakanan dan syampu atau cara pencucian rambut Ty baru tahu ada salahnya dari hair stylish di sini. Jadi sebab itu juga mungkin Ty ada keguguran rambut. Dan ada yang kata makin meningkat usia maka ia melibatkan hormon
Uolls patut buat rawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dua bulan sekali bagi membantu kulit kepala dan rambut terus sihat.
Info untuk bersama , penjagaan rambut ini sama seperti kulit badan kita juga yang mana adalah lebih baik di bilas dengan air sejuk supaya tidak menjadi kering. Tak lupa juga , belilah syampu dan perapi rambut serta hair tonic yang harganya lebih mahal berbanding jenama murah yang mudah didapati di pasaran sebab semua tu murah kerana mengandungi bahan kimia semata sahaja. Harga mahal bukan sebab untuk menunjuk-nunjuk tetapi produk itu adalah semula jadi dan manfaatnya juga pada penampilan diri sendiri
Hair stylish di sini juga semburkan hair tonic pada kulit kepada Ty , terus terang Ty cakap rasa sejuk sahaja
Sebelum Ty pulang dengan rambut yang bermaya dan segar , Ty sempat beli syampu dan hair tonic yang berharga RM68 dan RM48 masing - masing. Kedua produk ini adalah dari Jepun. Dan sudah hampir sebulan Ty gunakan , ternyata di bilik mandi dan bilik tidur Ty dah makin kurang rambut yang gugur. Healing proses la gais , takkan baru sebulan expect terus tak gugur kan
Insha-Allah , Ty was planning to go again hujung bulan ni , and maybe dengan rebonding sekali. Check it out on my updates especially on IG so soon
Bagi mereka yang nak juga dapatkan rawatan rambut dengan harga yang sangat berpatutan di SOZO HAIR WAEVE ; nah serba sedikit info untuk uolls go through dan boleh set appoitment nanti :
Facebook : SOZO HAIR WEAVE Instagram : @sozo_hair_weave_No.Telefon : 03-90115690/ 010-2222005Alamat : Sozo Hair Weave , No 2A Jalan SL 1/2 , Bandar Sungai Long,43000 Kajang
Ingat gais , rambut juga salah satu aset walaupun bertudung!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yanty.my/2021/11/hair-loss-scalp-treatment-di-sozo-hair.html