Hah Tepuk Generasi Hangpa Ni Takat Nak Kejar Silakan
Ahli PKR berpusu-pusu masuk Bersatu di Gombak?January 22, 2021 Pemimpin PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tindakan beberapa anggota PKR Gombak menyertai Bersatu sebagai hanya membabitkan kumplan minoriti.
Merujuk kepada hantaran Facebook Hilman Idham, Ahli Parlimen Setiawangsa itu bahkan berkata keanggotaan PKR menunjukkan pertambahan ketara sejak insiden Langkah Sheraton berlaku pada akhir Feb tahun lalu.
Untuk rekod Gombak merupakan kawasan parlimen yang diwakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali. Sebelum Langkah Sheraton Azmin merupakan timbalan presiden PKR, manakala Hilman dianggap penyokong setianya.
Kedua-dua mereka kemudian meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.
Bercakap kepada Malaysiakini Nik Nazmi berkata semua ahli parti PKR yang percaya dengan konsep berbilang kaum dan mahukan pembaharuan akan tetap setia dengan parti itu.
“Ini berlaku terutama untuk anggota bukan Melayu yang tidak boleh menerima Bersatu,” katanya.
Semalam, Hilman mengumumkan naib ketua cabang PKR Gombak Dave Lee Kean Aun serta beberapa pimpinan kaum Cina meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu.
“Saudara Dave Lee Kean Aun, naib ketua cabang PKR Gombak bersama pimpinan masyarakat Cina malam ini bertekad melakukan langkah kanan menyertai Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Gombak.
“Bersatu dan PN Gombak juga mengalu-alukan penyertaan saudara Dave Lee dan rakan-rakan untuk memperkukuhkan gerak kerja menyantuni rakyat di Parlimen Gombak.
“Semoga khidmat kepada masyarakat akan terus digembleng dengan lebih utuh dan progresif,” kata Adun Gombak Setia itu.
Bersatu awalnya ditubuhkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin Yassin dengan keanggotaannya hanya untuk orang Melayu dan bumiputera.
Ia kemudian membuka keahlian untuk kaum lain selepas berlakunya Langkah Sheraton. Sejak itu ia disertai oleh Ahli Parlimen Segamat, Edmund Sathara, sebagai ahli bersekutu.
Santhara juga dilantik menjadi timbalan menteri Wilayah Persekutuan oleh Muhyiddin.
Dua bulan lalu, pada perhimpunan agung tahunan yang ketiganya, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa parti itu sebulat suara meluluskan cadangan melebarkan sayap baru – ahli bersekutu untuk bukan Melayu dan bukan Bumiputera.
Sementara itu Ahli Parlimen Tan Yee Kew juga enggan memberikan perhatian besar kepada pengumuman dibuat Hilman itu.
“Siapa Dave Lee tu? Saya tak pernah dengar nama dia sebelum ini,” katanya.
Ahli parlimen PKR itu juga berkata dalam politik memang ada ramai yang suka mengambil kesempatan.
“Justeru lebih cepat mereka meninggalkan parti, lebih baik. Sekarang PKR Gombak boleh beri perhatian untuk kembali mengukuhkan parti di situ,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/01/hah-tepukgenerasi-hangpa-ni-takat-nak.html